❤Menu Pilihan Anda❤

Wednesday, June 29, 2011

Alhamdulillah...Syukran Ya Allaah....

Assalamualaikum & Hye...

Akhirnya...Saat yang ku tunggu telah tiba..

Pagi tadi Hanna dapat call daripada Pusrawi Hospital..
Dorang panggil Hanna keje la..
Start Isnin (04 July 2011) ni..
Lega sangat..

Sebabnya..Lepas ni boleh la hulur kat Mak Abah..
Kat adik-adik..
Kat anak-anak Maksu..
Kat Maksu & Paksu jugak...

Seronok sangat rasanya bila dapat berita gembira ni..
Cuma yang tak gembiranya ni..
Nak kena bagitahu bos la nak berenti keje..
Nak bagitahu tu yang rasa berat hati..
Bukan apa..
Dorang baik sangat..

Lagipun keje baru berapa hari...
Tak sampai 2 minggu pun..
Dah nak mintak berenti..
Tu yang tak berapa best tu...
Segan sangat rasanya..

Tak kan la pulak nak berenti keje
nak buat senyap camtu je..
Masa nak mintak keje gi bersemuka kan..
Tak kan nak berenti nak cau camtu je..
Biadap kot camtu..

Harap-harap Hanna akan dapat jalankan tanggungjawab sebagai 
nurse dengan penuh ikhlas & jujur..
Hanna harap akan dapat tingkatkan skill & berkhidmat untuk 
orang yang memerlukan..

Hanna nak goal yang Hanna tetapkan baru-baru ni 
akan tercapai..

Terima kasih yang tak terhingga buat teman-teman
blog yang sentiasa menyokong & mendoakan
Hanna berjaya..

Especially buat Farah Shamsudin..
Yang Hanna tak state kan namanya tu Hanna mintak maaf yea..
May be Hanna tak tahu..

TQVM!!!!

Sunday, June 26, 2011

Nasib Baik

Assalamualaikum & Hye...

Nasib baik la bos kasi cuti..
Rasanya memang dia nak bagi Hanna cuti hari tu..
Tak pun hari rabu...

Tak pe la...
Janji dapat pi interview tu...
Hanna nak study ni..
Takut jadi macam interview kat Hospital Pusrawi hari tu..
Harem tak tau apa..
Macam orang tak pernah belajar nursing...

Kali ni nak prepare betol-betol la..
Tak pisang berbuah dua kali..
(kalau pisang betul tak pe..huhuhu...)

Awak semua tolong doakan Hanna tau...
TQ..
(^_^)

Pssssttt....
Bukan apa...Berharap sangat ni untuk
berjaya dalam interview tu..
Sebab teringin sangat nak plan untuk pregnant....
Tolong doakan Hanna berjaya tau...
TQ (^_^)...

Errr...Hanna ada cakap taka yang Hanna
dapat interview ni hari selasa ni..
Kat Hospital Pantai Cheras..

Saturday, June 25, 2011

Sayang Isteri Sayang Suami

Assalamualaikum & Hye...

< Ni entri GERAM >

Kau kalau nak sangat anak...
Berusaha la..
Jangan asyik nak amik jalan mudah je..

Usaha je..
Tradisional or moden...
Tak kiralah...
Asalkan dapat merasa cahaya mata sendiri..

Kalau cara moden...
Berlambak cara ada..
Cuba la amik Biodex tu..
Pergi spa Biodex tu..Buat rawatan apa yang perlu..
Eh..Mesti boleh punya kalau kita usaha dengan
tawakal..
InsyaAllaah..DIA akan bagi..

Dia nak kita usaha dulu..
Apa-apa pun mesti cuba dulu..Kemudian serah kepada DIA lah..
Kalau tak nak lagi cuba Biodex, 
Cuba la Zureat (Atika Beauty),
Kalau tak pun cari je lah produk-produk lain kat pasaran tu..
Berlambak..
Start daripada yang murah sampai yang paling mahal..

Tinggal kita je nak usaha...

Kalau kau sayang isteri kau,
Kau nak cahaya mata dengan dia...
Usaha la berubat moden tradisional...
Kalau dah semua tu x menjadi sapai kau dah habis berpuluh ribu 
@
Beratus ribu...
Tu kau kena cari cara lain lah pulak..
Terpulanglah tu kan..

