❤Menu Pilihan Anda❤

Sunday, November 27, 2011

Testimonial Bantal Panas / Tungku Moden

Assalamualaikum & Hye...

Hari ni Hana nak cerita testimonial pengguna
bantal panas / tungku moden nieh..
Walaupun Hana tak ada proof melalui print screen 
or comment tentang kebaikan ni..
Tapi Hana harap readers tak memandang rendah tentang
produk yang Hana promo kan nieh..

My mum just sent sms je cerita testi. pengguna-pengguna 
bantal panas / tungku moden...
Readers nak percaya atau tidak itu terpulang lah..
Hana tak paksa korang percaya..
Tak salah kalau mencuba kan?

First Testimonial


Jiran kepada kawan mak Hana ada beli tungku moden ni
daripada my mum..
Selama sebulan selepas accident,
Dia terpaksa berjalan gunakan tongkat.
Lepas beli tungku moden ni,
Dia buat compress (demahan) pada kawasan terlibat
selama 3 hari (kalau tak salah hana)..
Now dah boleh berjalan without gunakan tongkat..
Alhamdulillah (seandainya benar)....

Second Testimonial


Suami kepada kawan my mum..
Selama ni dia ada alami sakit kulit berair..
Selepas dia beli tungku moden ni..
Setiap hari dia demah kawasan yang dia alami gatal-gatal tu..
Then now dah berkurang..
Dulu selalu MC..Sekarang tak lagi..
Alhamdulillah (Kalau benar cerita yang disampaikan kepada mak Hana)

********************************************

Wallalhu'alam...
Allaah S.W.T je yang tau kebenarannya...

Tapi tak salah kalau kita mencuba & berusaha...
Berikhtiar..
Hana rasa gembira sangat kalau produk yang Hana jual ni
dapat membantu kesembuhan orang lain..

Memang Allaah S.W.T dah tentukan..
Kalau dengan cara tu orang tu akan dapat kesembuhan..
Maka sembuhlah dia..
Yang penting kita berusaha kan?

Saturday, November 26, 2011

Pass Report Untuk Diri Sendiri

Assalamualaikum & Hye...

Hurmm...Hari ni jadi T. L time syift pagi...
Petang pun jadi T.L jugak..
Deme suke buli teman..
Sedih chek..
Nasib baik patient berapa ketul je..
Kalau ramai tak emboh la chek..

Tak banyak la keje-keje yang required..
Cuma ada tambah dua patient je petang tadi..
Satu patient transfer in..
Satu lagi yang new case..

Hari ni keje pagi petang...
Esok keje petang je..Kalau keje pagi or day off
baru best kan?
Huhuhu...

Thursday, November 24, 2011

Year End Give Away by ...Mommy Jue...

Assalamualaikum & Hye...

Terasa nak join GA Mommy Jue lah..
Mana lah tau kekalau ada tuah kan..Hehehe...
Syarat sangat mudah..
Klik ka SINI untuk syarat penyertaan...


Saya nak tag :-

Hana Radzi First GA

Assalamualaikum & Hye...

Hana nak umumkan sesuatu yang best ni...
Khas buat semua followers blog hana ni..
Hana dengan berbesar hati nak buat Give Away 
untuk korang semua tau!!!!


(sorry la korang, banner tak berapa cantik)

Hadiah misteri menanti korang..

Disebabkan bulan ni hana murah rezeki...
Hana terasa nak buat Give Away untuk semua followers Hana. 
Sebagai tanda menghargai penat lelah 
korang datang blogwalking and baca entri-entri di blog Hana ni.. 
Hehehe.. 

Dah lama dok teringin nak buat GA ni... 
Dulu tak berapa murah rezeki.. 
Sekarang alhamdulillah sebab Allaah S.W.T 
dah murahkan rezeki Hana. 
Maka dengan murah hati Hana 
nak buat GA  untuk yang nak menyertainya..

 Pemilihan pemenang sama ada berdasarkan random.org 
atau 
cabutan bertuah.
(Tengok la mana-mana cara yang Hana terpanggil untuk memilih)
Hehehe... 

5 Orang bertuah akan dapat hadiah misteri tersebut. 

Syarat Penyertaan
1. Jadi Follower Blog " Ceriteraku"
2. Buat satu entry bertajuk " Hana Radzi First Give Away " 


3. Tag seberapa ramai kawan-kawan korang (min.3 orang)


4. Make sure dorang tahu yang dorang di tag untuk GA ni oke...
5. Letak link entri korang tu kat ruangan "comment" pada entri Hana ni 

6. Letakkan Bannaer di atas tu dalam entri & jugak di side bar korang


7. GA start 24 nov-22 dis 2011
(ekceli nak start 22nov. tapi sibuk & lupa..so start today la)

Good Luck yea.. (^^,)

Wednesday, November 23, 2011

Mintak Tolong...

