❤Menu Pilihan Anda❤

Friday, July 27, 2012

Kritikal....

Assalamualaikum & Hye

Waaa.... Kritikal nieh.... Sume nak tak sihat & MC... Sape nak keje nieh... Adoyai... Teruklah...

Nak menjaga pesakit yang ramai tapi tak banyak kerenah, itu mudah. Tapi bila nak kena jaga pesakit yang sikit tapi kerenahnya.... MasyaAllaah.... Kena lah banyak-banyak bersabar...

Seriap orang yang sakit akan rasa tak selesa & ada saja tidak kena... Tapi kita kenalah banyak bersabar. Setiap kesakitan yang Allaah S.W.T berikan kepada kita adalah ujianNya. Sama ada ujian itu sebagai balasan di atas dosa-dosa kita yang kita sedar atau tidak.. Atau Dia mahu melihat sejauh mana kita mampu bersabar.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, July 26, 2012

Nak Cuti Rehat

Asslamualaikum & Hye

Baru habis kerja malam & locum malam. Just ada sleep day saja lah. Teringin nak mintak cuti rehat. Nak rehat kat rumah. Badan ni rasa terlampau letih & lemah. 

Tak larat la nak locum pagi ke petang... Locum malam baru ni pun dah tingtong. Rasa nak cuti rehat di rumah. Nak gi keje pun rasa malas...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 25, 2012

Tak Sabar Nak Cuba...

Assalamualaikum & Hye

Dah jumpa dah kedai yang jual barang buat kek... So dengan tak sabarnya rasa nak pergi beli & cuba buat cheesecake...

Asyik makan air tangan orang je & kat secret receipe je kan. Lepas ni boleh buat rasa air tangan sendiri pulak.. Hehehe....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 24, 2012

Teramat Rindu...

Assalamualaikum & Hye

Petang tengok drama 'andai ku tahu' kat tonton... Episod berapa entah ada scene adura lahirkan baby premature. Anak dia kena tahan di NICU.

Masa tu belum terbit lagi rasa apa-apa... Tapi lepas scene si ibu tahu anaknya pergi menghadap Ilahi..... Hati ni terus sebak... Seluruh wajah terasa panas... Air mata jernih mula bertakung... Makin lama makin berat & tak mampu lagi ditampung oleh kelopak mata...

Berjuraianlah air mata menitis di pipi... Sebak sungguh rasanya... Terus terkenangkan kandungan lalu yang gagal dipertahankan... Hanya lebih kurang 9/52 saja dia berada di dalam rahim ni.

Di syurgakah dia sekarang? Bahkan sekarang pun masih terasa sebak & sedih. Sungguh hati ni terlalu rindukan dia... Terlalu ingin melihat dia berkembang & membesar dalam rahim Hana ni.

Namun apalah daya... Diri ini hanya hambaNYA yang kerdil. DIA pemilik sekalian alam. DaripadaNya kita datang kepada DIA kita kembali. Dia memberi semua harta di dunia ini sebagai pinjaman. Bila dirasakanNya tidak sesuai lagi untuk kita, DIA akan tarik semula apa yang dipinjamkan.

Apa yang Hana harapkan adalah hati kecil ini akan tabah menerima takdir Ilahi. Kita merancang, DIA yang menentukan.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Busy!

Assalamualaikum & Hye

Night syift yang busy. Daripada masuk syift, sampai sekarang ni barulah lega sikit.

Macam-macam keje. Hurm... Rezeki la..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 23, 2012

Mana Orang Pagi Ni?


Assalamualaikum & Hye
Mengantuk sungguh! Dok terdengguk dari tadi lagi. Nak tido, tak boleh. Mujur ada dua orang je. Sebab tu saya TL, saya jugak med. nurse. Huhu...
Balik ni nak tidur dulu. Pukul 10 pagi bangun pulak bawak mak sedara ke Plaza GM... Ada dia nak borong barang agaknya..
Tengah tunggu pukul 7 pagi... Nak check out la... Huhu... Malam ni lagi satu malam check in.
Selamat menunaikan ibadah puasa... (^_^)
Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan Kembali.

Assalamualaikum & Hye

Alhamdulillah berkesempatan lagi kita untuk 
bertemu dengan ramadhan yang mulia ni.
Semoga kita dapat melaksanakan ibadah puasa dengan
kesabaran.