Yang isteri pulak..
Kalau kau sayang suami kau...
Kalau nak zuriat sendiri dengan suami kau...
Usaha..
Jangan dok usaha semula jadi je..
Usaha tambahan la sama..
Tengok mana-mana produk kat pasaran tu..
Kalau kau tak nak mahal-mahal..
Cuba dulu yang paling murah..

Kena cari la..
Sekarang ni zaman internet..
Kau search je..

Kalau gamak kau tak reti buta internet..
Mintak la anak sedara ke,
Sepupu ke,
Tak pun suami kau sendiri..

Terlampau banyak sangat produk kat pasaran tu..
Cuba la..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kau yang suami tu pulak...
Jangan asyik memikir nak tambah 'cawangan' je...
Kau buat alasan isteri kau tak boleh bagi zuriat...
Yang kau tau keje nak kawen lain..

Menyampah aku dengar orang laki bagi alasan camtu..!!!!

Yang kau kawen lain mampu pulak yea?
Yang kau nak berubat isteri kau
bagi dapat zuriat tak sanggup berhabis pulak?

Tu...Biodex tu dah berlambak orang cuba...
Kalau kau sayang bini kau..
Usahalah dulu sebelum kau decide nak kawen lagi satu!

Alahai...Runsingnya!

Assalamualaikum & Hye...

Runsinglah awak-awak semua...
Mr. Hubby macam tak boleh cuti je...

Nampak gaya macam kene pergi sorang-sorang ni...
Dah la tak tahu jalan & tempat yang 
kena tuju tu...

Sedara mara pun tak ade yang boleh tolong,
(yang tinggal di Kolumpo tu)

Ya Allaah...
Permudahkanlah urusanku ini...
Kalau ada mana-mana blogger yang boleh bantu
Hanna ni...
Alhamdulillah la sangat...

Interview!!!

Assalamualaikum & Hye...

Huh!
Pening kepala dok memikir nak bagitau camne kat bos...

Dapat panggilan interview 
kat Hospital Pantai Cheras...Rasanya dah 2 ke 3 orang
student from KPTM yang 
dapat keje kat situ..

Camne ni ek..
Orang yang call tu mintak Hanna ke sana selasa ni
untuk temuduga tu..
Apa Hanna nak bagitau kat bos ni...
Alahai dorang ni...

Time kita dok saja tak pulak nak panggil..
Dah start keje baru berapa hari baru dorang nak 
panggil....

Errr....Tapi kan...
Hanna tak ingat la pulak sebelum-sebelum ni Hanna ada 
hantar ke tidak kat hospital tu...
Huhuhu...

Ye la...Ye la..
Saya lah bersalah sebab tak hantar lebih awal daripada tu...

Camna ni...
Ada sapa-sapa boleh tolong bagi idea tak?
Please....Really need your help...

Tuesday, June 21, 2011

Kasih Mereka

Assalamualaikum & Hye...

Sepanjang dua hari Hanna keje ni..
Macam-macam yang Hanna tengok gelagat pelanggan..
First day..
Hanna tengok ada sepasang suami isteri ni (umur 50++)
Datang ke kedai..
Mulanya atuknye saja yang datang bertanyakan
harga barang...
Dah tengk barang, balik amik isteri dengan cucunya..
Bawak datang kat kedai sekali..

Patutla dia belikan rantai tangan tu kat cucu tu..
Sebabnya cucu tu duk dengan dia..
Maknanya macam dia jaga la cucu tu..
Tu yang sayang lebih..
Barang kecik je..tapi RM1000+ la jugak..
Huhuhu..
Kasih atuk & nenek untuk cucu..

Haa....Comey siot cucu dia..
Rambut hitam lebat..
Bulu kening pun hitam lebat...
Fuh!
Memang comey ah!

Ni kisah kasih atuk & nenek untuk cucu jugak..

Atuk & nenek dia belikan loket untuk cucu dia..
Cantik jugak la...
Tak ingat lak harga berapa...
_______________________________________

Okey...Ni satu kisah yang lain pulak..

Yang ni kasih anak untuk ibu...
Anak dia bercadang nak beli cincin untuk hadiah hari ibu..
Tapi tak berkesempatan lagi..
Sampailah hari dia gi beli tu..Syoknye mak dia dapat
hadiah cincin beb...
________________________________________

Hari ni pulak...

