❤Menu Pilihan Anda❤

Saturday, March 31, 2012

Fewwww! Rehat Lama Sampai Lemau!

Assalamualaikum & Hye

Heeeeeeuuuuuu.....
Lemau sungguh rasa badan ni [+] bosan lagi...
Mana taknya..
Asyik makan [+] tidur saja katakan...
Dah lebih kurang a week jugak lah dapat MC..
Buat keje banyak-banyak bila bleeding..
Kena rest...
Alahai..Nak ke mana pun tak boleh bila 
bermasalah Threatened Abortion [keguguran terancam-in malay] 
like me..

Tempat apa sajalah yang sesuai untuk Hana kunjungi ni..
Tak tahan lah asyik terperap di rumah saja..[macam katak bawah tempurung lagaknya]
Kita ni jenis biasa bekerja..
Bila dah terperap makan tidur macam ni...
Hurmmm..
Mana tak rasa lemaunya...

Mesti nak keluar jugak bergerak tengok dunia luar..
[ that's not mean kat rumah ni tak ada tingkap ]
Tapi....Dah bosan dah tengok view luar melalui anjung rumah..
Nak keluar..Makan angin bak kata pepatah 
melayu kita tu..


Apa Jantina Janin Ni?

Assalamualaikum & Hye

Hai...Entahlah...Hati ni sungguh tak sabar nak tunggu masa untuk tahu jantina apa janin dalam kandungan Hana ni...Now near to 9week dah..Tapi jantina bayi masih belum dapat diketahui..Jantina bayi dapat diketahui nanti
bila dah sampai 16 minggu..

Tapi sangat excited dah nak beli barang kelengkapan untuk baby & bersalin nanti. Nak kena kumpul duit dulu ni..Harap-harap kandungan Hana ni selamatlah hingga ke saat kelahiran & sampailah selepas kelahirannya..

Hana nak BABY BOY dulu..[ kalau Allaah S.W.T izinkanlah ]...Kalau dapat BABY GIRL pun tak apa...
Cuma kalau BABY BOY. Masalah untuk Hana letak nama. Sebab macam Hana cerita sebelum ni..Ramai yang dah letak nama tu. Kalau tak ada yang lebih sedap & lebih sesuai. Hana rasa akan letak jugak nama tu.

Kalau BABY GIRL memang tak ada masalah la. Huhuhu...Tak ramai kekawan yang letak nama tu..
Tak tahu lah kan. Semoga Allaah S.W.T permudahkan segala urusan kami. Ameen Ya Rabbal 'Alamin..

Melayang RM100...

Assalamualaikum & Hye


Sedih sungguh rasa hati..Terkilan pun ada. Yang pelik macam mana boleh hilang RM 100 tu..Hana tak ada niat serong dengan duit tu. Malah lebih murni..Nak bagi kat my mum tau..


Hana yakin sangat semalam lepas tekan duit, Hana terus masukkan dalam beg. Tak ada dikeluarkan untuk digunakan beli apa-apa lepas tu. Tapi bila balik rumah, tiba masa nak bagi kat mak..Tengok-tengok tak ada. Puas diselongkar habis-habisan dalam beg tangan. Tapi tak jumpa.


Hana pelik ni..Ke mana perginya duit tu. Hana ingat lagi lepas keluarkan duit,Hana terus masukkan dalam beg. But then tak ada dah..Aduhai..Melayang RM 100 saya.. (-.-)


Mungkin inilah dikatakan tak ada rezeki. Hurmm..Walaupun harapan sangat tipis untuk temui duit tu..Tapi setiap kali lepas solat Hana tetap mohon agar Allaah temukan kembali duit tu.Dengan harapan Hana salah letak. Kalau jumpa, alhamdulillah lah..Kalau tak jumpa..Tak ada rezeki.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 30, 2012

Dah Tak Boleh Banyak Jalan Macam Dulu

Assalamualaikum & Hye


Jelous tau adik & my cousin tu pergi KLCC tadi..Hana just boleh hantar they all dekat stesen LRT je..Tak diizinkan pergi bersama. Nak pergi shopping kat Jln TAR pun tak boleh dah.


Sekarang ni just boleh cuci mata via online. Then kalau nak beli anything harapkan order online saja lah. Bosan la jugak. Dulu dah biasa pergi jalan-jalan dengan Mr.Hubby kat Jln TAR, SOGO, KLCC.. Sekarang tak boleh dah..


Ni semua gara-gara PV Bleeding yang Hana alami sekarang. Need more rest only. Could not go there & there anymore. Sabar sajalah. Nasib badan.. Ujian Allaah S.W.T untuk Hana. Buat yang memahami, doakanlah kesembuhan untuk Hana.


Buat yang mendoakan yang terbaik untuk Hana. Thanks a lot. Allaah saja yang boleh balas kebaikan anda. :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Ketibaan Rombongan CikPah!

Assalamualaikum & Hye


Lebih kurang pukul 2 pagi..Rombongan cikpah telah selamat tiba di rumah Hana. Seronok sungguh menyambut ketibaan mereka.


Lepas semua ambil tempat untuk rehat, kami pun beransur ke bilik. Hana pun tetiba tak dapat tidur. Pusing kiri tak kena pusing kanan pun kena. Perut pulak terasa lapar. Nak bangun dah malas dah.


Mujur ada tin biskut tepi katil. Bangun & makan sekeping biskut kemudian minum air masak [yang dah sejuk kena ekon]. Barulah dapat tidur.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 29, 2012

Rombongan Cik Pah Ke Kala Lumpo..

Assalamualaikum & Hye

Gumbira sungguh rasa hati bila dengar berita
rombongan Cik Pah nak datang 
sini..
Semua datang except kazen yang study kat Melaka tu..

Dah lama tak berkumpul reramai camtu..
Rindu tau..
Dah la sekarang tak boleh travel jejauh dah..
Dengan keadaan Hana yang 
agak kerap alami PV Bleeding nieh...
Risau jugak..

Kalau kehilangan anak mama ni...
Sedih la mama..
Sebab kali pertama ni...

Apa pun kembali kepada tajuk utama kita...
Rombongan Cik Pah bertolak 
malam ni..
So sampai sini pagi esok lah...

Tak sabar betol nak tunggu ketibaan rombongan Cik Pah..
(^^,)


Wednesday, March 28, 2012

MC Lagi

Assalamualakum & Hye

Semalam kan i got PV Bleeding again..
Then this morning just a bit blood..
The senior one advice me to go and see the doctor..

Hana pun dengar cakap kakak-kakak tu..
&
Pergi jumpa doktor..
Dia buat ultrasound...Seronoknya rasa bila nampak
jantung my child berdegup..
Doktor tak pasang bunyi pun..Tapi dia tunjukkan la
yang mana Hana nampak jantung dia berdetak..
Sungguh sweet..

Mujurlah dia masih selamat di situ..
Senang hati mama kamu 
masih sihat di situ..

Semoga kamu sentiasa sihat sampailah tiba masanya 
kamu melihat dunia..

Akhirnya............
Dapat lagi MC 4 hari started from today...
Lemas betol asyik MC je..
Hana ni dah la masih dalam proses pemerhatian lagi..
Asyik MC je tak baik la prestasi..

