Assalamualaikum & Hye...
Sebenarnyer baru teringat nak citer
Maen masak-masak 2 hari lepas...
Hehehe...
Tak der la..
Actually Hanna ada try buat
Macaroni...
Dah lama sangat teringin nak buat.
Ni barulah berkesempatan nak buat.
Ni kiranya versi Hanna la..
Dulu ada mintak resepi dengan member Hanna.
So ingat sikit-sikit la.
Macaroni Goreng
Bahan:
250 gram macaroni
1 Liter air
Minyak masak
Garam
200 gram daging cincang
3 Biji telur
Cara Memasak:
1. Rebus macaroni dengan 1 liter air selama 10-11minit. Masukkan 1 sudu besar minyak masak semasa merebus macaroni.(tujuan: macaroni tidak melekat selepas ditoskan).Masukkan garam secukup rasa.
2. Selepas merebus macaroni,angkat & toskan.
3. Goreng telur & pecah-pecahkan / hancurkan.
4. Panaskan minyak masak. Gorengkan daging cincang sehingga bertukar warna.
5. Setelah siap menggoreng daging cincang, gaulkan telur yang telah digoreng bersama daging cincang yang telah siap dimasak & jugak macaroni.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)