Suami dia baru pencen...
Dapat la duit pencen kan...
Belikan rantai leher, rantai tangan, dengan loket..
Huhuhuhu...
Ada la semua RM10 000+

Bestnye dorang kan...
Dapat beli barang kemas...Nak juge..Huhuhu...

Monday, June 20, 2011

My First Day

Assalamualaikum & Hye...

Huhuhu...
Hari ni first day tau Hanna bergelar pekerja..
Selama hidup,ni lah first time bergelar pekerja..
Punya la teruk..

Hurmm..
So far okey la..
Dorang ajar kira barang,
Camne nak kira barang yang customer nak beli...
Tapi belum boleh kira-kira harga
untuk customer la..
Just tanya dorang je...
Apa dorang cari..Dorang nak yang macam mana.
Berapa budget dorang..
Lebih kurang camtu la..& panggil customer yang lalu 
lalang tu masuk dalam kedai..
Susun barang biar cantik..

Tapi rasa letih jugak la..
Tak tahu la kenapa..May be first day,
Excited terlebih dok fikir macam-macam kot...
Otak letih, badan pun letih la..

Okey la..
Harap-harap lepas ni dapat peluang berbakti untuk 
masyarakat pulak..
Nak jadi SRN(state registered nurse) pulak..

Doakan Hanna dapat jadi SRN yea...
tQvM!

Sunday, June 19, 2011

Jangan Tuduh Melulu...

Assalamualaikum & Hye...

Zaman sekarang ni macam-macam hal yang berlaku..
Kadang-kadang institusi kekeluargaan
tu boleh runtuh dek kerana 
kita berprasangka tanpa usul periksa...

Bila dengar @ dapat apa-apa berita yang 
kurang sedap didengar tu..
Bertanya la dulu..
Ataupun siasat la dulu..
Jangan main serang je..Berdosa tuduh melulu tanpa
bukti kan...

Macam kalau u dengar something yang tak sedap
pasal pasangan u,
Siasat la..Tanya dulu..
Ni u rasa dia macam dah berubah,
Terus nak cakap dia ada orang lain...
Jangan la..Tak baik..

Kalau rasa ada yang tak kena dengan rumah tangga,
Cari la masa..
Bincangkan masalah tu..
Jadilah pendengar yang baik untuk pasangan..
Bila dia nak luahkan rasa hati,
Nak cerita masalah,
Dengarlah..
Bukan kena bayar pun untuk dengar masalah tu..

Cari jalan penyelesaiaan yang terbaik...
Jangan melulu je..

Suami isteri kena ada masa untuk berbincang 
setiap masalah yang ada dalam
rumah tangga..
Cari jalan penyelesaian...
Komunikasi dalam rumah tangga sangatlah penting..

Saturday, June 18, 2011

Hidup Kita Bukan Cerita Dongeng!

Assalamualaikum & Hye...

Hurmm...Kenapa lah hidup kita ni tak macam
cerita Snow White?
Atau pun...
Cinderella...Atau Beauty & The Beast?

Because our life is a true life...
Allaah S.W.T had already determine it..
What will happen to our life in truly is only Allaah know..
We had to survive in what ever condition..

Semuanya Allaah dah tentukan...
Allaah je yang tau apa akan jadi sesaat kehadapan..
Kita tak tau..
Tapi kita kena berusaha untuk yang terbaik
dalam hidup kita..
Sesukar mana pun terimalah..
Anggaplah ujian dalam kehidupan...
Tapi jangan lah ambil mudah hingga kamu pilih jalan yang salah
di sisi agama kita yea..

Tak semua orang akan miliki istilah ni,
"we live happily ever after"

Yang bernasib baik...
Bersyukurlah..
Yang tidak bernasib baik...
Banyakkanlah bersabar & berdoa...
Jangan lupa untuk berusaha yea..

Kadang-kadang kita terlalu mengharapkan sesuatu hingga lupa 
yang kita seharusnya sertakan 
usaha demi mencapai apa yang kita inginkan...
Kalau belum dapat tu..Bukan rezeki lagilah tu..
Kan?

Jangan la kita mudah putus asa...
Allaah tu Maha Mendengar..DIA dengar setiap apa
yang kita katakan..
Hatta yang terdetik dalam hati kita pun DIA tau..
DIA Maha Mengetahui segalanya..

Jom kita belajar mensyukuri segala nikmat yang 
diberi kini...

Alhamdulillah...

