Assalamualaikum & Hye
Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita kini..Seorang ibu mampu dan boleh menjaga 10 orang zuriatnya..
Sama ada 10 orang anak yang dilahirkannya itu menjadi manusia berguna atau tidak..Tapi dia terima segalanya dengan penuh redha dan tetap berusaha menjadikan anak-anaknya sebagai manusia yang berguna kepada dunia..
Namun....Adakah 10 orang anak-anaknya itu mampu dan boleh menjaga seorang ibu mereka itu? Jika mereka manusia berjaya & berguna kepada dunia...Adakah mereka berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai anak dan berguna kepada ibu mereka? Jawapannya mungkin YA dan mungkin juga TIDAK. Dan anda juga punya jawapan kepada persoalan tadi.
Cuba anda kenang kembali bagaimana ibu anda menjaga anda semasa anda berusia 1 hari hingga anda dewasa dan berkahwin..
Adakah dia membiarkan anda bersendirian ketika anda sakit?
Adakah dia membiarkan anda bersendirian ketika anda bersedih kerana sesuatu peristiwa sedih dalam hidup? Adakah dia mengecewakan anda ketika anda meminta sesuatu daripadanya?
Adakah dia tidak memberikan anda wang saku semasa anda memerlukannya?
Adakah dia tidak membantu anda ketika anda dalam kesusahan?
Fikirkanlah...
Apa yang ibu anda tidak lakukan untuk anda..Demi anak-anak yang dikasihi, disayangi, dan dicintai..Ibu sanggup berkorban jiwa dan raga.
Biar ibu ikat perut asalkan anak-anak tidak kebuluran.
Biar ibu tidak punya pakaian cantik asalkan anak-anak tidak selekeh.
Biar ibu tidak tidur lena asalkan anak-anak cukup tidur.
Pendek kata biar ibu susah, asalkan anak-anaknya senang. Tapi anak-anak bila dah besar, ada ke fikirkan pasal ibunya yang sorang tu??? Kalau ada tu, alhamdulillah. Sejuk perut ibu mengandungkan anaknya tu. Rasa terbalas segala pengorbanannya selama ini..Hilang rasa penat lelah dia membesarkan anak-anaknya selama ni.
Walaupun secara kasarnya dia tak meminta wang ringgit..Tapi apabila anak-anak yang disayangi mempedulikannya..Mengambil berat tentang dia..Pasti terubat segala susah payah penat lelahnya selama ni.
Gembira rasa hatinya melihat anak-anaknya membesar menjadi manusia berguna kepada dunia dan kepada dia terutamanya.
Jangan fikir dia terlalu harapkan wang ringgit anda..Dia sebenarnya harapkan perhatian daripada anda. Jika anda tak beri dia wang ringgit anda yang berkepuk dalam beg duit tu..Cukup jugalah jika anda balik ziarah ibu di kampung kerap kali. Cuba lah cari masa untuk pulang menjenguk mereka. Jaga kebajikan mereka.
Bila ibu sakit balik ziarah dia. Kalau boleh, bawa dia tinggal bersama anda. Seandainya ibu anda mengalami masalah tidak mampu bergerak, andalah yang perlu bantu dia. Jika ibu tidak mampu menguruskan dirinya lagi maka anak-anak lah yang wajib bertanggungjawab. Bukannya rumah kebajikan masyarakat atau rumah orang tua. Inilah masanya anda tunjukkan kasih sayang anda dan cara anda membalas pengorbanannya selama ini.
Contohnya:
Jika si ibu hanya terlantar di katil.
Tidak mampu lagi menguruskan dirinya,
anak-anak perlu belajar bagaimana cara menguruskan orang yang sakit terlantar.
Ada yang akan kata, "nak belajar buat apa bukan keje nurse pun".
Belajar buat apa?? Buat apa lagi..Untuk jaga ibu kau sendiri la..
Jika dia hanya boleh makan dan minum melalui tiub di hidung atau tiub di perut..
Maka haruslah anda belajar bagaimana nak lakukannya.
Jangan bersikap lepas tangan.
Jika anda memang orang berpangkat besar
yang sentiasa sibuk..
Pasti mampu ambil jururawat peribadi.
Jika tak mampu, dan tiada sorang pun yang
dapat jaga ibu dengan tangan sendiri,
ambillah pembantu yang membantu menguruskan ibu anda.
Berpakatlah dengan adik beradik anda untuk berkongsi wang
untuk bayar gaji pembantu tersebut.
Jangan biar ibu anda rasa dirinya menyusahkan anak-anak.
Jangan biar dirinya rasa membebankan anak-anak.
Lebih penting lagi..
Jangan biar dia rasa sedih dan kesal.
Hilang redha seorang ibu kepada anak-anak,
hilang jugalah redha Allaah kepada seseorang
manusia itu...
Sedih bila melihat seorang yang terlantar sakit tidak mampu menguruskan dirinya tidak dihiraukan oleh anak-anak. Datang menjengah sekali sekali. Tidak mahu membantu atau belajar cara menguruskan si ibu yang sudah tidak mampu menguruskan dirinya. Sedangkan doctor yang merawat dah terangkan berkali-kali ibunya tak akan pulih / sihat seperti dulu kala. Bila dikhabarkan bilik begini tak dibenarkan menunggu pesakit, terpancar riak gembira diwajah mereka. Sungguh kejam! Sungguh tak berhati perut!
Seandainya si ibu dulu pernah melakukan kesilapan, maafkan dia. Walau seburuk / seteruk mana pun dia, darjatnya tetap tinggi di sisi Allaah S.W.T..Kamu hanya berpangkat anak. Jangan terlalu bangga kalaupun diri kamu adalah manusia baik. Tiada gunanya baik kamu jika mengabaikan ibu kamu. Jika dia seorang ibu mampu menjaga kesemua anaknya dengan baik kenapa anak-anaknya tak mahu menjaga seorang ibu dengan lebih baik???
Hadith Nabi :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua-dua orang tuanya dalam sehari "
Jadi berbaktilah kepada orang tua anda selagi masih berkesempatan. Jangan menyesal bila terlambat.
Note : terus terkenang emak di kampung. tak lupa abah jugak!
sangat rindukan wanita ini!!!
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)