Apa boleh buat..
Beginilah nasib dugaan bagi ku...
Kalau lah tahu begini rela lagi muntah-muntah
daripada berlaku pendarahan
macam ni..

Sabar sajelah..Harap-harap Semuanya akan okey..
Hana pun dapat terus bekerja dengan
baik..

Tuesday, March 27, 2012

Ini Dugaanku

Assalamualaikum & Hye


Hanya doa yang mampu dipanjatkan kepada Ilahi..Mohon agar diselamatkan dan dilindungi kandunganku yang masih kecil ni..Ini dugaan bagiku..Bagi kami sekeluarga..


Berbanding wanita hamil yang lain..Mereka alami muntah teruk..Sampaikan tak bermaya dilihat..Tapi kandungan mereka tiada masalah..Tak menjejaskan kandungan pun..Hanya perlu risaukan diri sendiri je.


Tidak pula bagi ku..Dua-dua harus dirisaukan. Pendarahan yang tak menentu dan harus diawasi.. :(


Published with Blogger-droid v2.0.4

Datang Lagi (-.-)

Assalamualaikum & Hye

Dia datang lagi....
Apa nak buat ni..Kalau pergi jumpa doktor agaknya kena admit kot..
Hurmm...Ingatkan tak ada dah..
Rupanya bleeding balik..

Apakah tandanya ini...
Risaunya..

Janganlah bleeding lagi..
Takot sangat ni..
Kenapa jadi macam ni..
Aku tak diuji dengan dugaan muntah tak henti..
Tapi lebih teruk & bahaya..
Bleeding yang berkemungkinan buruk..
(-.-)

Monday, March 26, 2012

Esok Nak Jumpa Kekasih Lama!

Assalamualaikum & Hye

Esok akan bertemu lagi dengan kekasih lama
yang dulunya sentiasa setia menemui ku setiap semester..
Ingatkan bila dah habis belajar tak akan jumpa dengan kekasih lama dah..
Rupanya sang kekasih setia mengikut jejakku di sini..

Gementar sungguh rasanya..
Almaklumlah..
Kali terakhir berjumpa dengannya pada JULAI 2011 yang lalu..
Ni tahun ni jumpa lagi..
Oh..Sungguh terasa debarannya..

Apa nak bagi jawapan esok nieh..
Sedangkan soalan yang nak diajukan pun tak tahu apa benda..
Mana nak tahu jawapan apa nak bagi..
Apa agaknya soalan cepumas cepuperak yang bakal diajukan yea?

Kalaulah soalan yang sama macam tahun lepas...
Alhamdulillah la...
Dapat la jugak chek jawab dengan agak baik..
Huhuhu...

Ya Allaah...Moga esok aku dapat laksanakan tugas
dengan baik.. & Dapat jawab semua soalan dengan lebih baik..
----------------------------------------------------------------

OSCE...Si kekasih yang setia bersama ku hingga ke sini kami dijejaki..Ingatkan dah habis belajar, habis lah kan..Tak adalah nak merasa gementarnya nak menghadapi OSCE tu..Rupanya masih ada..Tak apalah..Dapat jugak collect point utk CPD poin tu..Huhuhu..Maklumlah ni dah bulan 3 nak masuk bulan 4 dah..Takut tak sempat nak cukupkan bulan 9 nanti..Lagi pun dapatlah memantapkan ilmu & ingat balik apa yang belajar dulu-dulu..Diharap dengan sedikit revision berdasarkan soalan tahun lepas dapatlah membantu sedikit lebih banyak untuk berjaya..!!!!

Tak kan Hana nak jumpa kekasih lama betol-betol pulak...Mau dikejarnya oleh Mr. Hubby tu..Layankan aje lah OSCE tu..


Saturday, March 24, 2012

Aku Doakan Yang terbaik Buat Adik!

Assalamualaikum & Hye

- Entri sebelum aku mengangkat kaki pegi mencari rezeki -

Selepas -menronda-ronda' di blog mereka yang sedang
berada di luar negara..
-melalui blog ben ashaari-
Aku dapat bayangkan betapa gembiranya adikku
jika dia juga dapat merantau ke luar negara
Malaysia ini demi menuntut ilmu..

Dia baru saja lepas ambil keputusan SPM..
Keputusan lebih baik daripada 
keputusan SPM aku..
-itu sudah pastilah-
Namun yang mengecewakan dia...Dia tak dapatlah
straight A seperti yang dimahukan..

Tapi aku tetap terus memberi semangat kepadanya..
Aku yakin..
Walaupun tak dapat mengikuti program pengajian
yang diinginkannya tahun ni...
Tapi dia pasti dapat tahun depan...

Apa yang dia perlu buat ialah ikuti program asasi sains dulu..
kemudian dapatkan keputusan terbaik.
Then baru boleh melayakkan diri mohon untuk 
further study ke luar negara..

Kalau dia dapat pergi ke luar negara seperti 
yang di cita-citakan dan diharapkan..
Orang yang paling gembira
pasti abah kami.
Abah sangat lah berharap dan selalu berangan-angan nak tengok
anak dia belajar diluar negara.

Apa pun yang dirancangkan oleh kami,
harap dipermudahkan olehNYA..
Kami tahu,dia pasti ada perancangan yang lebih baik
untuk adikku..

Good Luck dear sister..!

Hampir Dibunuh!

Assalamualaikum & Hye

Sedang aku berjalan-jalan di tengah kota London yang dibasahi hujan renyai-renyai..
Tiba-tiba langit bertukar cerah..Hujan yang tadinya renyai dah pun berhenti. Ku sangkankan panas hingga ke petang..[ade kaitan ke?]

Rupanya dalam suasana yang baru bertukar cerah itu, tidak datang bersama ketenangan jiwa..
Yang datang ialah sekumpulan manusia yang bersenjatakan senapang yang gayanya macam komunis..
Senjata diacukan kepada orang ramai.
Masyarakat sekeliling yang jauh daripada kumpulan ni terus 
lari bertempiaran menyelamatkan diri.
Masyarakat tu termasuklah aku..Walaupun sedang lari,
aku cuba hati-hati sebab masih ingat yang aku sedang hamil.

Aku ditarik seorang perempuan melayu berbaju kurung.
Kami bersembunyi di satu perteduhan seperti pondok bertutup yang sangat buruk rupanya.
Disitu ada beberapa orang lelaki melayu.
Perempuan itu sempat cerita bahawa di kota london ni 
pengganas memang boleh muncul tanpa diduga.

Suasana bising jadi sunyi seketika..DAN terasa sesuatu dikepala kecilku..
Berderau darah rupanya benda tu adalah muncung senapang.
Kami bangun lepas ditarik. Disuruh duduk bersama kumpulan lain.
Ketika tu dalam hati cuma ingat Allah.
Mulut pulak tak henti-henti menyebut 'Allaah' dan 
'selamatkan aku'..[sangat selfish-cuma sebab sebut 'selamatkan aku' & bukan 'selamatkan kami']

Mereka bahagi kami kepada dua kumpulan [macam nak main treasure hunt pulak dah]
Diorang suruh pilih, nyawa atau ISLAM..
Ya...Kali ni iman aku benar-benar teruji..Hati berbelah bahagi..
[walhal mulut dok sebut 'Allaah' je..]
Ada beberapa orang lelaki yang beberapa orang wanita berbaju biru bangun dan 
pergi kepada kumpulan satu yang memilih NYAWA..
Tinggallah aku dan perempuan yang menarikku tadi dan beberapa lelaki lain.

