❤Menu Pilihan Anda❤

Friday, March 21, 2014

Perubahan? Nak Ubah Apa?

Assalamualaikum & Hye

Rasanya.... Dah sampai masa untuk lakukan perubahan rasanya. Berubah macam mana? Ermm.. Berubah dalam semua perkara. Berubah kepada sesuatu yang lebih baik.

Berubah untuk terus berada di landasan yang betul.

Eh, dah macam ceramah agama la pulak. Santai-santai sudah.. kan?

Mula-mula rasa nak berubah dari segi pakaian. Nak pakai yang wide yang longgar, kurangkan yang ketat-ketat tu. Lagi pun menjaga aurat tu kan memang dituntut dalam Islam.

Mulakan perubahan yang sedikit-sedikit. Lama-lama berubah semuanya. Demi diri sendiri & jugak keluarga. Berubah untuk kebaikan.

Kalau artis boleh berubah, kita yang biasa-biasa ni pun boleh berubah. Yang penting.. NIAT.

Nak buat apa pun niat kena betul. Tak begitu? Pastikan niat baik. Okey.. Cukuplah tu. Kawan-kawan pun dah bosan nak baca ayat yang sama dari mula sampai habis.

Excited nak buat perkara baru.

Macam tu pun okey kan?


Posted via Blogaway

Oh Blog Terchenta..

Assalamualaikum & Hye

Waa.. Lama jugak tak update blog ni ya. Sorry kawan-kawan... Mesti kawan-kawan rindu nak baca tulisan, nukilan di blog ni kan?

*sila muntah hijau..

Padahal tak ada orang nak merindu kau Hana oi..

Sekarang busy manage blogshop & kerja hakiki... Semua nak buat 1 masa bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi kalau dapat manage dengan baik, in sha Allaah kemanisan di penghujungnya. Kan?

Kawan-kawan pembaca di luar sana apa khabar? Hopefully semua sihat belaka ya. Kalau tak sihat tu, bagitau Hana. Manalah tahu Hana boleh nasihat @ cadangkan apa yang patut demi kebaikan & kesejahteraan bersama.

Yang baik kenalah share. Tak begitu? Kalau sudi boleh singgah blogshop Hana..

hana-radzi.blogspot.com

Mana tahu ada yang rasa berkenan di hati.

Rindunya nak update entri di blog ni.


Posted via Blogaway