❤Menu Pilihan Anda❤

Monday, June 30, 2014

Kisah Nurse, Relative Patient & Akok

Assalamualaikum & Hye

Ini kisah hari kedua Ramadhan.

Tadi selepas berbuka, ada seorang relative pesakit hulurkan kuih.

Katanya...

"Ambiklah dik, buat makan sahur nanti.."

Ada lagi ayat sambungan. Mengikut fahaman Hana, kuih tu untuk orang makan sahur nanti.

Haa.. Cuba dia cakap macam ni..

"Dik, ambik makan ramai-ramai ye.."

Atau macam ni..

"Dik, amik la makan ye.."

Kalau patient/relative diorang cakap ambik la makan, makan la ek.. Memang kami bedal je. Memang faham la untuk makan beramai-ramai.

Entah la. Kalau kawan-kawan dengar sendiri ayat yang dilontarkan oleh individu tersebut mungkin ada yang faham macam Hana faham. Mungkin ada yang faham membawa maksud memang disuruh makan beramai-ramai.

Tak apa lah. Moral of the story, bila nak dampaikan sesuatu mesej tu cakap dengan jelas. Supaya penerima faham maksud yang ingin disampaikan.

Dan kalau si penerima rasa confuse dengan apa yang cuba disampaikan oleh si pemesan, minta penjelasan. Jangan buat faham sendiri.

Tidaklah nanti salah komunikasi. Si A cakap bermaksudkan yang lain. Si B pulak faham maksud lain.

The end....

Selamat malam semua.. Jangan lupa bangun sahur tau..


Posted via Blogaway

Thursday, June 19, 2014

Kegemaran Baru

Assalamualaikum & Hye

Since makan pekasam che pah, sampai hari ni terkenang-kenang.. Sejak hari tu asyik goreng bawang dengan cili padi. Macam goreng tabur atas ikan pekasam tu.. Fuhh.. Sedapp...!!!

Hari tu balik Kedah naik flight. Jadi tak dapatlah borong pekasam che pah. Kalau balik dengan kereta, dah borong dah tu.

Tujuan beliau jual pekasam tu, adalah untuk bantu anak-anak yatim yang memerlukan. Semoga niat murni beliau sentiasa mendapat keberkatan Allaah SWT..

Buat masa ini beliau baru saja menutup tempahan pekasam. Bila settle 1st round ni, beliau akan buka semula untuk tempahan. Nak borong la nanti walau macam mana pun. Hehee..

Membeli sambil beramal kata orang..

Ni saja lah menjadi santapan buat masa ini..


Posted via Blogaway