❤Menu Pilihan Anda❤

Tuesday, April 12, 2011

ADHD...Parents Please Alert!

Assalamualaikum & Hye...

Jom baca....
ADHD (Attention-Deficit Hyperactive Disorder). Secara biologikal, takrif bagi "hyper-active' adalah pengambilan gula yang berlebihan. Kanak-kanak adalah lebih cenderung kerana pada peringkat usia ini mereka lebih gemarkan makanan rapu, gula-gula dan makanan ruji.

Tanpa pengawasan yang sewajarnya kadar gula akan melebihi daripada kapasiti yang sepatutnya. Sememangnya gula amat penting untuk pembekalan tenaga tetapi gula yang di perlukan untuk perkembangan otak adalah gula asli yang mempunyai unsur glukosa iaitu daripada sumber asli seperti sayuran, ubi kentang, ikan dan sumber lain. Namun, gula yang ada di pasaran sekarang adalah gula yang diproses melalui proses pengeringan dan tidak begitu sesuai dengan komposisi tubuh kanak-kanak.

Pengambilan gula yang berlebihan oleh kanak-kanak boleh menyebabkan peningkatan suhu badan dan memberi tekanan pada perjalanan darah. Ini akan menyebabkan kanak-kanak hilang tumpuan dan kegagalan  untuk memfokus kepada sesuatu perkara. Antara simptom perubahan kimia yang sering di hadapi kanak-kanak ialah:
  • mata memfokus terlalu cepat,
  • badan kerap berpeluh,
  • jari kaki dan tangan bergerak-gerak serta lutut meregang menyebabkan mereka kelihatan aktif dan tidak duduk diam.
  • Faktor lain yang menyebabkan kanak-kanak bersikap aktif selain pengambilan gula yang berlebihan ialah faktor genetik ibu bapa, cuaca dan alam sekitar.
Antara ciri-ciri kanak-kanak "hyper-active" ialah kurang penumpuan iaitu:
  • tidak dapat memfokus kepada pelajaran atau tidak berminat kepada sesuatu perkara yang penting.
  • Yang kedua terlalu agresif, dimana mereka kelihatan tidak berdisplin, tidak memberi perhatian dan mengabaikan tugasan yang di berikan serta lebih suka kepada bermain dan mengusik rakan-rakan lain.
  • Faktor ketiga ialah cepat terpengaruh. Mereka lebih suka meniru gaya atau perwatakan orang yang lebih besar, biasanya ianya berlaku pada peringkat usia 2 tahun keatas.
Kebiasaannya pada usia 9 tahun sikap "hyper-active" mulai kurang kerana pada peringkat ini mereka sudah mulai berfikir dan ada sesetengahnya sudah mencapai akal baligh (dewasa). Namun jika masalah ini masih berterusan kemungkinan mereka menghadapi sindrom ADHD atau ADD. Kadangkala sindrom ini sukar di kesan di peringkat awal dan guru atau ibu bapa mengambil langkah mudah sekiranya masalah seperti menumbuk kawan, memukul haiwan, mengusik rakan dan perangai yang pelik di lakukan.
Apakah tanda-tanda ADHD 

Kanak-kanak ADHD haruslah menunjukkan tingkah laku yang terdapat dalam tiga kategori utama yang sering berlaku dalam beberapa persekitaran seperti:
  • di rumah,
  • di sekolah dan sebagainya

1. Hiperaktiviti
  • Kerap menggerakkan tangan atau kaki atau menggeliang-geliut di tempat duduk.
  • Selalu meninggalkan tempat duduk ketika di kelas
  • Selalu berlari ke sana ke mari atau suka memanjat dan pada kebanyakan masa kelihatan kekok
  • Kerap menghadapi masalah untuk bermain atau melakukan aktiviti riadah secara senyap
  • Banyak bercakap
  • Sering bergerak cergas atau kerap bertindak seolah-olah digerakkan oleh motor.
2. Tempoh tumpuan yang singkat
  • Sering gagal memberi tumpuan yang teliti kepada butir-butir terperinci atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti lain
  • Selalu tidak mematuhi arahan dan gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja harian atau tugas
  • Kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti
  • Kerap mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah)
  • Selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku atau tugasan sekolah, mainan dan sebagainya)
  • Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke satu aktiviti lain
  • Mudah lupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut usia dan keupayaan.
3. Tingkah laku impulsif
  • Selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan
  • Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran
  • Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain
  • Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan

Dirujuk di SINI (Di copy teh sebijik-sebijik)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)