❤Menu Pilihan Anda❤

Wednesday, October 31, 2012

Sayu Hati

Assalamualaikum & Hye

Hari ni habislah sudah MC yang doc. bagi. Walau badan masih terasa lemah.. Tapi kita kena kuatkan jugak badan..Kuatkan semangat. Ada tugas yang harus dilaksanakan. Cuti lama pun badan tak sihat makin lemah kot. Mana la tau bila kita mula bergerak aktif, badan pun akan lebih sihat.

Tapi.... Jauh di sudut hati ni terasa sayu sangat nak berpisah dengan mak dan abah. Dah tak dapat nak bermanja dengan mak dan abah. Maklumlah lepas keluar dari ward, mak abah yang jaga kat rumah. Nak salam dengan mak abah tadi terasa sebak. Tak terucap apa2 hatta ucapan 'terima kasih'... Sebak!

Sayunya rasa... Mak Abah... Ketahuilah anakmu ini amat menyintaimu...


Tuesday, October 30, 2012

Keselesaan...Hargai Kehidupan..

Assalamualaikum & Hye

Selesakah anda dengan kehidupan anda kini? Adakah anda masih mencari sesuatu yang lebih selesa daripada apa yang anda miliki hari ni?

Okey, ini bukanlah iklan peluang perniagaan atau peluang merubah kehidupan kepada keadaan yang lebih selesa. Apa yang Hana nak cakap ni tentang kehidupan masa kini. Kepada mereka yang mengintai peluang perniagaan untuk merubah kehidupan kepada keadaan yang lebih selesa tu... Silakanlah... Pastikan anda pilih jalan yang betul.

Keselesaan yang Hana maksudkan adalah kesihatan tubuh bdan kita. Bila mana tubuh badan kita sedang sihat itulah keselesaan yang terbaik dalam kehidupan kita. Percayalah! Ia satu nikmat & rahmat yang tidak terhingga dalam kehidupan kita. Bila tubuh alami kesakitan, rasanya sangat perit. Saat itu barulah kita akan rasa tubuh yang sihat itu sangatlah berharga. Kepada anda yang masih sihat tubuh badan tu jagalah kesihatan dengan sebaiknya. Once your body had pain... segala keselesaan & kekayaan yang ada dah tak berguna lagi.

Tak guna ada duit berjuta kalau badan sakit. Nikmat kesihatan yang Allaah S.W.T berikan kepada semua hambaNYA adalah nikmat yang tidak ternilai harganya. Tidak akan ada nilai gantinya. Bila badan dah sakit-sakit macam ni barulah Hana sedar betapa kita wajib mensyukuri setiap nikmat yang DIA berikan. Nikmat pemberian Allaah S.W.T itu terlalu luas. Tidak terhad kepada harta benda & wang ringgit semata-mata. Selama ni Hana selalu berfikir....'Andainya aku punya banyak wang..'
Tapi hari ni Hana selalu memohon agar dikurniakan nikmat kesihatan tubuh badan akal dan rohani. Tiada yang lebih penting melainkan nikmat kesihatan.

Peliharalah kesihatan anda sebaiknya.. Hana dah merancang, lepas ni bila kesihatan dah kembali stabil, Hana akan cuba amalkan gaya hidup sihat. Tak mahu malas-malas lagi. Bila ada masa, nak bersenam keluarkan peluh. Tak semestinya kena berlari @ ber'jogging' di tanam... Berjalan kaki sampai keluar peluh pun kira senam jugakkan? Apa pun diharapkan anda di luar sana hargailah kesihatan anda sebelum anda jatuh sakit....macam saya...Huhuhu...Bersyukurlah dengan setiap nikmatNYA...

Renung-renungkan...Selamat Beramal!
      

Monday, October 22, 2012

Alone + Pain

Assalamuaaikum & Hye

Ya Allaah...
Sakit sungguh urat perut/abdomen ni.. Tak  tertanggung sakitnya bila terpaksa melepaskan batuk. Perit betul rasanya. Malam ni tak ada orang nak tolong urut perut yang sakit ni. Sedih pulak rasanya. Tapi apa boleh buat... Tugasan penting sedang menantinya.

