❤Menu Pilihan Anda❤

Monday, January 26, 2015

Lama Tinggal Nampak???

Assalamualaikum & Hye

Lamanya tak update blog kisah kehidupan ni. Bukan apa, sibuk dengan urusan harian. Last month banyak juga peristiwa yang berlaku. Ada suka ada duka ada mendebarkan.. Semua pun ada la.

Nanti Hana cerita satu persatu ye. Walau apa terjadi, blog ni tetap menjadi kesayangan. Sebab daripada blog ni lah Hana mula kenal dunia blog, blogging, kawan alam maya..

Mana mungkin nak lupakan dengan mudah. Dalam ni segala duka suka Hana curahkan. Tak boleh lupa ooo..

Hana akan ingat sampai bila-bila. Dulu seorang yang sangat negatif. But now feel much better and trying to be more positive person.

Semuanya selepas join dengan bisnes. Ternyata bisnes buat kita jadi seorang yang lebih positif. Merangsang pemikiran agar jadi individu yang lebih baik. Buang & jauhkan yang negatif.

Jadikanlah diri anda seorang yang lebih positif. Bila positif, semua yang ada disekeliling kita akan jadi lebih baik. Walaupun at that time kita ditimpa masalah, kesusahan dan seumpamanya.. Kita dapat kawal perasaan. Kita pandai nak kawal keadaan.

So kalau anda rasa anda juga mudah jadi seorang yang negatif, banyakkanlah bergaul dengan individu yang lebih positif. Bila bersama orang yang positif, kita secara automatik akan terpengaruh seperti mereka. Hidup positif lebih bermakna.