Aku masih tak dapat buat keputusan..DAN seolah-olah hanya mengikut apa yang 
dibuat oleh perempuan tadi..
Saat perempuan tu bangun dan menarik aku ke dalam satu kumpulan..
Aku hanya mengikut..
Kumpulan itu adalah bagi mereka yang memilih ISLAM..

Yang bermain di otak cuma MATI.
Dalam hati berdoa moga Allaah ampuni segala dosa aku..
Disamping mulut masih sebut 'Allaah'...

Selepas agak lama jadi tahanan..
Tiba-tiba aku ditarik supaya tunduk dan meniarap dilantai.
Bila aku pandang ke depan, ropanya sedang berlaku tembak menembak.
Ya Allaah betapa aku tak tentu arah dan hanya mohon perlindunganNya.
Seketika tembak-menembak reda..Kemudian berlaku lagi.
Begitulah sehingga si perempuan tadi menarik aku ajak lari.

Bila selamat kami masuk ke bilik masing-masing.
Aku pun tak tahu aku di mana.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Aku terjaga...Alhamdulillah..Aku mimpi rupanya..
[tak kisahlah walau apa permainan mimpi itu. Tapi bagiku mimpi ini meneguhkan lagi hati ni 
agar bertaut kepadaNYA saja]

Tapi mimpi tu seolah-olah memberi petunjuk yang aku patut memilih ISLAM walau apa
jua syarat dan keadaannya. 
Mati kerana mempertahankan ISLAM tu lebih mulia..
MasyaAllaah!
Terima kasih Ya Allaah kerana aku masih bernyawa pagi ini..

Andainya korang kat tempat aku..
Apa perasaan korang, apa yang korang akan buat & apa pilihan korang?




Note: Maaf lah..Kalau ada yang rasa tertipu..Ini bukan reka cerita..Tapi ini memang benar-benar berlaku di dalam mimpi.

Friday, March 23, 2012

Yang Mana Pilihan Hati?

Assalamualaikum & Hye

Hari ni kan pergi TCA dengan specialist kat hospital..
Maka dapatlah sample susu..
Susu semasa kehamilan la..

Dapat 3 jenis susu..
So now tak tau nak pilih yang mana satu la..

Yang ni dapat tadi..
Ada sesapa pernah minum susu ni tak?


Yang ni pun sample yang dapat tadi..


Yang Anmum ni, ada kawan bagitau gula tinggi..
Boleh menyebabkan GDM...


Yang ni pulak belum dengar apa-apa khabar...
hehehe...
Ni beli sendiri la kat Pasaraya Giant tadi..

Sekarang ni nak cuba dulu la..
Mana yang dirasakan serasi nanti boleh la teruskan 
pengambilannya..



Kalau Hati Ada Dengki

Assalamualaikum & Hye

Ini lah manusia..Kalau tak ada perasaan dengaki
dan iri hari kepada orang lain
memang tak senang hidupnya kan?
Berdendam sampai sanggup memusnahkan 
kehidupan orang lain..

Hati kalau dah dikuasai hawa nafsu dan syaitan durjana..
Memang macam tu la jadinya..
Tak pernah nak berusaha dengan cara baik..
Ada saja akal jahat yang datang..

Nak iri hati berdengki dengan orang lain tu
boleh...
Bukan tak boleh..Tapi biarlah secara positif..
Kalau dah dengki tengok orang lain berjaya...
Kita pun cari la jalan elok-elok..
Camna nak buat ni bagi berjaya macam orang tu...

Kalau kita buat buruk pada orang lain..
Allaah akan balas yang lebih buruk kepada kita...
Sekarang ni Allaah S.W.T tu bayar cash je..
Hari ni kau kenakan orang..
Esok lusa orang kenakan kau...Tak pun keluarga kau terlibat sama..
Nak ke macam tu????
Nak???

Kalau kita dengki tengok orang berjaya...
Kita usaha la cara baik..
Allaah tak akan menghampakan usaha kita..
Cuma lambat atau cepat saja..
Jangan pulak merungut dan menyalahkan orang lain
bila kita tak berjaya macam apa
yang kita inginkan..

Kaji semula diri kita..
Muhasabah diri semula..Cari di mana silapnya...
Tentu ada sesuatu yang kurang baik 
yang kita buat..

Allaah S.W.T sentiasa ada untuk kita..
Kita ja yang selalu lupakan Allah..
Ingat ya..

Renung-renungkan...Selamat Beramal... (^^,)

Buku Merah Jangan Lupa Bawa... (^^,)

Assalamualaikum & Hye

Lalala...Hai..Gembiranya rasa hati..
Wah,wah,wah...
Gumbira senang hati kemain kak senah....
Hehehe...

Opkos la..
Kite dah ada ni.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Eh...mana pulak hilangnya ni...
.
.
.
.
Haaaa....Ni dia....


Buku Merah Jangan lupa bawa...
Moga-moga belum tamat tempoh......
Eh...Menyanyi pulak dah..
hehehe...

I had my own Home Based Card..
Buku Merah...Eh....Pink la!!!
Merah?Pink?
Mana satu pulak ni......???

Errr...Tapi orang selalu panggil buku merah...
Well..Tak kisah la mana pun..
Janji i ada buku ni..
(^_^)



Syukurlah..Still Selamat..


(Imej tidak sama seperti imej sebenar)

Assalamualaikum & Hye

Hari ni seperti yang diceritakan..Hana pergi jumpa specialist. After USG..Alhamdulillah..My child still there..Still safe there..

Agak besar sikit saiznya daripada minggu lepas. Kalau tak salah pendengaran Hana, i had heard my child fetal heart....Tapi rasanya masih kurang jelas sangat. Apa pun, i'm so happy for today..

Home based card @ Buku Merah pun dah ada. Cuma sekarang konpius sikit sebab macam kena buat check up kat situ jugak je...Hurmmm..Camne ek?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 22, 2012

Ada Sesiapa Tahu Macam Mana Nak Letak Google + ?

Assalamualaikum & Hye

Sampai sekarang Hana still tercari-cari camna
caranya nak letakkan 
Google + dalam blog kita....

Kebanyakkan hanya ceritakan cara nak
letakkan Google + dalam setiap entri di blog...
That was not what i want..
Sebabnya dalam semua entri Hana dah pun
ada +1 tu...

Maksud Hana kat sini...
Macam ni...


Nampak???

Kalau ada sesapa tahu...Tolong bagitahu..tQ..


When Talk Abaout Fashion

Assalamualaikum & Hye

Zaman moden ni banyak fesyen yang boleh kita tengok
merata-rata tempat..
Fesyen bertudung, berselendang, segala bagai 
tu la..