Assalamualaikum & Hye...

Hurmmm...Terasa agak pelik sekarang ni...
Sejak dua,tiga hari ni rasa macam pelik sikit...
Bukanlah kenapa pun...
Cuma kepelikan berkaitan dengan kekawan yang 
dok mintak tolong submit resume dorang 
dekat HR Pusrawi..

Kenapa dorang tak pos sendiri jer yea?
Bukan bermakna Hanna tak nak tolong kawan atau lupa kawan..
Tapi agak pelik lah...
tu saje...

Hanna segan la sikit bila nak kena submit resume dorang..
Sebab Hanna sendiri pun belum sah jawatan..
Masih dalam kontrak...
Kalau dah sah jawatan memang dengan senang hati 
je nak tolong kawan-kawan...
Hanna sendiri punmasih terkontang kanting melalui alam 
pekerjaan ni...

Tapi tak ape lah kalau setakat nak tolong submit kan...
Kalau ada rezeki dorang,
Ada lah..Kalau tak ada apa Hanna boleh buat kan...
Nak recommend kawan-kawan pun...
Diri sendiri pun belum dapat tunjukkan ke'excellent'nan diri...
Camne nak recommend kan produk kolej kat dorang..
Hanna kena la tunjukkan kemampuan diri yang 
excellent baru dorang tak ragu-ragu nak amik 
produk KPTM...huhuhu...
Dah melalut ke laut pulak dah...

Okey...Tu je Hanna nak cakap...

Hot Pillow / Tungku Moden

Assalamualaikum & Hye...

Kali ni Hanna nak bagitau yang Hanna ada 
barang baru..
May be ramai yang dah tau tentang barang ni...
Yang mana belum tahu,
Sekarang Hanna bagitahu yea kawan-kawan...
Jangan bimbang jangan runsing...

Kali ni Hanna nak jual Hot Pillow atau pun dikenali jugak
sebagai Tungku Moden..
Banyak kebaikan Bantal Panas / Tungku Moden nieh..
Hanna rasa terpanggil nak jual ni sebab 
Hanna pernah guna barang ni..
Rasa amat berguna untuk kesihatan kita...






Jom tengok apa kebaikan Bantal Panas / Tungku Moden ni...

Kebaikan Tungku Moden / Hot Pillow

Produk ini merupakan inovasi terbaru tungku yang satu ketika 
dahulu bersifat tradisional.
Kini diperbaharui untuk kemudahan anda.
Ianya sangat baik untuk kesihatan anda sekeluarga...

Diperbuat daripada anti-kuman yang mengandungi cecair. 
Tungku moden ini bersih & mempunyai
unsur perubatan yang tersendiri..

~ FUNGSI ~

* Mengelakkan Arthritis

* Baik untuk pesakit strok

* Mengurangkan sakit servikal vertebra

* Mengurangkan sakit kepala & sakit gigi

* Melegakan bahagian tulang patah

* Melegakan masalah sengugut (period pain/dysmenorrhea)

* Membantu mengurangkan berat badan
* Mengurangkan masalah perut kembung

* Melegakan sakit leher,bahu & belakang badan

~ Ciri-ciri ~

* Cecair merupakan AIR GARAM BUKIT & GEL.
Ianya diisi sekali sahaja dan mudah dibawa ke mana-mana. 
* Berat = 1.7 kg ++ setiap satu.


~ Cara-cara Penggunaan ~

Caj tungku selama 5 minit hingga 8 minit dan lampu khas akan terpadam secara automatik.
Bantal akan menjadi panas sehingga 70-80 darjah celcius dan dapat bertahan antara 2-3jam...
Amat sesuai bagi yang bekerja di dalam bilik yang ber-aircond 
untuk mengelakkan badan menjadi lemah dan merangsang peredaran darah.


~Harga Satu Bantal~
RM35 (Termasuk Postage) 


>>>>-------Berminat?--------<<<<
place your order today & we will proceed it as immediately....
...(^_^)...

Sebarang pertanyaan / tempahan e-melkan ke hanaradzi89@gmail.com
Thank You (^^,)

Wednesday, November 9, 2011

Terasa Kosong

Assalamualaikum & Hye..

Hanna tak tahu la nak describe hati ni macam mana
sekarang ni...
Serba tak kena je rasanya...
Buat apa pun macam ada je yang tak kena..
Dengan masalah yang pelbagai..
Hati pulak tak tenang..

