Tahun 2010 penuh dengan kisah suka & duka kehidupan duniawi. Macam-macam kisah yang aku lalui..Perit getir kehidupan..
23 Jun 2010
Aku menduduki exam Lembaga Jururawat Malaysia untuk mendapatkan lesen & lencana jururawat di dewan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Aku sangat takut kalau tak lulus exam tu.
21 Julai 2010
Aku disahkan lulus exam tu. Betapa gembiranya perasaan aku sebab dapat bagi hadiah yang istimewa dengan menghadiahkan kejayaan tu pada MAK & ABAH.
24 Julai 2010
Megat Taufique hantar rombongan merisik.
11 September 2010
Aku ditunangkan dengan Megat Taufique. Sungguh aku tak sangka begitu cepat diikat & terikat.
17 Disember 2010
Aku dinikahkan dengan Megat Taufique. Lagilah aku tak sangka yang sebegitu cepat Abah & Mak mengizinkan aku menikah. Terasa macam baru semalam aku menduduki peperiksaan SPM...Cepat benar masa berlalu.
Sekarang aku seorang isteri & jugak ibu. Besar & berat tanggungjawab yang diamanahkan kepada aku. Namun akan ku usahakan untuk menjadi yang terbaik buat kalian.
Yang masih aku tunggu......untuk bergelar JURURAWAT U29 di mana-mana hospital. Masih belum ada rezeki aku untuk membalas jasa kedua-dua orang tua aku yang telah banyak berkorban untuk aku selama 21 tahun aku hidup di bawah tanggungan mereka.Pahit getir onak & duri mereka tempuhi demi membesarkan anak-anak..Terima kasih Mak & Abah, jasa mu terlalu aku sanjungi. Aku berhasrat untuk jadi anak yang baik buat mereka.
Mum & Dad.......I LUV U SO MUCH..!!!!!!
Hargailah Ibu & Ayah kita selagi mereka masih bernyawa..Tanpa mereka, siapa lah kita. Jika mereka punya sifat yang buruk sekali pun, mereka masih ibu bapa kita. Kita tak boleh membenci mereka. Berdoalah untuk kesejahteraan mereka di dunia & akhirat.
Megat Taufique,
Kini cinta ku hanya milik mu..
Walau sebesar mana dugaan pun,
Ku harapkan kita akan tetap setia bersama..
Bantulah diriku untuk menjadi yang terbaik buatmu & jugak anak-anak kita..
Ya Allah,
Ku mohon Kau bantulah aku..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum...Sebarang komen, pendapat, nasihat yang membangun amat digalakkan. Elakkan meninggalkan komen dengan bahasa yang kesat..thank Q (^_^)