Yang Hana nak cakap kat sini bukanlah pasal
jenis fesyen yang pelbagai tu..
Tapi pasal hukum agama yang kita ketepikan..
Okey..I know..
Hana bukanlah terbaik, bukanlah alim sangat..
But now i am tried to be the best..
To be solehah to My Parents,
My Hubby, My Childs..

Hana tak nak la bebel panjang ceramah panjang lebar
pasal agama..
Hana pun masih dalam proses cari 
apa yang dituntut dalam Islam..
Cuba meninggalkan tegahanNya,
Melakukan suruhanNya..

Han cuma nak nasihatkan kaum muslimah 
seangkatan Hana..
Bila kita nak berfesyen, kita kena fikir betul ke 
cara kita pilih fesyen ni..

Yes..Memang kita bertudung..Pakai baju menutup aurat..
Tapi baju kita tu macam mana?
Longgar ke ketat ke?
Tudung kita menutup dada seperti yang disarankan ke?
Hurmmm...

So, 
Mari kita fikirkan bersama...
Renungkan bersama..Selamat Beramal.. (^_^)




Wednesday, March 21, 2012

Next..Plan For Baby Stuff & Other Preparation

Assalamualaikum & Hye


Next step adalah persediaan untuk kelengkapan bayi dan juga berpantang. Err..Sebelum tu kena plan dulu kat mana nak pergi antenatal check up. Tapi semua plan ni akan dirancang lepas TCA dengan O&G specialist 23/3/12 ni.


Lepas sah dan pasti my little baby still safe there, then kami boleh laksanakan plan seterusnya slow-slow. Sediakan apa yang patut sikit-sikit. Cakap pasal baby ni... Teringat my mum ada cerita baru-baru ni masa warded hari tu.


My mum cakap she had dream ada orang bagi gelang dan rantai emas kepadanya. Dia ceritakan kat kawan-kawannya. Kawan mak cakap, entah-entah nak dapat cucu kembar perempuan kot...Mak dapat mimpi tu sebelum Hana bagitau i am pregnant. Then sebelum i got PV bleeding tu pun mak ada mimpi..Hana turun darah but tak ada rasa sakit. After few days it's happened to me.


Apa maksud mimpi mak Hana tu ye? Betul nak dapat baby girl kembar? It was surprising me..Huhu..Then if i'm not mistaken, on the day i got pv bleeding, ada orang datang jual make up kit kat tempat kerja. Sedangkan benda tu mahal and dah berapa lama Hana tak berkeinginan untuk sentuh..Tetiba hari tu beli jugak..


Bila kawan-kawan tanya Hana beli tak..Then i said i bought it. Diorang cakap nak dapat anak perempuan ni...Hurmm...Dua statement dah yang Hana dengar ni..Is it true? But now memang tak boleh cakap apa sebab kena tunggu TCA dengan specialist 23/3/12 ni..


If everything ok then we can continue our plan buy that to buy this..InsyaAllaah..Dia.masih selamat di dalam uterus mama nya ini. Semoga Allaah S.W.T lindungi dia.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Perlukan Bantuan Blogger Semua!

Assalamualaikum & Hye


Now tak nak cakap panjang lebar macam lori trela. Hana betol-betol perlukan bantuan anda. Kalau ada sesiapa yang tahu pasal syarat kemasukan bagi PROGRAM ASASI SAINS PERGIGIAN untuk semua IPTA yang sediakan asasi pergigian and psikologi.


Kalau ada yang terjumpa, tolong bagi link pada Hana yea. Amat perlukan bantuan anda!


Hana dah cari..Ada yang jumpa ada yang tidak. Yang Hana jumpa cuma untuk UiTM je. Yang lain tak jumpa.Tolong yea sume... tQ!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wordless Wednesday #1


Creative!

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, March 20, 2012

Kalau Ada Rezeki, Ada La...

Assalamualaikum & Hye


Bimbang sungguh rasa di hati. Teringat-ingat apa yang keluar pagi tadi. Tertanya-tanya...Apakah benda tu..Perkara biasa @ luar biasa yang patut difikirkan serius...


Terkenang-kenang kata-kata Sister Umi.."kalau ada rezeki, ada lah tu.." Mulanya sukar untuk ku terima statement tu..Tapi sekarang andainya ditakdirkan memang tiada rezeki untuk kami sekeluarga, aku redha.


Allaah tahu apa yang terbaik untuk kami.. Kami merancang tapi Dia yang lebih tahu, rancangan kami itu yang terbaik atau sebaliknya. Jika ini bukan yang terbaik buat kami, pasti dia akan berikan yang lebih baik kemudian hari.


Tapi...Andainya ini yang terbaik...Kami mohon agar Allaah selamatkan kandungan ni. Lindungi kandungan ni sampai ke waktu matangnya kandungan ni.


Apa jua ujian Yang Esa, kami terima dengan redha. Biar kami semua yang berdepan dengan ujianNya ini benar-benar redha dan ikhlas menerima semua dugaan daripadaNya. Moga kami jadi hambaNYa yang lebih beriman dan bertaqwa juga redha.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Am I Loss It???

Assalamualaikum & Hye

Hana rasa tak sedap hati..PV bleeding still seen early in the
 morning today..
Then last night sebelum tidur i felt of
muscle cramp..
Like dysmenorrhoea pain...

Pagi ni rasa tak sedap hati...
Tiba-tiba batuk ada kahak pulak..
Sedangkan dah berapa hari dah batuk hilang dah kahak..

Tadi terasa macam something expelled from my
vagina..
So now really scared..
My mum nasihatkan pergi hospital and scan lagi.

But now the question in my mind...
Is that embryo still in my uterus or already expelled out 
of my uterus this morning???

I really hope that it is still safe there..

Ya Allaah..Berikan yang terbaik buat ku...

Monday, March 19, 2012

Next....

Assalamualaikum & Hye


Untuk prevent continuousely..The doctor had prescribed to me Duphaston 10mg TDS. For my cough,he prescribed Ventamol Expectorant 15ml TDS.


I though my cough had reduce and gone. But now i can't stand it. Terpaksa.ambik jugak. Hurmm..Mata dah sangat mengantuk ni..I need to rest.


Have a good night friends!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Allow Discharge Today!

Assalamualaikum & Hye


Alhamdulillah..Thanks to Allaah..Today i am allow discharge. And i hope everything will be fine till the time. So i promise to my self that i will take care of my self and this pregnancy very well.


I will not doing something could make my pregnancy became worse. Really big thank you to those who prays for my pregnancy and i. I really appreciate it!


May Allaah bless all of u..Really grateful nothing bad happened to me and my fetus..I hope it will be growth as a normal fetus and being a normal baby soon.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 16, 2012

Sangat Risau, Takut & Bimbang!

Assalamualaikum & Hye


Sekarang just C.R.I.B je kat katil. Berjalan hanya ke toilet dan bersolat. Sakit kepala pulak ni. MasyaAllaah..Dugaan buatku.


Still pv bleeding sikit. Hati ni bimbang sangat risau & takut. Tambahan lagi bila Sister Umi datang dan bagi nasihat supaya banyakkan berdoa. Kalau ada rezeki ada la. Lagi lah bertambah gundah.