Sudah 1 Ramdhan 1433...
Hari pertama berpuasa... Anda bagaimana?
* wah dah macam host rancangan tv lak...hehehe....
Ada tak yang termakan @ terminum?
Yang terkoek hidung ke...?
hehehe...

Apa pun semoga kita dapat menempuhi bulan Ramadhan 
yang mulia ni...
Jom tambah amalan kita...
Semoga Allaah S.W.T terima amalan kita...
_____________________________________________________________

Now nak cerita sikit pasal peristiwa-peritiwa yang
berlaku disekeliling Hana sejak
dua tiga hari sebelum ramadhan ni....

Semalam ada berlaku kejadian seperti histeria.
Dialami salah seorang pesakit di hospital.
Katanya beliau seolah-olah dirasuk & bukannya mengalami 
fit seperti yang diberitahu.

Then pagi tadi ada dua kejadian yang lebih kurang
Dialami oleh 2 orang staff di ward Hana bekerja.
Sorang SRN tu tengah keluar dari bilik salah seorang pesakit.
Kemudian kerani yang berdiri tak jauh dari bilik tu
nampak SRN ni keluar lepas tu dia nampak
ada budak kecil berjalan nak masuk ke bilik yang SRN tadi masuk.

Bila kerani tanya kepada SRN tu,
Nyata memeng tak ada sesiap apatah lagi budak kecil
yang masuk ke dalam bilik tu semasa SRN tu nak keluar.

Kemudian cleaner pulak cerita.
Dia nampak dia punya manager di tingkat satu berdekatan tandas.
Manager dia tersengih-sengih kat dia.
Pastu dia nak tegur, manager dia dah pergi hala ke tandas.
Dia ikut & panggil manager dia.
Tapi kemudian bila sampai di tandas, memang tak ada sesiapa.

Wallaahua'lam....

_________________________________________________________

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan 
RahmatNYA...

Friday, July 13, 2012

KL SOGO for S-Membership Card

Assalamualaikum & Hye

Tu dia...Dengar kata orang yang duduk di Seremban pun nak 
turun KL SOGO nieh?
2 Days for membership card.
Hanya yang ada card SOGO je boleh masuk.
Kalau tak ada card,
Kena apply masa tu jugak untuk masuk.

Makanya akan beratur panjang lebar lah barisan 
untuk dapatkan card tu.
Yang dah expired pulak kena renew baru boleh masuk.
Mesti ramai giler kentang punyalah...
Katanya depa SALE hingga 80% u.......
Tak tahulah macam mana sesaknya dalam SOGO tu nanti kan..

Hana pun nak pergi jugak.
Semalam pergi buat SOGO card tu.
Entah jembalang apa lah yang merasuk Hana petang semalam
jugak pergi buat card.
Padahal duit tak ada pun.
Duit pun dah tinggal berapa je...Ada hati lagi tu nak pi 
ber'shopping'....
Tu namanya tak sedar diri...Hehehe....

Ermmm...Okeylah sebenarnya nak pergi menyibuk je...
Pergi beramai-ramai dengan rakan sekerja.
Huhuhu...
Biarlah mereka yang ber'shopping'....

Cuma nak tengok seluar jeans atau kasut hitam untuk 
pakai pergi kerja.
Kalau murah-murah boleh la ambil satu.


Monday, July 9, 2012

Allamdulillah...


Assalamualaikum & Hye
Hari ni ada berita gembira... Ermm... But not pregnant yet la.. Happy sebab dah diserap ke jawatan tetap di hospital tempat Hana kerja la.
Petang tadi dapat surat confirmation dapat jawatan tetap. Hurmmm... Alhamdulillah... Mudah-mudahan lepas ni menyusul pulak rezeki lain lagi.
Tadi Mr. Hubby cakap kalau ada rezeki dia nak bagi hadiah... Bestnye... Tak tahu lah hadiah apa yang di bagi tu. Surprise betul la. Suspen je rasa...
Mudah-mudahan dikurniakan rezeki lebih oleh Yang Esa... Ameen...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 8, 2012

Belum Rezeki

Assalamualaikum & Hye

Hurmm... Kalau diikutkan... Lagi 4 bulan dah nak dapat baby... Tapi malangnya belum rezeki kami. Allaah S.W.T tarik balik rezeki yang diberikan. DIA tahu apa & bila waktu yang sesuai untuk diberikan kepada hambaNya.

Sabarlah wahai hati...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 6, 2012

Tertewas Juga..