Petang tadi Mr. Hubby dah bertolak balik ke Penang, meneruskan kursusnya. Tu pun dah rasa bersyukur sebab dia dapat pelepasan untuk sehari..'hari ni la.' Patutnya dah kena balik hari ahad lagi. Adoiyai.... Sakit pinggang jugak ni..Tungku moden tu pun tak bawa bersama. Kalau tidak boleh lah buat bertungku...

Seksa sangat rasanya. Tak batuk tak apa. Tak rasa sakitnya. Bila batuk tu yang tak tertahan. Rasa macam nak cabut urat yang berkaitan tu bila batuk, then letak balik bila tak batuk. Huhuhu.. Kalaulah boleh buat macam tu kan...

Err.... Alang-alang tu nak tanyalah... Sesiapa tahu cara nak kurangkan sakit macam ni selain makan ubat tahan sakit. Dengan angin satu badan lagi.. Tegang ssemacam perut ni. Hurmm... Ya Allaah...Bantulah hambaMu ini. Kena tinggal sorang-sorang ni tak best rasanya. Bosan. Tapi ingat nak rest lagi kat hospital. Esok tengok macam mana...

Tolong ye, anybody yang ada cara tertentu untuk keluarkan angin dalam badan + kurangkan rasa sakit urat perut ni....Pendapat / pandangan anda amatlah dihargai... Huhuhu...

Alhamdulillah.. Better Today

Assalamualaikum & Hye

Dengan penuh kesyukuran ku panjatkan kepada Ilahi.. Hari ni rasa lebih baik daripada semalam. Batuk dah kurang. Cuma ada sikit-sikit la rasa tak selesa dekat abdomen. Kembung perut sebab angin. Tapi lagi kurang la daripada semalam. Hurmm... Syukur sangat-sangat..

Mujur Mr. Hubby ada. Boleh la dia tolong beli makanan bila terasa lapar. Yang tak best menu breakfast, lunch dgn dinner je yang tak best. Asyik menu sama je tiap hari. Memang bosan. Tapi syukur la jugak sebab ada makanan daripada tak ada langsung tu.

Semalam makan cheese cake sebab teringin. Hari ni ingat nak makan ayam penyet la pulak. Hehe..
Selera nasib baik tak kurang. Ngeeee~~~

Hari ni Mr. Hubby dah kena balik ke Penang. Semalam dia minta kebenaran ketuanya di tempat kursus untuk balik hari ni because of i was admitted. Petang nanti tinggal sorang la. Sabar sajalah..

Sunday, October 21, 2012

Nebulizer Reduce!

Assalamualaikum & Hye

Hari ni doc. datang and she said pernafasan better. Nebulizer dia reduce to 8 hourly semula. That mean petanda baik. IV Zinacef dah change to Tab. Zinnat. So dia add on symbicort. Huhu.. Selalu ajar pesakit pakai/guna symbicort tu.. Lepas ni pakai sendiri la pulak. Biasanya kalau nebulizer dah reduce to 12 hourly barulah doc. akan ada plan untuk discharge.

Ya Allaah,
Berikanlah kesembuhan kepada hambaMu ini. Namun aku syukur kerana Kau berikan kesakitan ini agar menjadi penghapus dosa-dosa kecilku.

Emm.. Tapi tak tahulah kan bila akan discharge tu. Mungkin jugak before raya qurban.. May be jugak raya qurban di sini.. Huhu.. Nasiblah kan. Terima saja seadanya. Ni lah time nak berehat lepas menahan sakit yang dah lama tu. Apa pun kita doakan semua baik-baik belaka. Ameen...


Saturday, October 20, 2012

Batuk Makin Galak... Tandanya?

Assalamualaikum & Hye

Sejak semalam batuk makin galak pulak rasanya. Tak tertahan rasanya. For me sebagaimana pengalaman menjaga orang sakit yang macam keadaan Hana ni... Bila dah dapat nebulizer, salur pernafasan dibuka. Mukus-mukus dicairkan. Sebab tu lah batuk makin menjadi, nak keluarkan mukus yang dah dicairkan tu.