Tak pernah ku bayangkan ini semua akan berlaku. Betapa hati ni sedih..Namun dikuatkan semangat. Dok kat katil hospital baru berapa jam dah mula bosan. Tambah lagi hati yang gundah ni.


Bila lepas solat, sentiasa mohon kepada Yang Esa agar lindungi kandungan ni, selamatkan kandungan ni. Biar dia tetap kuat di dalam rahim ni sampai 9bulan.


Yang mana rajin, doakanlah agar Hana dan baby ni selamat menjalani kehidupan bersama. Biar dia sihat dan berkembang jadi janin yang normal. Doa kalian amatlah berharga. Allah saja yang dapat balas jasa baik kalian. tQ ya..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Admit To As-Saadah

Assalamualaikum & Hye


Semalam balik keje, mandi dan tengok drama Pelangi Kasih kejap. Sebelum tido pegi toilet. Sekali nampak darah.. Dengan rasa tak percaya check sekali lagi. Ya! Memang darah!


Ya Allah kenapa ni? Kenapa ada darah? Apa yang berlaku? Dah macam-macam bermain dalam fikiran. Mula lah melalak..Risau and sangat takut. Walaupun sikit je. Tapi sangat gelabah!


Tunggu Mr.Hubby balik. Cerita kat dia. Dia macam risau jugak. Dia cuba tenangkan Hana. Tetap menangis jugak sampai tertido. Bangun pagi ni lepas solat subuh..Sangat terkejut. Still ada darah! Ya Allah..Mesti jugak kena gi hospital.


Ajak Mr. Hubby ke hospital. Nasib la dia belum kuar rumah gi keje. Now admit! Yang sangat risau ni kalau bleeding berterusan bermakna ia tak menjadi. Hanya masa yang dapat menentukan. Semoga Allaah S.W.T lindungi janin ini.


Pesanan buat anak mama,

Mama harap kamu akan terus kuat dan berada di situ hingga 9bulan..Mama sangat perlukan kamu. I lurve u dear. Please be there till 9month.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, March 14, 2012

Adakah 10 Orang Anak Boleh Jaga Seorang Ibu?

Assalamualaikum & Hye

Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita kini..Seorang ibu mampu dan boleh menjaga 10 orang zuriatnya..
Sama ada 10 orang anak yang dilahirkannya itu menjadi manusia berguna atau tidak..Tapi dia terima segalanya dengan penuh redha dan tetap berusaha menjadikan anak-anaknya sebagai manusia yang berguna kepada dunia..

Namun....Adakah 10 orang anak-anaknya itu mampu dan boleh menjaga seorang ibu mereka itu? Jika mereka manusia berjaya & berguna kepada dunia...Adakah mereka berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai anak dan berguna kepada ibu mereka? Jawapannya mungkin YA dan mungkin juga TIDAK. Dan anda juga punya jawapan kepada persoalan tadi.

Cuba anda kenang kembali bagaimana ibu anda menjaga anda semasa anda berusia 1 hari hingga anda dewasa dan berkahwin..

Adakah dia membiarkan anda bersendirian ketika anda sakit? 
Adakah dia membiarkan anda bersendirian ketika anda bersedih kerana sesuatu peristiwa sedih dalam hidup? Adakah dia mengecewakan anda ketika anda meminta sesuatu daripadanya?
Adakah dia tidak memberikan anda wang saku semasa anda memerlukannya?
Adakah dia tidak membantu anda ketika anda dalam kesusahan?

Fikirkanlah...

Apa yang ibu anda tidak lakukan untuk anda..Demi anak-anak yang dikasihi, disayangi, dan dicintai..Ibu sanggup berkorban jiwa dan raga. 

Biar ibu ikat perut asalkan anak-anak tidak kebuluran.
Biar ibu tidak punya pakaian cantik asalkan anak-anak tidak selekeh.
Biar ibu tidak tidur lena asalkan anak-anak cukup tidur.

Pendek kata biar ibu susah, asalkan anak-anaknya senang. Tapi anak-anak bila dah besar, ada ke fikirkan pasal ibunya yang sorang tu??? Kalau ada tu, alhamdulillah. Sejuk perut ibu mengandungkan anaknya tu. Rasa terbalas segala pengorbanannya selama ini..Hilang rasa penat lelah dia membesarkan anak-anaknya selama ni.

Walaupun secara kasarnya dia tak meminta wang ringgit..Tapi apabila anak-anak yang disayangi mempedulikannya..Mengambil berat tentang dia..Pasti terubat segala susah payah penat lelahnya selama ni.
Gembira rasa hatinya melihat anak-anaknya membesar menjadi manusia berguna kepada dunia dan kepada dia terutamanya.

Jangan fikir dia terlalu harapkan wang ringgit anda..Dia sebenarnya harapkan perhatian daripada anda. Jika anda tak beri dia wang ringgit anda yang berkepuk dalam beg duit tu..Cukup jugalah jika anda balik ziarah ibu di kampung kerap kali. Cuba lah cari masa untuk pulang menjenguk mereka. Jaga kebajikan mereka.

Bila ibu sakit balik ziarah dia. Kalau boleh, bawa dia tinggal bersama anda. Seandainya ibu anda mengalami masalah tidak mampu bergerak, andalah yang perlu bantu dia. Jika ibu tidak mampu menguruskan dirinya lagi maka anak-anak lah yang wajib bertanggungjawab. Bukannya rumah kebajikan masyarakat atau rumah orang tua. Inilah masanya anda tunjukkan kasih sayang anda dan cara anda membalas pengorbanannya selama ini.

Contohnya:
Jika si ibu hanya terlantar di katil. 
Tidak mampu lagi menguruskan dirinya, 
anak-anak perlu belajar bagaimana cara menguruskan orang yang sakit terlantar. 
Ada yang akan kata, "nak belajar buat apa bukan keje nurse pun". 
Belajar buat apa?? Buat apa lagi..Untuk jaga ibu kau sendiri la..
Jika dia hanya boleh makan dan minum melalui tiub di hidung atau tiub di perut..
Maka haruslah anda belajar bagaimana nak lakukannya. 
Jangan bersikap lepas tangan. 

Jika anda memang orang berpangkat besar 
yang sentiasa sibuk..
Pasti mampu ambil jururawat peribadi. 
Jika tak mampu, dan tiada sorang pun yang 
dapat jaga ibu dengan tangan sendiri, 
ambillah pembantu yang membantu menguruskan ibu anda. 
Berpakatlah dengan adik beradik anda untuk berkongsi wang 
untuk bayar gaji pembantu tersebut. 
Jangan biar ibu anda rasa dirinya menyusahkan anak-anak. 
Jangan biar dirinya rasa membebankan anak-anak. 
Lebih penting lagi..
Jangan biar dia rasa sedih dan kesal.
Hilang redha seorang ibu kepada anak-anak,
hilang jugalah redha Allaah kepada seseorang 
manusia itu...

Sedih bila melihat seorang yang terlantar sakit tidak mampu menguruskan dirinya tidak dihiraukan oleh anak-anak. Datang menjengah sekali sekali. Tidak mahu membantu atau belajar cara menguruskan si ibu yang sudah tidak mampu menguruskan dirinya. Sedangkan doctor yang merawat dah terangkan berkali-kali ibunya tak akan pulih / sihat seperti dulu kala. Bila dikhabarkan bilik begini tak dibenarkan menunggu pesakit, terpancar riak gembira diwajah mereka. Sungguh kejam! Sungguh tak berhati perut! 

