❤Menu Pilihan Anda❤

Wednesday, February 16, 2011

Mengapa Mesti Aku?Argh....TEKANAN!!!! ~Bersyukurlah....~

Assalamualaikum & Hye...

Ermm...Malam nieh Hanna rasa nak share some info with my readers. Apa kaitan lak tajuk entry dengan info yang Hanna nak share nieh?? Is it about my stressIs it about my problem? Tak lah... Tidak sama sekali... Hehehe....

Actually...Tekanan tu mungkin datangnya dari kita sendiri, dan mungkin juga datang dari persekitaran kita. Kita akan cuba tangani tekanan tu dengan pelbagai cara. Mungkin cara yang kita gunakan tu tidak menyalahi tuntutan agama. Dan kadang kala boleh menjadi sebaliknya. Terpulang kepada kita bagaimana kita tangani tekanan itu dengan berkesan.

Adakalanya kita hanya kesal dengan apa yang berlaku sambil menyalahkan takdir yang Esa. Kita berfikiran negatif dan menyalahkan Allah S.W.T atas apa yang berlaku. Tak baik kan kalau berfikiran macam tu. Tapi bukanlah semua kita buat macam tu. Hanya segelintir sahaja.

Sebenarnya dugaan dan cabaran yang muncul di depan kita adalah rahmat dari Yang Esa. Bersyukurlah bila kita kena berdepan musibah yang amat mendukakan itu. Itu tandanya Allah S.W.T sayangkan kita. Jangan menyangkal mengapa kita yang harus tempuhi semua keperitan itu. Sebaliknya redhakan lah apa yang berlaku. Ikhlaskan hati menerima segalanya. Jangan sesekali menyalahkan takdir & menyesali apa yang berlaku.

Musibah yang melanda kita bermakna Allah ingin memberikan kita syurgaNya. Itu salah satu cara dia mengampunkan hambaNya. Adakalanya kita tidak memohon keampunan kepadaNya atas segala dosa kita lakukan masa lalu. Dengan menurunkan musibah kepada hambaNya lah dapat menguraskan dosa hambanya itu. Contohnya, kita ditimpa kesusahan, kesakitan, atau pun kemalangan...Maka segala kesukaran yang kita alami itu akan membantu menguraskan dosa-dosa kita. 

Bila ditimpa musibah hingga menyebabkan kita rasa tertekan, maka janganlah kita hanya memandang pada sudut negatifnya. Tapi cubalah lihat pada sudut positif. Barulah kita dapat bertenang dan menerima segala kejadian dengan penuh keredhaan dan keihlasan hati.

Kita mestilah redha menerima semua itu. Terima semuanya dengan seikhlas hati. Jangan sesekali mempertikaikan setiap kejadian Allah S.W.T. Disebabkan Allah S.W.T sayangkan hambaNya lah, dia menurunkan dugaan buat kita. DIA tak akan menguji kita seandainya kita tak mampu untuk hadapi ujianNya itu. Dugaan itu adalah rahmatNya. Bersyukurlah kerana Allah S.W.T menyayangi kita. Tangani permasaalahan yang hadir dengan berhemah. Janganlah lakukan sesuatu yang memudaratkan diri & menyimpang dari ajaran agama. 

Ingat! Allah S.W.T sayangkan hambaNya..Betapa besar rahmatNya kepada kita. Jadi bersyukurlah.. :)

(*masa tulis entry nieh...berjurai-jurai air mata..sebabnya..terkenangkan betapa besar rahmat Allah S.W.T*)


4 comments:

  1. menarik sekali..
    mekaseh peringtn ini.
    ha,mekaseh follow syafa.=)

    ReplyDelete
  2. Peringatan untuk semua & diri sendiri jugak terutamanya.

    Agama pun sarankan kita saling berpesan-pesan..

    sesama.. :)

    ReplyDelete
  3. hihihi..sejuk baca artikel sist..Slalu kan ada jer kte dgr kenapa tuhan timpakan masalah mcm nie pd aku,kenapa hidup aku susah?..kenapa aku didatangi musibah begini sekali..Padahal kita sepatutnya bersyukur..Sbgi cth bila kita kaya..Kita kaya pasti kita akan sedikit bongkak..Dan mungkin kita lupa akan sujud..Jadi walau bagaimanasekalipun kita,haruslah kita bersyukur..Ada org lagi susah dr kita sbnrnya..

    ReplyDelete
  4. moga kita semua sentiasa mendapat rahmat Ilahi serta dikasihi & disayangi olehNYA..

    ReplyDelete

Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)