Semalam kena NBM start 12MN untuk buat test blood for GSA. Terjaga pulak around 4 am... Lepas tu rasa pening tak boleh tidur dah. Dengan pening tetiba. Tahan sajalah. I faham keadaan & tugasan s/n di ward. Tu belum tahu resultnya lagi. Tak larat sangat rasanya.

Penat lain macam... Ye lah sebab batuk yang makin menjadi tu. Readers yang baca entri ni, harap awak semua doakan kesembuhan untuk Hana ye. Allaah S.W.T saja yang dapat balas kebaikan awak semua. Thank Q so much dear friends...


Friday, October 19, 2012

Time For Rest! Part 2

Assalamualaikum & Hye

Sambungan daripada entri sebelumnya.

Dalam pukul 4 pm kot Hana dipindahkan ke katil 4 bedded yang ada pesakit. Lega sikit rasanya. Tak adalah takut.

Rasa penat sangat. Mengantuk jangan cakap la. Lepas azan asar tu nak solat la. Bila nak angkat takbir... Rasa sakit sangat tempat dicucuk branula tu. Sabar sajalah. Buat setakat mampu sajalah... Boleh kan..

Pesakit sebelah Hana ni memang dengar tu macam perfectionist la... Sorry kakak bukan nak busy body, tapi dah kakak cakap kuat, saya dengar. Maaf ye.

Cara dia bercakap dengan anak-anak, suami & orang yang tolong jaga anak-anak dia tu memang boleh agak la yang dia ni jenis nak sempurna semuanya walaupun dia tak dapat uruskan keluarga sebab masuk ward. Tapi yang Hana respect tu, dia wajibkan anak-anak dia solat berjemaah dengan suaminya, tanya detail anaknya dah berapa hari datang bulan,bila boleh solat. Walaupun mungkin anak-anak dia akan rasa sedikit rimas dengan sikap mami diorang, tapi itu adalah satu sikap yang sangat patut dipuji. Lain-lain yang Hana terdengar anak perempuan dia yang boleh diharap dengarnya... Kena pastikan keadaan rumah bersih, selamat & bersih (kunci pintu & tingkap, off aircond, sidai tuala adik-adik dengan kemas).

Fuhh... Boleh agak kakak ni agak cerewet. Tapi cerewet dia tu rasanya bertempat bagi Hana. Disiplin anak-anak perlu dididik dari kecil bila tiba masanya (kena pada usia mereka). Kalau dia call anak-anak dia & orang yang tolong jaga anak-anak dia tu... Mesti ada saja yang ditanya pasal keadaan rumah & suruh buat itu & ini.

Satu yang tak best bila dok 4 bedded kena kongsi toilet. Kongsi tu tak apa. Cuma yang tak best, bila time kritikal Hana nak guna toilet tu ada la sorang opag ni pun nak guna jugak. Bila Hana masuk toilet, dok kejap dia dah sampai depan pintu toilet. Tak khusuk pulak rasanya orang dok tunggu kita keluar toilet. Huhu... Dengan orang lain tak ada berebut. Dengan dia ja. Bukanlah berebut macam mana.. Cuma macam tu lah.. Hana masuk je dia pun sampai depan toilet. Hewhewhew...

Pagi tadi Hana dah pindah ke single room. Okeylah, tak ada lah nak busy body dengar kakak tu memastikan anak-anak dia & rumahnya tu perfect... Tak ada dah nak berebut toilet dengan opah tu. Lagipun mintak single room ni sebab mr.hubby kata dia nak balik hari ni. Kalau dok 4 bedded tak boleh menunggu. Kesian pulak dia balik pun hujung minggu je. Nak tidur dirumah sorang-sorang tak sedap pulak rasanya.. Kesian.. Huhu..

Time For Rest!

Assalamualaikum & Hye

Date : 18/10/2012
Place : Klinik Pakar

Menunggu doc. (specialist) masuk memulakan kliniknya. Orang-orang yang ada appointment dulu yang dipanggil. Penat betul menunggu. Maklumlah kan baru habis kerja malam. Penat tak habis lagi.