Seandainya si ibu dulu pernah melakukan kesilapan, maafkan dia. Walau seburuk / seteruk mana pun dia, darjatnya tetap tinggi di sisi Allaah S.W.T..Kamu hanya berpangkat anak. Jangan terlalu bangga kalaupun diri kamu adalah manusia baik. Tiada gunanya baik kamu jika mengabaikan ibu kamu. Jika dia seorang ibu mampu menjaga kesemua anaknya dengan baik kenapa anak-anaknya tak mahu menjaga seorang ibu dengan lebih baik???

Hadith Nabi :

" Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua-dua orang tuanya dalam sehari "

Jadi berbaktilah kepada orang tua anda selagi masih berkesempatan. Jangan menyesal bila terlambat. 

Note : terus terkenang emak di kampung. tak lupa abah jugak!

sangat rindukan wanita ini!!!

Rasa Lapang Bulan Ni

Assalamualaikum & Hye

Gaji bulan februari masih ada..Yang seronoknya bakinya lebih banyak daripada bulan-bulan sebelumnya. Selalunya mesti akan rasa tak cukup dan jugak cepat habis..Selalu 15hb ke atas je mesti dah tinggal ciput..Tapi bulan ni Alhamdulillah..Rasa sangat lapang. Perbelanjaan bulanan memang berjalan macam biasa. Bil-bil berkaitan dibayar seperti biasa. Macam bulan sebelum-sebelumnya. Tapi bakinya masih agak banyak. Kiranya baki yang tinggal sekarang lebih banyak daripada sebelum ni la.

Tu yang rasa lapang sangat. Tak payah nak runsing fikirkan pasal duit tak cukup. Alhamdulillah rezeki Yang Esa. Berkat pekerjaan mungkin..Dan jugak 'isi' yang ada di dalam rahim ni. Dapat la menyimpan untuk beli barang-barang dia nanti. Happy sangat rasanya. InsyaAllaah..Mudah-mudahan bulan ni jugak seperti bulan lepas. Cuma tahap kesihatan Hana yang kurang memberangsangkan. Sekarang tengah merancang untuk pilih doktor O&G mana yang nak jumpa nanti. Dan Hana jugak kena jumpa doktor medikal sebab batuk & selsema belum reda ni.

google

Tuesday, March 13, 2012

Bila Malam Menjelma & Awal Pagi Menjelang Tiba......

  Assalamualaikum & Hye


Runsing diri memikirkan keadaan sekarang..Terasa tak mampu teruskan kehidupan jika begini adanya..Sedikit terganggu urusan kehidupan yang serba mencabar juga perlukan kekuatan mental & fizikal..


Namun diri ini lemah...Di mana harus ku gapai kekuatan demi menempuh kehidupan di dunia fana ini..Diri jadi resah dan gelisah bila tengah malam dan awal pagi menjelang tiba..Kerana daku seperti hilang kekuatan untuk melakukan tugas harian. Terasa amat lemah diri ini.


Bagaimana harus ku atasi rasa itu? Tambahan, batuk & selsema ini masih tidak sembuh. Sungguh menyeksakan... Hanya kepadaNya ku mohon kekuatan..Mohon juga agar dikembalikan nikmat kesihatan seperti dulu..



Note: cerita versi puisi..hahaha..ye ke puisi?


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 12, 2012

Tasya Shilla Jahat?Kejam?

Assalamualaikum & Hye..

(google)

Hurmm...Si jelita Tasya Shilla..Sape tak kenal kan?Korang suka tak Tasya Shilla ni?Sape suka angkat tangan! Sape tak suka angkat kaki...Hehehe...

Kenapa Hana cakap Tasya Shilla ni jahat & kejam??? Apa salah dia? Ada sesapa yang tahu apa bukti yang menyatakan Tasya Shilla ni kejam & jahat???

Korang tak tahu? Dia jahat sebab tak pernah puas hati dengan orang lain! Then cederakan orang sampai mangsa mati!

Hahh!!! Betol ke ni Hana??? Ko biar benar??? Baik-baik sikit tulis cerita...Karang kena saman baru tau!

Oh! Memang betol pun..Tak percaya??? Tengok la darama drama Atas Nama Cinta Episod 16...

Hehehe....Ada yang terpedaya??? Sorry saje buat gempak!Sebab suka jugak tengok dia berlakon...Bila bawak watak jahat, menjadi betol..Menjadi dengan muka dia..Cara dia lakonkan watak jahat tu..
First time Hana kenal dia masa tengok drama Gemilang tu..Yang tu pun watak jahat jugak. Memang menimbulkan kebencian dalam diri ku la bila tengok si Tasya Shilla ni bawak watak jahat..Sape setuju???

Okeylah..Tu bermakna dia berjaya membawa watak yang diberikan..Bagus la tu kan..Cuma jarang rasanya tengok dia bawak watak baik-baik lagi sekarang ni. Hurmm..Pape pun semoga ada yang terbaik buat mereka.. (^^,)

Note : Tasya Shilla sorry yea..Hehehe..

Citt! Tak Mampu Bertahan Setelah Malam Ketiga!

Assalamualaikum & Hye..

Akhirnya tewas juga pada malam ketiga...
Dah la memember yang keje 
sekali malam tadi..
Dok cerita pulak dah pasal hantu...
Dah la keje bertiga je..

Ingatkan dapat la tahan mata tengok cerita-cerita
best kat fox movie..
Tapi tengah dok tengok....Terlelap pulak dah..
Sampai malam kedua je dapat bertahan..
Masuk malam ketiga memang ting tong dah...
Terjaga tu..Sakit kepala yang 
teramat sangat la..

Kalau ada yang offer or mintak tolong buat
locum night malam ni
pulak...
Huh! Memang akan ditolak mentah-mentah la..
Tak sanggup nak teruskan..
Cukup la tiga malam..
Malam ketiga dah out of service..
Mujurlah patient pun tak ramai..
Apa ada hal..
Patient pun 4 orang..Hehehe...

Jadi dengan ini saya mengumumkan
akan tidor sepuasnya..
Sebab esok keje pulak dah..
Nasib baik keje petang..
Hah! Pasal cerita hantu malam tadi...
Dorang sambung pulak pagi tadi..Tapi tak apa lah..
Sebab dah pagi..Ngeee~~~~


Note : Beli breakfast (koteaw goreng) kat kafe tadi..
ambik sikit je takut tak habis..Sekali makan..
SEDAP  pulak  dah..nyesal tak ambik lebih sikit..

Sunday, March 11, 2012

Dah Lama Tak Layan Cerita Mistik / Seram!

Assalamualaikum & Hye

Dah lepas dua malam..Ada lagi satu malam untuk 
dilalui..
Ikutkan hati malas nak buat locum night hari ni..
Tapi memandangkan tak ada staff nurse 
ketiga..
Maka wajiblah Hana buat locum jugak..