Assalamualaikum & Hye...

Hari ni Hanna rasa lega lah sikit...
Sebabnya dah dapat kerja..
Even bukan bidang yang Hanna ambik..
Biarlah Hanna cuba saja..
Hanna dah cuba cari klinik..Tapi tak de yang nak hire me..

Yang dapat cuma kedai biasa..
Bukan klinik..
Tak apa lah..Asalkan Hanna ada duit poket..
Boleh la ringankan beban Mr. Hubby..
Kalau Hanna ada teringin pape pun boleh beli dengan duit sendiri..
Duit potong gaji tu boleh la simpan sikit..

Raya ni dapat la belikan mak abah & adik-adik
baju raya ke kasut raya ke..
Kalau tak dapat belikan baju raya kasut raya..
Busuk-busuk pun dapat la jugak bagi duit raya..

Nak jugak bagi mak duit...
Tak dapat bagi banyak, sikit pun tak pe lah kan..
Harap-harap rezeki untuk kerja kat hospital 
menyusul lah nanti lepas ni kan...

Tak lupa jugak....
Terima yang tak terhinggalah Hanna nak ucapkan
pada readers yang mendoakan 
Hanna..
Terutama sekali untuk Farah Shamsudin..
Tak lupa jugak Kay Are..
Thanks la sangat-sangat...
Semoga Allaah S.W.T berkati hidup awak yea...

Hanna harap everything will be fine..
Hanna harap boleh la buat kerja yang dipertanggungjawabkan...
Kerja pun rasanya tak susah..
Bijak beramah mesra dengan customer pun dah cukup bagus..
i hope i can do it!

Thursday, June 16, 2011

Oh NO! Got Chicken Pox!

Assalamualakum & Hye...

Kene chicken pox la pulak....
Mau 1 week kene ni..
Tak dapat la nak keluar cari keje...

Minngu depan nak balik jumpa Mr. Hubby la..
Rindu la...

Hurmm...
Keje oh keje...
Nak cepat-cepat dapat keje tetap...
Sebab nak plan untuk pregnant..
Jelez asyik dengar kawan-kawan yang baru dua tiga
bulan kawen tu dah pregnant dah..
Hanna nak jugak!!!!!!!!!!!

Tuesday, June 14, 2011

Ada Yang Tak Kena Dengan Drama Nora Elena

Assalamualaikum & Hye...

Huhuhu...Selalu ikut tiap episod drama Nora Elena tu..
Tapi part yang satu kesalahan tu 
tak perasan la sebab tak tengok episod 10 tu..

Kata Izamir Ridzuan dalam blog beliau...
Kesalahan adalah pada tarikh majlis perkahwinan
Nora Elena & Seth Tan...

Kalau nak tengok kesalahan yang Izamir Ridzuan cakap tu..
Boleh la ke blog beliau yea...

Lagi satu...
Hanna sokong pendapat Cik Epal...

Kata Cik Epal...
Nora Elena perempuan yang tak pernah tinggal solat...
Tapi pakai skirt pendek...

Betol jugak tu...
Dia tak pernah tinggal solat...
Tapi pakai skirt pendek...
Huhuhu...

Dorang ni...
Macam-macam hal kan...
Buat drama pun tengok la keadaan jugak kan..
Hurmm...

So awak semua pertimbangkanlah..
Hehehehe...

Hampir 1 SP Dah Round!

Assalamualaikum & Hye...

Fuh!
Kalau semalam setengah hari...
Hari ni sepetang la pulak..

Oh, bukan rancangan sepetang bersama ... tu yea...

Ni rancangan sepetang daku raound SP cari keje...
Huhuhu...
Boleh tahan la jelajah SP ni kan..
Ni pun belum habis lagi..

Esok misi bersambung yea...
Hanya 1 klinik yang tengah cari pekerja tambahan..
So dorang cakap nanti tunggu doctor call la..
Okey..i'll wait lah...

Tak pe lah esok sambung lagi...
Tak boleh putus asa yea kawan-kawan Hanna...
'Aja-aja Fighting!'
Hehehehe...
Harap adalah rezeki Hanna...

Kalau boleh nak la keje tetap cepat-cepat...
Tak nak keje klinik la..
Huhuhu...
Tapi belum rezeki la..
Belum dipanggil-panggil pun untuk keje tetap..