Bila dipanggil tu, doc. dah check. Dia tanya la nak ambil ubat dulu @ masuk wad. Hurmm.. Memandangkan sebelum ni dah ambil ubat banyak kali.. Bagitau doc. nak admit lah. Rehat kat ward sambung nebulizer. Baru efektif kot.

Dah masuk ward dalam pukul 11.30 ke pukul 12 macam tu lah. Makanan tengah hari dah tak ada dapat makanan lah sebab dah lewat. Menahan laparlah sampai ke pukul 6.30 pm. Antara waktu tu apa lagi nak dibuat... Tidurlah. Kepala pun pening la sikit. Pukul 3 pm macam tu barulah diorang datang insert IV Line. Selalu insert branula kat orang. Today my turn la di 'insert' kan.. Sakit... Huhu... Tak pandang pun masa s/n tu insert branula. Macam tu la rasanya ye bila Hana insert kat pesakit.

Then buat  CXR... Balik ward tidur balik. Huhu.. Tunggu nak pindah ke katil bilik lain. Pesakit katil depan Hana ni nak discharge. Takut pulak tetiba dok sorang-sorang.

*sambung next entri untuk cerita selanjutnya.huhu..


Again!

Assalamualaikum & Hye

Date : 18/10/2012
Place : A&E department

Sangat penat sebab asyik batuk yang tak henti-henti. Makin galak pulak batuk ni. Dah tak tahan, kebetulan hari ni sleep day. Tunggu jugak la ketua unit untuk ambil borang untuk dapatkan rawatan.

Dah jumpa MO di A&E ni. Dia bagi nebulizer dulu. Then refer specialist. Dah la banyak kerja jugak nak buat ni. Bila sakit macam ni semua tergendala. Now ambil nebulizer dulu then jumpa specialist.

Specialist pukul 11 pagi baru ada. Balik dulu la mandi, tukar baju lepas nebulizer. Ya Allaah, berikanlah kesembuhan ke atasku.. Ameen..


Wednesday, October 17, 2012

Berkorban Hati & Perasaan

Assalamualaikum & Hye

Entah kenapa di waktu dinihari macam ni terasa nak berbicara soal hati & perasaan.. Apa yang tidak kena? Tak ada apa kot. Cuma nak berkarya di tengah malam buta. Idea baru datang apa boleh buat. Huhuhu..

Kalau nak cakap soal hati & perasaan ni, memang susah. Sebab kita tak boleh puaskan hati & perasaan semua orang. Kita buat ini, orang ni okey. Tapi orang lain tak okey. Kita buat begitu, orang tu okey. Tapi orang ni tak okey.

Pendek kata, kita buatlah macam mana pun tetap tak dapat puaskan hati orang lain. Cuma apa yang kita boleh buat, kita cuba buat & berserah padaNya. Mohon agar semuanya dipermudahkan & dapat diterima oleh semua.

Dalam sesuatu perhubungan, kalau kita buat sesuatu fikirkan juga perasaan pasangan kita. Jangan pula sampai kita buat ikut suka, tak pedulikan perasaan dia. Kita kena saling menjaga hati & perasaan pasangan. Supaya tidak timbul masalah terasa hati / tersinggung yang berpanjangan.

Adakalanya kita kena berkorban hati & perasaan demi mencapai sesuatu kejayaan @ impian. Terpaksa berjauhan dengan keluarga, untuk mencapai impian & kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun andainya itu mampu mengubah kehidupan keluarga itu kepada keadaan yang lebih senang, kita kenalah berkorban. Tak boleh la nak fikirkan perasaan kita saja.

*sekali lagi Hana tak tahu adakah tajuk & isi kandungan ni saling berkaitan @ ke laut.maaf sebab otak ni masih tak betol rasanya.

Tuesday, October 16, 2012

Entri Blurr

Assalamualaikum & Hye

Entah kenapa hari ni terasa tak menentu..
Macam ada sesuatu yang tak kena.
Gelisah ada, tak senang duduk, memikirkan sesuatu..
Tapi tak tahu apa yang difikirkan tu..
Hurmm...Entahlah..
Macam serabut pun ada..