Malam ni kerja bertiga saja..
Dua staff nurse..
Sorang lagi PCA..

Semalam layan cerita mistik/seram kat
FOX Movie..
Seronok jugak la..
Maklumlah dah lama tak layan cerita cenggitu..
Layan sorang-sorang okey jugak 
la kan..
Buat hilang ngantuk...

Harap-harap malam ni ada cerita menarik lagi!
Hehehe..

Friday, March 9, 2012

Tak Puas Hati!

Assalamualaikum & Hye


Hurmm..Sungguh tak puas hati. Ni kalau admit ward dari hari jatuh sakit tu, mesti dapat MC lama. Bukannya apa.. Badan ni still lemah. Dapat rest dekat hospital 3,4 hari okey la jugak. Tak payah buat kerja apa pun. Ni dok rumah, nak makan kena masak sendiri.


Nak makan ubat kena buat sendiri. Kalau dok admit, ada nurse serve kan ubat. Makan pun orang serve kan. Makan tido je lah. Tapi doktor tu kedekut la. Bukannya nak admitkan pun. Takat MC satu hari..Kebetulan je day off pulak selepas MC tu. Kalau tak kena la jugak gagahkan diri bangun pergi kerja.


Kalau admit ward sejak hari sakit..Tentu okey dah. Tambah lagi MC admitted ward seminggu..Or dua,tiga hari..Mesti okey punyalah. Ni dok rumah rehat kat rumah pun tak berapa nak baik jugak.


Nasiblah kan..Malam ni kena lah kuatkan semangat pergi mencari rezeki..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Masih Terasa Letih & Lemah

Assalamualaikum & Hye


Dah hari ke-6 ni..Still unfeeling well. Yang kurangnya hanya tak demam. Selsema, batuk, menggigil waktu pagi, batuk..Masih tak kurang. Malam ni nak kena pergi keja dah.


Badan lemah-lemah lagi ni. Hanya mampu mohon kekuatan daripada Yang Esa. Mudah-mudahan malam ni lebih kuat untuk pergi bekerja. I need to be strong!


Hari ke-6 walaupun tekak dah ok, boleh menelan..Tapi masih berselera makan bubur je. Tekak ni tak tau rasa nak makan apa. Kalau dok bawah ketiak mak boleh la mintak mak masak itu ini. Huhuhu...


So i hope malam ni boleh pergi keja dengan senang hati tanpa rasa berat hati.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, March 8, 2012

Bubur Nasi Simple

Assalamualaikum & Hye


Masuk hari ni dah 3 hari makan bubur nasi..Hari first beli je kat kedai. Hari kedua and hari ni buat sendiri je lah. Dok sorang kat rumah sape yang nak tolong pergi belikan untuk kita kan? Nak tunggu Mr. Hubby yang beli,alamatnya maghrib la baru dapat makan.


Last-last bangun masak sendiri la. Simple je.


Bahan-bahan:

-beras 1 genggam

-halia 1 inci

-carrot 1 inci

-dada ayam 1ketul

-cukup rasa


Cara-cara:

1. macam biasa basuh beras tadi macam kita masak nasi.

2. tanak nasi hingga kering airnya.

3. tambah 2 cawan air.

4. biarkan hingga mendidih dan biji nasi pecah.sambil tunggu potong ayam,carrot dan halia kepada cebisan kecil.

5. then boleh masukkan ayam,carrot dan halia yang dah dipotong dan dibasuh tadi.

6. bila bahan-bahan yang dimasukkan tadi empuk,boleh la masukkan cukup rasa or garam secukup rasa.

7. bila dah masak boleh hias dengan daun sup and bawang goreng. nak letak ikan bilis pun tak menjadi masalah.


Resepi yang sangat simple daripada Hana..Huhuhu..Nak yang lagi best, silalah rujuk chef-chef terkemuka ya..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bila Nak Check Up Dengan Dr. O&G Ni???

Assalamualaikum & Hye

Baru 5+/52..If nak jumpa Dr. Daud kena tunggu 6+/52 or 7/52. Hurmm..Excited rasa nak jumpa doktor nak tengok janin dalam uterusku ni. Kalau 6+/52 kena la tunggu roster 16 mac sampai hujung bulan la pulak.

Tak apa lah. Yang penting janin sihat. Anak mama sihat tak apa lah berapa minggu pun kan..Mama risau ni asyik kena makan ubat. Takut menjejaskan kamu je sayang...Huhu..

Belum check up belum prepare apa yang patut..Tapi Nama Baby dah lama ada. Bukan sejak sebelum pregnant..Sejak nun...Zaman dok mengaji berhingus lagi siap-siap buat nama dah. Dasyat no..Malangnya sekarang ni..Nama yang yang Hana suka tu dah ramai yang amik letak nama anak dorang..Wuwuwu..Sedihnya.Tak apa lah.Belum tahu.lagi baby ni apa jantinanya.

Sabar-sabar..Relax dulu yea.Awak tu bagi sihat dulu. Tak sihat dah 5hari tu...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, March 6, 2012

Dapat Lagi!


Assalamualaikum & Hye

Sungguh ku tak terdaya menahan perit. Lalu ke A&E arah tujuku. Maka..Inilah yang dapat lagi.Tak suka.Kalau tak pregnant dengan senang hati makan ubat. Takut nak makan ubat.Even Doctor cakap tak apa.Hurmm..



Published with Blogger-droid v2.0.4

Sakit Tekak + Batuk Makin Menjadi!

Assalamualaikum & Hye

Derita ini hanya Allaah S.W.T yang tahu. Menanggungnya sendorian sendirian sangat la mendukacitakan.Namun tak terdaya hati ni berkata-kata.

Wajib ku kuatkan semangat untuk bangun pergi bekerja esok hari waktu pagi dan petang walau batuk kong kong kong kong macam nak tekeluar anak tekak. Nak MC orang buat tak reti. Macam diri ku ini tak sakit teruk! Tunggu daku dah tergolek baru nak gelabah gamaknya.

Tak mengapalah. Kau kuatkanlah semangatmu untuk meneruskan pekerjaan & kehidupanmu esok hari selagi Allaah S.W.T bagi bernyawa di muka buminya. Belum nak mati lahi sakit macam ni. Sabar sikit. Kuat sikit. Jangan MANJALITIS sangat yea!

Moga-moga belum tamat tempoh..Eh..Menyanyi pulak dah...Moga-moga cepat sihat yea Hana.Jangan dok manja-manja sangat.Dah la Mak Abah dok jauh. Dulu boleh la sakit mak jaga.Sekarang sakit sila jaga diri sendiri la. Ada Paham??



Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, March 4, 2012

Pakej Istimewa Milikku!

Assalamualaikum & Hye


Tadi Hana ada cerita pasal i am not feeling well kan? Pukul 7 tadi dah pegi Pusrawi M.O kat A&E. Tak ada pape..Cuma selsema and demam sikit. Lalu dapat la ubat-ubat yang biasanya i serve to my patient in ward. Hari ni i pulak yang kena makan.


Dapat ubat:-

* antamin

* syrup prospan

* setamol

* difflam


Semoga cepat sembuh yea Hana. Sabar la ni dugaan / balasan Allaah S.W.T...>motivate diri sendiri<

Huhuhu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

I Am Not Feeling Well!