Assalamualaikum & Hye

Hari ni hajat di hati nak ronda-ronda kat Plaza GM...
Tapi...Entah camne terpanjangkan 
langkah ke Berjaya Times Square la pulak....
Hehehe....

Ermm...Dah alang-alang ke BTS tu,
Ingat nak cari kasut untuk pakai ke tempat kerja..
Tapi.....
Dah habis pulak SALE nyer....
Yang lain tak best pulak...

Pusing-pusing dalam BTS tu...
Dari hujung ke hujung...
West to South...

Jalan-jalan dari kedai ke kedai...
Singgah la pulak kat kedai yang ada banner 'SALE'
Harga pulak RM 10-RM 15.
Biasanya kalau harga begitu pakaiannya 
macam hampeh...Tak sesuai la untuk pakai di luar kan..
So ingat nak buat pakai kat rumah je la...

Belek punya belek...
Terambik la dua helai...
Jalan lagi....
Jumpa cardigan...Beli la...
Pastu malas dah nak jalan lagi...
Takut terkeluar duit lagi...Hehehe....

So, balik je lah...Ronda pulak kat Plaza GM.
Tapi sayangnya tak ada yang best...


Thursday, July 5, 2012

Jatuh Hukum, Periksa Betul-Betul.

Assalamualaikum & Hye

Benarkah ini yang kita akan dapat walaupun kita lakukannya
demi mempertahankan maruah diri kerana
dianiaya?

Baca & nilai...
Kalau ada yang tahu pasal undang-undang Malaysia ni..
Saya nak tahu sangat!



"Kalau kau nak rogol akupun rogollah, aku tak kisah!!" gambar diatas ialah S. Kalaichelvi... mula-mula dirogol, kini dia dipenjara....

Kalau korang seorang wanita dan rumah korang dicereboh, lalu muncul seorang lelaki mahu merogol korang, apa korang akan buat? Adakah korang akan mempertahankan diri atau membiarkan saja si-lelaki jahanam itu meratah diri korang sesuka hatinya? Kebanyakan wanita pasti akan melawan, biarpun nyawa menjadi taruhan tapi menyerah mahkota kesucian mereka tidak sekali!!

Dan di Ipoh semalam kes seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya berakhir dengan kisah menyayat hati apabila wanita yang menjadi mangsa rogol itu telah dihukum penjara kerana tindakannya melawan perogol tersebut telah menyebabkan kematian perogol berkenaan. Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh semalam telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, seorang suri rumah selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010. 

Mengikut fakta kes, perogol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu tiada di rumah. Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam itu tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu. Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba merogolnya. Pukulan itu menyebabkan si-perogol itu mati di dalam rumahnya. 

Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap perogol tersebut.

Hakim kata Kalaichelvi telah melakukan "pembunuhan kejam", tapi pada pandangan korang perbuatan merogol orang itu tak kejamkah? Jika korang menjadi wanita itu, adakah korang akan menyerah diri kepada perogol itu tanpa melawan atau bertindak berani untuk mempertahankan diri seperti yang dilakukan oleh Kalaichelvi?

Jika Kalaichelvi hanya membiarkan dirinya diperkosa dan lepas itu pergi ke balai polis membuat laporan, dia pasti tak akan dihukum penjara dua tahun. Perogol itu mungkin akan dipenjara dan lepas keluar penjara dia akan mencari Kalaichelvi untuk merogolnya sekali lagi atau mungkin akan pergi mencari wanita lain, termasuk kakitangan Mahkamah untuk merogol mereka pula. Atau jika tak bernasib baik mungkin selepas merogolnya, perogol itu akan membunuh Kalaichelvi untuk menghapuskan bukti!!

Jika JR adalah wanita itu, JR juga akan bertindak sepertinya. JR lebih rela mempertaruhkan nyawa dari menggadai maruah!! JR sekali-sekali tak akan meminta belas kasihan perogol itu sambil berkata, "Kalau kau nak rogol akupun rogollah, aku tak kisah!!"

Dipetik dari FB fanpage Hidup Sunyi Tanpa Faceb00k.

Begitukah undang-undang di negara Malaysia ni?
Kalau begitu memang bermaharajalela lah perogol-perogol di luar tu..
Ape la sangat kesalahan merogol kan...
Kena pejara, keluar penjara boleh buat lagi..
Sedangkan yang OKU pun boleh merogol...
Nak lagi yang tak OKU yang cukup sifat tu..
Hurmmm...Terkedu jugak bila baca pasal ni.