Kadang terasa hidup ni macam kosong..
Tak diberi perhatian segala bagai..
Mencari jugak kesalahan diri ni..
Di mana silapnyasampai macam ni jadinya...

May be sebab i need a baby 
untuk isi kekosongan tu..
Ah..Sebak pulak rasa hati bila terkenangkan 
pasal baby..
Bukan tak nak..Nak la sangat-sangat..
Tapi..Masa belum sesuai..
Tuntutan kerjaya memaksa Hanna untuk pendamkan
hasrat hati yang satu tu...

Hati mana tak terusik tengok baby orang lain..
Dengar berita orang ni hamil..
Orang tu hamil...
Sebak je rasa dalam hati ni tau...
Entah lah..Tak tahu nak cakap camna ni...

(-_-)

Apa yang kosong sebenarnya ni???
Apa punca ni???

Kenapa Dengan Hati?

Assalamualaikum & Hye...

Tak tahu la apa nak di kata sekarang ni...
Hati ni asyik tak tenang je..
Ada saja lah yang mengganggu hati & perasaan ni...
Masalah pun datang bertimpa-timpa..
Nak membiasakan diri dengan keadaan dari semasa ke semasa...

Hanna sekarang sedang belajar bersabar 
untuk mengahadapi setiap masalah yang datang...
Tak kiralah masalah peribadi atau pun masalah kerja...
Teringin nak hidup tenang tanpa fikirkan semua masalah ni..
Tapi hal macam tu tak kan berlaku kan
dalam kehidupan kita?
Hidup kita ni tak kan sunyi daripada 
masalah-masalah tu semua..

Jadi..Kita kenalah bersabar..
Bersyukur jugak la kan sebab ditimpa dugaan sebegitu..
Mungkin jugak masalah-masalah 
&
Dugaan yang menimpa ni disebabkan dosa-dosa silam Hanna..
Bila kita diuji ni dengan bertujuan
mengurangkan dosa-dosa silam kita yang mana
di kala tu kita lupa untuk bersujud kepada 
Maha Pencipta kita..

Hati Hanna ni tak tenang..
Mungkin sebab Hanna semakin jauh daripada Yang Esa..
Itu yang hati pun kacau bilau..
Tak mengapa lah..
Lepas ni Hanna akan mendekatkan diri denganNya..
Semoga beroleh ketenangan daripadaNya.. 

Hati ni perlukan makanan jugak..
Makanan rohani mungkin semakin berkurang..
Sebab tu lah rasa resah gelisah sepanjang masa..
Berilah makanan rohani kepada hati yea..

Saturday, November 5, 2011

Stress!!!

Assalamualaikum & Hye...

Semalam memang stress amat..
Dah la ada personal problem..
Tambah lagi relative patient pun buat masalah..
Dr. pulak asyik nak jerit je..
Nak kena ikut mood dia ja tau..
Tak suka betol la..

Asyik rasa sebak je semalam...
Memang air mata ni everytime je ready nak keluar...
Yang patient pulak asyik 
tanya bila anak dia boleh discharge...
Orang jawab dengan penuh berhikmah dah setiap soklan dia..
Dia boleh gi cakap kat kaunter informasi
bila dia tanya kitorang,
kitorang buat tak tau...
Haish!!!!
Ni menimbulkan kemarahan...
Memang bengang tahap gaban la kot...

Kita ni bukan main bermanis mulut dengan dia..
Dia boleh buat taik kat kitorang 
pulak..
Memang kurang ajarlah kan???

Kita dah la ada masalah peribadi..
Yang dia tambah lagi problem kita...
Adoi!!!!!!!!!!!!!!!

Kisah hari ni pulak....

Masih stress dengan masalah peribadi..
Asyik menangis je..
Puas sorok muka ni..Mujurlah akhirnya air mata ni
dapat dihentikan...
Ingat dapat la pelepasan esok pagi..
Kot-kot tak payah buat locum..
Patient bukan ramai pun..
Bukannya tak keje langsung pun esok..
Keje jugak night syift..
Sedih betol...

Sabar aje lah Hanna...

Thursday, November 3, 2011

Roster

Assalamualaikum & Hye...

Friday ~ E
Saturday ~ LM / E
Sunday ~ LM / N
Monday ~ N
Tuesday ~ SD / LN
Wednesday ~ DO
Thursday ~ M
Friday ~ M
Saturday ~ N
Sunday ~ N
Monday ~ SD
Tuesday ~ M

Huhuhu...Hepy betol dengan roster nieh....
'hakikatnya adalah sebaliknya'
Entahlah...Suka ke?Tak suka ke? Kena keje jugak..
Hope to enjoy my job...

