Assalamualaikum & Hye
Lama rasanya tak update blog ni. Hurmm.. Rindu sangat. Ada tak yang rindu nak baca corat-coret di blog Hanna ni?
***krik..krik..krik..
Tak de eh? Hihii... (sengih macam kerang busuk sambil garu-garu kepala..)
Tak per lah, asalkan Hanna boleh baca balik apa yang Hana pernah coretkan dalam blog ni sudahlah. Kalau ada yang sudi mengunjungi blog Hana ni, terima kasih lah sangat.
Kalau ada yang sudi bagi motivasi & semangat juga cadangan untuk penambaikan pun Hanna amat berterima kasih tau.
Dah lama tak bercerita dalam blog ni. Banyak juga cerita yang hanya tersimpan dalam lubuk hati, terlipat kemas dalam lipatan memori.
Ada yang boleh Hanna kongsi, then I will share. Ada yang tak dapat dikongsikan tu, maaf ya.
Now Hanna tengah serabut juga ni. Fikirkan macam-macam perkara. Kehidupan, pekerjaan, how nak manage my time, my work, my side work. Ish.. Bukanlah mudah ya walaupun tak mustahil.
Apa-apa pun Hanna akan cuba aktif semula menulis dalam blog ni. Any story yang suitable untuk dikongsi tu, Hanna akan share.
Till we meet again.... (lambai-lambai tangan...)
Ehiiihiii...
Ada rasa macam nak lempang tak si Hanna ni? (^___^)
❤Menu Pilihan Anda❤
Saturday, October 10, 2015
Rindu!
Tuesday, September 1, 2015
Belajar Sesuatu
Kita sangka hidup kita yang paling teruk. Kesal dengan apa yang kita hadapi & berlaku sekarang. Sedangkan pernah tak kita renung kembali... Muhasabah diri. Ada insan lain yang hidupnya lebih payah, lebih sukar daripada kita.
Pernah tak kita syukur dengan apa yang Allah SWT berikan kepada kita?
Yang lepas biarlah lepas. Yang akan datang peliharalah sebaiknya. Jangan cepat melatah. Perbaiki kesilapan masing-masing. Kita bukan maksum yang tak ada silap walau sebesar zarah.
Bila terasa diselubung rasa marah, segeralah berwuduk, solat sunat. Mohonlah agar diredakan rasa marah, ditunjukkan jalan agar dapat diselesaikan setiap permasalahan, yang mana rumit dipermudahkan.
Bagi suami isteri, jaga bahasa. Terutamanya suami. Janganlah mudah mengeluarkan kata-kata yang boleh merumitkan hubungan rumah tangga kalian. Jika terasa lidah ringan nak memaki hamun @ melafazkan yang tidak sepatutnya tanpa niat, baiklah kamu diam & keluar dari rumah. Bila terasa sudah reda, pulanglah.
Jika isteri cuba timbulkan provokasi, tak perlu layan walau hati sakit. Isteri, jangan terlalu mendesak. Kemudian cubalah beralah. Selesaikan sebaiknya setiap masalah. Masing-masing ada kesilapan. Jadi carilah penyelesaian sebaiknya.
Posted via Blogaway
Monday, March 2, 2015
Hari-Hari Takut
Assalamualaikum & Hye
Tahun ni, permulaan yang kurang baik. Ada saja duka lara yang menimpa. Ada saja yang menyakitkan hati.
If I'm doing wrong, please inform me politely. Not shouted at me like ...
Tak tahu kenapa sejak 2, 3 menjak ni.. Selalu pulak buat silap. If salah sendiri then I admit. Tapi kalau berpunca asal dari orang lain but then hanya meletakkan ianya atas bahu I seorang.. Itu tak dapat nak terima sepenuhnya. Kesalahan tetap diakui. Tapi... Tolong sama-sama bertimbang rasa.
Memang rasa diri ni sangat menyusahkan orang lain. Rasa nak stop ja semua ni. Rasa macam mungkin cukup sampai setakat ni. Mungkin dah tak sesuai lagi dengan apa yang ada sekarang.
Dalam kepala sekarang ni banyak benda dok fikir. Stress pulak tambah lagi serabut.
Otak ni macam penuh sangat. Aishhhh... camna nak buat bagi tak penuh sangat pun tak tau.. Macam nak buang separuh, kalau boleh potong dua kepala, bawak keluar apa yang ada dalam fikiran tu letak tepi, dah buat dah.
Adeh la.. Syuuhh, syuuhh..
Monday, January 26, 2015
Lama Tinggal Nampak???
Assalamualaikum & Hye
Lamanya tak update blog kisah kehidupan ni. Bukan apa, sibuk dengan urusan harian. Last month banyak juga peristiwa yang berlaku. Ada suka ada duka ada mendebarkan.. Semua pun ada la.
Nanti Hana cerita satu persatu ye. Walau apa terjadi, blog ni tetap menjadi kesayangan. Sebab daripada blog ni lah Hana mula kenal dunia blog, blogging, kawan alam maya..
Mana mungkin nak lupakan dengan mudah. Dalam ni segala duka suka Hana curahkan. Tak boleh lupa ooo..
Hana akan ingat sampai bila-bila. Dulu seorang yang sangat negatif. But now feel much better and trying to be more positive person.
Semuanya selepas join dengan bisnes. Ternyata bisnes buat kita jadi seorang yang lebih positif. Merangsang pemikiran agar jadi individu yang lebih baik. Buang & jauhkan yang negatif.
Jadikanlah diri anda seorang yang lebih positif. Bila positif, semua yang ada disekeliling kita akan jadi lebih baik. Walaupun at that time kita ditimpa masalah, kesusahan dan seumpamanya.. Kita dapat kawal perasaan. Kita pandai nak kawal keadaan.
So kalau anda rasa anda juga mudah jadi seorang yang negatif, banyakkanlah bergaul dengan individu yang lebih positif. Bila bersama orang yang positif, kita secara automatik akan terpengaruh seperti mereka. Hidup positif lebih bermakna.