Tapi wallahua'lam pasal cerita ni...
Kalau benar, memang kejam lah undang-undang di Malaysia ni.



'Meriah' Sungguh Malam Ni..



Assalamualaikum & Hye

Malam ni admission berderet. Kerja Hana pulak bagi orientasi kat pesakit. Setakat ni dah 3 admission. Yang tambah penat patient pun ramai jugak ni.
Observation nak start pukul berapa entah ni. Nak tukar air, nak buat I/O pun banyak jugak. Aduhai... Esok memang pengsan tak sado diri la...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 4, 2012

Tak Payah Raya...

Assalamualaikum & Hye

Tahun ni turn Hana kena kerja. Sedih la sebab dah tak dapat
berkumpul bersama keluarga 
pada First Day Raya.
Dah dua kali la tak dapat beraya first day dengan my family.

Apa boleh buat...
Dah aturannya begitu...Kena la kita ikut.
Tahun ni tak tahu la raya ke berapa nak dapat 
cuti...
May be balik Kelantan saja kot.
Dah kawan-kawan cakap kena mintak cuti seminggu lepas
orang turn dapat cuti raya tu naik kerja semula.

Alamatnya, dah habis dah feel raya tu baru Hana dapat cuti.
Sabar sajalah...
So mak Hana cakap nanti balik sebelum raya.
Balik berbuka puasa beramai-ramai.
Time baru best.
So tak dapat balik hari raya pun tak apa lah.

Lama giler tengok dorang (yang memang turn cuti raya tu)
apply cuti.
Mostly mintak sampai 10 hari.
That's mean lepas 10 hari la baru Hana dapat cuti pulak.
Time tu orang semua dah start kerja balik.
Ermm...Alamatnya balik kelantan pun
lepak dalam rumah sajalah.

Terimalah apa adanya...


Tuesday, July 3, 2012

Sebak Pulak Tengok Orang Akad Nikah

Assalamualaikum & Hye

Tadi tengok video akad nikah Irma Hasmie dengan suaminya... Hana tak tahu kenapa terasa sangat sebak bila tengok video tu. Err... Dah macam suaminya tu ex-bf kite pulak. Huhu...

Macam ni... Hana ni tak boleh tengok video orang nikah-nikah ni.. Otomatik rasa sebak. Terkenang masa zaman Hana nikah dengan suami dulu. Saatnya keluar perkataan 'sah' tu... Bergenang air mata. Sebab terkenang masa tu lah terlepasnya tanggungjawab mak dan ayah kepada suami kita.

Terpisahnya syurga yang selama ini terletak di tapak kaki ibu berpindah kepada tapak kaki suami pulak. Ketaatan bertukar. Namun tidak bermakna kita tak perlu taat kepada orang tua kita.

Tu la tiap kali tengok orang nikah, Hana rasa sebak.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 2, 2012

Kenyang Sungguh!

Assalamualaikum & Hye

Hari ni makan dengan kenyang sekenyang-kenyangnya...
Maklumlah...
Pagi sebelum start keja, makan karipap dengan cucur jawa.
Pastu dah tak makan pape..

Makan sampai tak hengat!

Pukul 2.30 makan lauk pauk yang dah disediakan
untuk majlis bacaan yaasin & tahlil
di ward tu.
Lepas habis pass over report,
Terus terkam makan nasi dua pinggan.
Lepas nasi, makan pulak 
segala dessert...
Dengan triffles nya, puding nya...
Macam-macam...

Sampai perut yang lapar jadi terlebih kenyang pulak.
Nak duduk tak sedap,
Berdiri, jalan-jalan kejap...
Duduk balik. Sambung makan sebab tak tahan tengok 
yang lain makan.

Akibatnya kesan kekenyangan tu masih terasa sampai 
sekarang ni tau.
Tunggu nak keluarkan sisa yang tak berkaitan je.
Esok pulak dah plan nak pergi jogging awal pagi.

Esok night syift,
Orang pergi kerja, Hana pulak pergi jogging.
Okay la tu.
Dah lama benar tak jogging...
Kalau takut ter'pregnant'...Boleh just jalan-jalan...
Jalan kaki pusing tasik...
Okey la tu dapat jugak keluar peluh.

Semoga saya kuat & gagah perkasa untuk pergi 
jogging esok hari.