AidilAdha

Assalamualaikum & Hye..

Hurmm..Tak sangka la dah nak raya qurban...
Hanna tak dapat cuti la..
Tak pe la..Raya Qurban kat Kedah tak meriah cam kat
Kelantan nun...

Hari raya tu Hanna kena locum morning..
Then keje malam...
Nak merasa keje di pagi raya kan...
and raya sorang-sorang...
Huhuhu...

Tak pe la..Pengalaman adalah guru terbaik dalam
kehidupan kita..
Betol kan..kan..kan..?
Eh...Tetiba pulak kan?Macam tak kena je dengan topik..

Actually..I'm a bit kecik hati...
Huhuhu..
Sabar je la kan..
Who am i nak soal semua tu..
Daku cuma insan biasa yang serba tak cukup..
'dah sedih pulak...'

Ok la ok la..
Tak mo sesedih lagi ok..

Jangan.....

Assalamualaikum & Hye..

Hurmm..Penat sangat rasa keje hari ni..
Patient rasanya tak ada la ramai sangat pun..
Ada la dalam belas orang..

Dah tu masa tengah tunggu teksi tadi..
Lalu lah 2 mamat...
Yang sorang tu boleh pulak pusing balik tengok Hanna..
Then tanya...
" sorang ke? "
Geram nak je jawab,
\" ko nampak aku berdua ke??? "
Kita ni dah penat..Nak suruh jawab soklan yang dia 
sendiri tau jawapan terang-terang..

Menyampah betol...
Geram betol bila orang bertanya soklan yang
dia sendiri nampak & tau jawapannya..

Dah tu ingatkan episod tu tamat di situ..
Rupanya...
Sambung balik....
Boleh pulak datang dekat nak sembang 
segala bagai...

Kalau cakap dah kawen karang cakap hana
ni nak menunujuk lah apa bagai..
Malas betul nak melayan sembang dia tu..
Dah la kita ni bini orang...
Mana la nak melayan sembang dia...
Tak layan nanti cakap sombong pulak hapa bagai...

Last-last mintak contact number..
Dah agak dah..
Mesti akan mintak phone number punyalah...
Sampai ke sudah Hana tak kasi..
Ada ke gila Hanna nak bagi no.tepon kat dia...

Dia cakap ikhlas la nak bekawan kononnya..
Hanna pun kasi la FB name kan..
Kita tengok la dia ikhlas setara mana kan...


Wednesday, November 2, 2011

Rehat Otak

Assalamualaikum & Hye...

Hari ni Day Off..
Dapat la rehatkan badan & otak ni...
Lepas penat bekerja semingguan ni..
Tapi hari ni je la relax nye..
Esok mesti tension balik punya lah...

Patient dah ramai balik...
Sebab ward yang satu lagi tu just untuk 
day care je..
Macam patient dorang admit pagi ni..
Petang nanti lepas siap procedure dorang discharge..
Atau pun masuk hari ni 
untuk procedure esok pagi then boleh discharge la..

Ward yang Hanna keje ni lah 
yang dah mula terima 
pesakit untuk yang kena stay beberapa hari lah
untuk terima rawatan...
Macam pesakit bronchitis, CCF & seangkatannya lah...

Okey lah..Nak rest dulu yea..

Tuesday, November 1, 2011

Home Alone

Assalamualaikum & Hye...

Hurmm..Ditinggalkan lagi la...
Sesorang je kat rumah ni haa...Nak masak pun tak berbaloi
je rasa..
Yang nak makannya sejemput je pun..
Masak nanti tak habis pulak..

Mr. Hubby kena ke Jerteh lagi...
Merana jiwa & raga...
Bukan apa..
Ye la kena dok rumah sorang-sorang...
Nak gi keje pun kena naik teksi..

Eh...Bukan berlagak...
Tapi benda bila kita biasa tak apa...
Bila kena buat sumthin' yang kita tak biasa,
Itu yang tak best tu..
Kan..Kan..Kan..?

Rindu pulak kat budak kecik nieh...


Dah lama tak jumpa sejak lepas raya hari tu..
Nak buat macam mana..
Kekangan masa berkaitan dengan kerjaya
yang tidak mengizinkan..
Nak mintak cuti pun tak boleh..
Katanya sebab Hanna belum cukup 6 bulan keje..
Sedih kan...? (-_-)

Kampung Hanna lagilah tak sempat balik..
Sejak dapat keje ni..
Memang sekali hari raya tu je balik..
Tu balik macam ribut..
Balik hari ni..esok malam balik ke sana dah..
Sedihnya..
Tak dapat spending some time with 
My Beloved Family...