Awak semua yang budiman tolong doakan Hanna
dapat keje tetap cepat-cepat yea..
Yang dah doakan tu..
TQVM lah...
Doa anda amatlah berharga..
Semoga Allaah S.W.T berkati awak semua yea...

Monday, June 13, 2011

Misi Bermula!

Assalamalaikum & Hye...

Huh!
Penat jugak la hari ni..
Setengah hari keluar mencari kerja..
Ermm..Tunggu kat satu klinik tu la lama sangat..
Tunggu nak inteview la..
Ingatkan tunggu lama nak dapat la keja..
Huhuhu...

Dah doktor cakap datang balik nanti hujung bulan ni,
Sebab hujung bulan ni ada sorang staff dia 
nak berenti gi sambung belajar...

Dah begitu pulak....
Esok la pulak sambung misi kemanusiaan cari 
keje Hanna tu...
Bila nak dapat keja tetap ni....
Keja sementara pun belum dapat jugak...
Nak keja tetap...
Sebab bila dapat keja tetap,
Dapat la teruskan misi Hanna untuk capai target 
yang Hanna tetapkan minggu lepas...

Harap esok ada la...

Sunday, June 12, 2011

Keresahan

Assalamualaikum & Hye...

Semakin nak balik Kedah...
Makin deras degup jantung ni...
Apa ni...
Kenapa mesti rasa macam ni..

Sekarang mungkin Hanna sudah berada di dalam perut bas..
&
Hati ni kian tak keruan rasanya...

Makin resah gelisah rasa hati ni...
Makin tak tenteram rasanya..
Bergelodak jiwa & perasaan Hanna ni...

Di mana ketenangan ku yang dulu...
Mengapa keresahan saja yang kerap menjengah sejak 
semingguan ni...

Rasa tak mampu nak bendung perasaan ni..
Mungkin ada yang perasan tingkah Hanna yang tak keruan ni..
Tak kisahlah..
Hati ni terlampau resah..
Resah yang luar biasa..

Apakah....Maut sedang menanti ku?
Yang menyebabkan hati ni
keresahan yang tidak menentu & makin menjadi-jadi?

Ya Allaah....Hanya kepada Mu aku mohon ketenangan...

Friday, June 10, 2011

Mesti Capai Target!

Assalamualaikum & Hye...

Baru je ni siapkan target untuk dicapai..
Target ni wajib dicapai dengan apa jua keadaan sekali pun..
Harap Mr. Hubby akan sokong apa 
yang Hanna akan lakukan nanti..

Bukan untuk siapa-siapa..
Tapi untuk diri sendiri..Hanna jugak nak buktikan pada
mereka yang selalu merendahkan Hanna
&
Menyalahkan Hanna sebelum ni tu..
Yang Hanna mampu lakukan..Lebih daripada yang mereka ingin..
Hanna mesti lakukan..

Even it will take time for few years..
But i will try harder & smarter to reach my target...

Hanna mesti buat walau susah macam mana pun..
Mesti!

Ni bukan omong kosong...
atau
Sekadar perkataan yang tertancap di alam maya..
Tapi ni azam yang bakal diikuti 
dengan perlaksanaan...

Semoga Allaah S.W.T akan memberkati niat 
Hanna ni...
&
Memberikan kejayaan dalam kehidupan Hanna... 

Hanna tahu awak semua baik hati...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dengan ini...Hanna nak mohon jasa baik awak semua
Doakan lah kejayaan buat Hanna...
Hanya doa..
Tak perlu pun keluarkan wang walau sesen pun...
Sesiapa yang terbaca entri ni...
Doakanlah yang terbaik buat Hanna...
Hanna janji akan usahakan dengan sesungguhnya..
Walau sukar sekalipun..

Allaah S.W.T sajalah yang dapat balas jasa baik awak
semua ya.....

Terima kasih...  

Dunia Tak Adil?

Assalamualakum & Hye...

Betul ke dunia ni tak pernah adil?
Hurm...

Cer pikirkan sejenak.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rasanya yang buat dunia jadi tak adil tu
adalah manusia sendiri...
atau
Kita sendiri yang tak pandai mengadili dengan tepat
setiap hal yang berlaku di dunia

Allaah S.W.T yang cipta dunia...
Cipta kehidupan atas muka bumi ni...
Termasuk kita...