Terfikir pulak kerja malam ni macam mana agaknya.
Apa yang menanti...
Baik kah @ burukkah?
Tapi apa yang diharapkan adalah semuanya dalam keadaan
baik-baik saja...
Semoga Allaah S.W.T hindarkan yang buruk-buruk..
Ameen..

Tapi rasa tak tenang ni tak tahu apa punca...
Maklumlah macam-macam yang berlaku dalam sehari dua ni.
Cuti tahunan baru ni macam tak cukup.
Rasa tak puas berehat.
Tapi nak buat macam mana. Sudah takdirnya kerja
begini, kena terimalah apa adanya...

Hana tak tahulah readers luar sana faham ke tidak apa
yang Hana katakan ni.
Sebab Hana pun macam blurr apa yang Hana katakan...
Motif entri ni ditulis...
Huhuhu...

(google)

Monday, October 15, 2012

Nak Promot Diri Sendiri Ke?

Assalamualaikum & Hye

Just came back from Maybank Branch in SP. Ada kisah disebaliknya. Hehehe... Nak tergelak pun ada.

Bukan apa. Tadi pergi maybank as i state above. Uruskan something. Semasa nak uruskan semua tu, ada la kena berurusan dengan one of their officer. Ada sikit kekeliruan di situ. Check punya check baru ingat memang ada berurusan dengan maybank before this.

Dah settle tu, dia tanya la dah kerja@study lagi. Duduk di mana. Raya balik ke tidak. Pastu dia kata la dia orang melaka. Raya ni balik melaka naik motorsikal. Jauh gak kan balik melaka naik motorsikal. Dia kata motor besar kat luar tu dia punya la.

Terdetik dalam hati, 'ada aku kesah ke ko ada motor besar ke perari ke apa ke'...

Tak apalah, dia ingat i'm single kot. Tu yang nak try promot tu. Hehehe... Ikut suka hati dia lah. Not my bussines. Huhu..

Will Be Back A.S.A.P...

Assalamualaikum & Hye

Lama sangat nampaknya belog ni tak ber'update'. Almaklumlah sejak lepas dapat myalgia itu hari, badan masih lemah sampai ke hari ni. Itu yang jadi malas nak bernlogwalking tu.

Lepas dapat myalgia tu, demam tiga hari. Lepas habis demam, ni lah penyakit yang belum sembuh. Batuk. Dah berminggu batuk tak lega lagi. Di hosp. dah ambil ubat 2 kali. Habis 2 botol ubat batuk. Tapi masih tak kurang.

Jumaat yang baru ni, balik kampung (Kedah). Mak suruh pergi klinik yang adik dengan sepupu pergi masa diorang batuk hari tu. So dah pergi, first time la ambil nebulizer that day. Kat hosp. pun tak ada nak bagi nebulizer. Selalu bagi orang lain sedut nebulizer tu. Huhu..

After that dah rasa kurang sikit batuk. So dah 2 kali la ambil nebulizer. Okeylah dah kurang ni. Sambil makan ubat tablet. Moga cepat sembuhlah. Tak larat nak batuk bagai nak tercabut anak tekak, sakit dada. Tak tahan nak bergaduh dengan orang.

So after dah sembuh ni Hana akan update blog macam selalu.
*ceh,macam la ada silent reader or ramai readers.

Take care guys & gurls...assalmualaikum..

Thursday, October 4, 2012

Myalgia!

Date : 28/9/2012

Assalamualaikum & Hye

Akibat overuse of muscle. Badan mengalami kesakitan. Sakit & lemah hingga tak mampu bangun & berjalan. Hanya mampu bangun & merangkak. Sadis!

Mujurlah Mr.Hubby ada di rumah. Dapatlah dia tolong apa yang patut. Ingatkan esok nak MC saja. Tapi tak boleh sebab sekarang dah ada staff MC till dia bersalin.

Diikhtiarkan jugak untuk kurangkan sakit. Now dah boleh jalan. Alhamdulillah.. Sayang kamu selamanya.. tQ Dear..!
Lurve you ++++...(till infinity...) Huhu...