❤Menu Pilihan Anda❤

Wednesday, February 1, 2012

TIPS : Stress? Tiada Teman Untuk Luahkan Perasaan?

Assalamualaikum & Hye


Pernah tak korang rasa stress? Then tak tahu nak buat macam mana untuk lepaskan perasaan korang. Lain orang lain caranya kan? Sebab masing-masing ada cara mereka tersendiri untuk lepaskan perasaan.


Ada beberapa tips untuk Hana share dengan readers..


1. Solat (bagi orang islam)

- berwuduklah dan lakukan solat sunat agar reda kemarahan @ kesedihan yang sedang memuncak tu. selepas bersolat, luahkan lah perasaan anda kepada Allaah S.W.T...Kerana Dia Maha Mendengar. Mohon supaya diredakan kemarahan @ kesedihan yang sedang dialami. Jangan lupa beristighfar banyak-banyak.


2. Menangislah jika anda dalam kesedihan. Jangan ditahan air mata itu. Biarlah ia mengalir. Akan berkurang kesedihan itu. *tapi jangan sampai jadi macam kasim selamat sudah lah*

Tekup muka dengan bantal and jerit sekuat hati. *hehehe...*


3. Luahkan perasaan anda melalui penulisan..Salah satu contoh, melalui blog..BUT if that matter were too secret..Luahkan saja di atas kertas. Atau pun dalam buku..Macam diari dulu-dulu tu. Tulislah apa saja yang anda ingin luahkan. Nak maki hamun pun boleh. Even buku / kertas tu tak dapat bagi respon terhadap apa yang kita katakan / luahkan..Sekurang-kurangnye beban marah / sedih tadi akan rasa kurang. * Hana suka sangat luahkan perasaan dalam buku *


4. Kalau ada kawan untuk dengar luahan perasaan kita, luahkan saja kepada dia. Tapi kalau hal yang secret jangan la sembarangan orang ko luahkan perasaan. Pilih la orang yang boleh dipercayai. Nanti satu dunia tahu, sendiri yang malu..


5. Jangan baling-baling barang kalau marah / sedih. Nanti anda jugak yang kene kemas balik semua yang sepah-sepah tadi. *hehehehe*


6. Jangan pandu kereta / motosikal dan lain-lain semasa marah. Kerana akan menyebabkan kemalangan dan kemalangan maut lagi ngeri. Ingatlah Allaah S.W.T ...Istighfar.

*huhuhu*


7. Kalau suka shopping, pergi aje 'menyopping'.. Kalau dapat duduk tepi tasik, tepi pantai, tepi air terjun...Duduk je..Nikmati keindahan alam ciptaanNya. *sambil nangis pun boleh... :D *


8. Main game racing..Game tembak-tembak..Lepas kan geram anda dalam game tu.huhuhu :D


9. Jenis suka makan time marah? Makan je apa nak makan. tapi jangan melampau sangat. :)


10. Jangan tumbuk dinding pulak. Nanti sendiri yang lagi sakit. Tapi jangan pulak pegi lempang orang / belasah orang. Belasah anak patung tak pe. Tak pun belu satu guni yang macam orang boxing / tomoi dok tumbuk tu..Belasahlah yang tu sampai pecah pun tak pe.. :)


Okey..Sekian tips daripada Hana.. :D


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)