Assalamualaikum & Hye


Tiada kata yang mampu menggambarkan kesihatan ni. Bangun pagi tadi tekak terasa perit,hidung sakit macam tersumbat,pedih!Allaah S.W.T je lah yang tahu apa yang dirasai.


Masuk tengah hari selsema pula menyerang.Bertambah seksa rasa hidung menahan pedih. Perit di tekak masih terasa,kepala pun terasa berat. Tapi digagahkan diri bangun dan masak demi menunaikan janji.


Dah siap masak hantar kat kawan-kawan di tempat kerja.Sayangnya tak ramai yang bekerja. Pesakit pun berapa orang saja. Tak ape lah. Asalkan ikhlas kan.


Sakit tekak dah hilang. Kawan sekerja Mr. Hubby jemput ke rumahnya di TUDM Subang. Ada makan-makan sikit and bacaan doa selamat. Dorang baru pindah masuk rumah. Masalah hidung perit and selsema masih berlarutan. Badan rasa nak demam. Lidah jadi ulser..Nak makan ubat sembarangan dah tak boleh. Kena pergi jumpa doktor dulu. Ye lah kenalah fikirkan anak dalam kandungan.Huhu..


Mr. Hubby pulak baru perasan yang Hana selsema. Dia bersiap nak keluar beli soluble. Hana cadangkan pergi Pusrawi terus je jumpa doktor.Huhuhu..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, March 3, 2012

Produk Kecantikan Yang Sesuai Semasa Kehamilan?

Assalamualaikum & Hye..

Hana nak tanya kalau ada sesiapa yang tahu atau boleh bagi
sedikit info tentang produk kecantikan 
yang sesuai digunakan sepanjang kehamilan seseorang wanita..

Bukan apa..Hana nak tahu je..
Hana sekarang pakai set Nano White..
(toner,pelembab,pencuci muka,scrub).
Hana baca kat Majalah Mami & Baby tadi..
Katanya JANGAN pakai produk yang ada bahan kimia
nama RETINOL.
Tukar kepada produk yang bebas RETINOL.
So selain RETINOL apalagi bahan yang 
tidak sesuai?

Atau kalau korang ada cadangan yang lebih baik..
Tolong bagitau Hana yea.
SANGAT perlukan bantuan anda.
tQ!

What Should I Plan When I know I Am Pregnant?

Assalamualaikum & Hye

Dalam kepala otak ni dok memikir apa nak dibeli dulu. Barang apa nak dibeli dulu, then barang apa yang patut beli kemudian. Tak tau nak listkan apa yang patut dibeli nieh. Maklumlah this is my first pregnancy. Baca kat belog 'aku bukan bidadari' pasal list barang yang perlu. Pening Hana nengoknye. Maklumlah ada istilah yang Hana tak tau amende maksudnye.

Sangat banyak ye keperluan baby. Mana la nak cari semua-semua tu dengan harga berpatutan..Memang ada tuan belog (kak aty_fared) bagitau kat mana dia beli. Tapi Mr. Hubby Hana ni la..Rajin ke nak ikut pergi merayau cari barang..Ajak jejalan time sebelun ni pun ala malas-malas. Besar harapan Hana agar Mr. Hubby rajin nak ikut merayau. Huhuhu...

But..First of all..Apa yang harus dilakukan..Of course la kena buat uniform baru..Uniform sekarang untuk time slim macam sekarang boleh la. Nanti perut dah muncit ke depan tentu dah tak muat dah. Kata orang setiap anak ada rezekinya. InsyaAllaah..Ameen...Then kena la beli maternity bra and underware..Huhuhu..Yang sekarang dah tak sesuai la nanti kan..

Hajat hati nak pergi ekspo child and maternity (kalau tak salah tajuknya) kat mid valley minggu depan. Tapi tak tau la dapat pergi ke tidak. sebab roster tak berapa nak kena masanya. Time tu kena keja malam. Kalau sempat Hana pergi la.

Okeylah..Nak try susun atur list apa yang patut dibuat dulu and apa yang kena buat kemudian.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, March 2, 2012

Dah Fikir & Rancang Macam-Macam!

Assalamualaikum & Hye..

Waahh..Excited rasanya ni..Belum lagi pi jumpa specialist..
Dah memikir & Plan macam-macam ni..
Tapi start survey tu tak pe kan?

Hana ingat nak jumpa specialist lagi dua minggu la.
Sebabnya kawan Hana kat tempat kerja,
hari tu masa dia dapat tau berbadan dua tu masa
4weeks of pregnancy.
Dr. yang dia gi jumpa tu suruh datang balik 
lagi dua minggu untuk scan.

So i think when reach of 6 weeks of pregnancy 
baru la nak jumpa specialist.

Besar sungguh harapan Hana agar ia benar-benar
kandungan yang dinantikan.
Sebab tu rasa takut & tak percaya tu masih ada.
Maklumlah first time kan..
Excited betul rasa sekarang ni.

Hana dah start survey cloth diapers, stroller & semua la
yang berkaitan kelengkapan baby.
Sesiapa yang tahu pasal butik yang jual baju mengandung
kat area KL ni harap dapat bagi
maklumat la serba sikit.

Then kalau yang tahu kat mana dapat cari kelengkapan 
baby yang murah / berpatutan & cantik..
Boleh bagi info kat Hana yea.

Plus..Doakan yang terbaik untuk Hana & Family ya..
tQ guys!

Thursday, March 1, 2012

Doa Untuk Anak Ibu

Doa Untuk Anak Ibu

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allaah, Peliharalah anakku selama dia di dalam kandungan ku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan. Tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allaah, Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allaah, Zahirkanlah dia kedunia dengan mudah dan selamat.

Ya Allaah, Anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal.

Ya Allaah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan,sihatkanlah tubuh badannya, indahkanlah akhlaknya, fasihkan lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allaah S.W.T tuhan semesta alam.

Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Syukur,Alhamdulillah!

Assalamualaikum and Hye..


Sungguh Hana penasaran! Serba salah nak check or biar je. Bukan apa..cuma takut terkecewa. Lain yang diharap lain yang dapat.


Ayat di atas adalah apa yang dirasai semalam. Berdebar rasanya. Tapi hari ni perasaan tu dah bertukar kepada excited and happy! Rasa macam nak ku khabarkan kepada dunia! Tapi macam melampau pulak kan..huhu..Pagi tadi terbangun awal. Pastu dah tak boleh tidur. Terasa-rasa nak check.


Dalam pada berkobar-kobar nak check...Takut pun ada juga. Takut kecewa..Tapi dikuatkan semangat. Check juga. Dah lepas check takut nak tengok pulak kisahnya. Macam-macam hal ko ni Hana oi..Lama juga la nak pegi tengok result. Konon-konon nak suruh Mr. Hubby tengok kan..Lastly...Bangun sendiri gi tengok..


Syukurlah..Akhirnya doa dimakbulkan Allaah S.W.T...Semoga selamat lah kami hingga ke waktunya. Akan bertambah lagi umat Nabi Muhammad S.A.W...Amin..


Published with Blogger-droid v2.0.4