Assalamualaikum & Hye...
Tengah dok tengok-tengok kat nuffnang tadi..
Tengok ada yang search pasal
hyperem ni...
So Hana nak cerita la serba sedikit pasal penyakit ni yea..
Hypremesis Gravidarum adalah masalah loya & muntah yang teruk berlaku kepada ibu yang sedang hamil antara 5 hingga 12 minggu..Mungkin berpunca daripada peningkatan level HCG (hormon chorionic ganotropin)...HCG ini meningkat disebabkan kehamilan yang berlaku kepada seseorang wanita yang hamil sesama usia kandungan 5-12 minggu. Bagaimana anda makan banyak sekali pun ia akan tetap dimuntahkan kembali.
Jadi bagaimana nak atasi masalah ni?
Tak kan tak boleh makan langsung?
Okey, Apa yang doktor perbidanan anda nasihatkan
kepada anda semasa temujanji?
Ada tak dia bagi nasihat tentang pemakanan anda?
Sini Hana bagi sedikit tips bagaimana
nak mengatasi masalah
Hypremesis Gravidarum ni...
Tips Mengatasi Hypremesis Gravidarum
A) Apa yang perlu dielakkan :-
1. Elakkan makanan yang boleh menggalakkan loya & muntah terutama jenis berminyak.
Kalau boleh tak perlulah memasak.
*suami harap faham keadaan isteri ketika ini.
2. Elakkan makan banyak dalam satu masa.
3. Jangan minum susu. Tak kira apa jenis susu pun & jangan minum minuman nourishes seperti milo dan
seumpamanya.
4. Jangan gosok gigi waktu pagi / selepas makan terutamanya.
5. Elakkan apa-apa bahan yang boleh menggalakkan anda rasa loya & muntah. Contoh pewangi, sabun, dll.
B) Apa yang perlu dilakukan :-
1. Makanan makanan yang tidak berminyak.
2. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi lebih kerap. Contohnya, makan biskut.
3. Makan lebih buah-buahan.
4. Minum jus buah-buahan dan air suam.
5. Berkumur dahulu selepas bangun pagi.
Rasanya cukup la kot yang ni...
Hehehe...
Nak tau lebih lanjut boleh tanya doktor anda.
But..
Diharapkan sedikit info / tips ini dapat bantu anda
yang sedang mengalami masalah
Hyprem ni..
NOTE : Pasni Hana buat pasal Placenta Previa pulak yea...
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)