Apa yang Dia jadikan kepada kita adalah sebaik-baik 
kejadian...
Kadang-kadang kita yang tak pandai mengadili
sesuatu yang diberi dengan akal fikiran 
yang waras...
Kita jugak selalu menuding jari kepada orang lain 
bila berlaku sesuatu yang kita tak suka..
Walhal sedarkah kita satu jari kita tuding jari kepada
orang lain....
Empat jari menghala kepada kita?

Ya...Sebenarnya bermula dengan diri kita sendiri...
Orang lain hanya sampingan...
Kita diberi akal yang terbaik daripada Allaah S.W.T....
Jadi...
Sentiasalah menggunakan akal itu dengan
sebaik-baiknya...
Berfikir dengan akal yang waras...

Setiap kedukaan yang diberi adalah ujian daripada Yang Esa..
Mungkin jugak untuk menguraskan dosa silam..
Orang yang diberi kedukaan adalah orang yang Allaah sayang...
Sentiasalah ingat Allaah S.W.T...

Cubalah Bersyukur...

Assalamualaikum & Hye...

Hanna sebenarnya tak berapa gemar dengar
atau
Baca ayat-ayat macam ni....

Kita yang tak ada keja ni...
Punyalah nak keja...
Dorang yang ada kerja gaji masuk bulan-bulan..
Boleh pulak kata maca ni......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cubalah bersyukur...
At least u ada jugak keje....
Macam Hanna ni..
Langsung tak ada..Dah tu asyik kena pressure je
sebab tak keje lagi..

Nak gila rasanya..
Semua kesalahan hanya di tuding jari kepada Hanna...
Kesalahan dorang tak pulak mengaku..
Geram betul...

Ni mamat kemaruk ni dok call lagi..
Memang spesis bangang ke hape...Tak reti bahasa...
Orang dah cakap..
I am married..
I am married la...

Menyusahkan orang je!

Thursday, June 9, 2011

Orang Kemaruk Nak BerGurlPren!

Assalamualaikum & Hye...

Hish...Geram ah...
Bongok ke hape dia ni....Menyampah ah!
Ingatkan dah tak de gangguan daripada orang gila 
kat dunia ni dah..

Tak tahu la ni orang yang sama atau orang lain...
Benci gila!!!!!!!!!

Sejak minggu lepas lagi mamat sewel kemaruk ni
dok call & text me...
Suruh MMS pict. lah.........
Dah la call depan Mr. Hubby i pulak tu...
Mr. Hubby dah macam nak marah dah...
Dulu ingat dah tak de orang nak kacau dah...

Hanna dah bagitau dah...
I am married..
Mula ingat dah reti bahasa....
Rupanya bengong jugak..
Nak suruh cakap bahasa apa pulak entah....

Baru tadi call lagi....
Benci lah....

Dia ingat Hanna ni menipu kot...
Hanna malas la nak spoil kan mood Mr. Hubby...
Kang jadi hal kami berdua pulak gaduh..
Dah la tengah banyak masalah..
Tak hingin dah nak tambah masalah la....

Buat sakit otak je bump into these kind of problem..
Masalah yang boleh selesai 
&
Tak perlu panjang meleret pun...

Geram betul la...
Kok yea pun kemaruk nak bergurlpren...
Pegi la cari si anak dara nun...
Janda pun apa salahnya..
Jangan yang hak orang yang sah sudahlah....

Merayau Jer Keje!

Assalamualaikum & Hye...

Sejak semingguan ni...
Hanna puas merayau-rayau kat alam maya ni..
Search kat google kalau-kalau terjumpa 
job vacancy kat mana-mana
hospital or klinik nearest SP..

Hurmm...
Semua link Hanna klik..Tapi  menghampakan...
Ada yang nak experience...
Ada jugak yang encourage fresh grad. untuk apply kat 
company dorang...

Yang mana Hanna boleh apply online tu..
Hanna terus je apply online..
Yang tak boleh tu tak dapat la nak buat apa-apa kan..

So...Tolong doakan Hanna berjaya yea..

Thank Q....(^_^)

Bila Nak Menyesal???

Assalamualaikum & Hye...

Eh...Kau bila nak menyesal haa...???
Kau pikir la betul-betul..
Nanti kemudian hari kau menyesal tak ada gunanya..
Pikir la baik-baik...

Hurmm...Hanna menyesal sebab tak berfikir panjang..
Malah yang lebih dikesalkan bila 
tidak bertegas & tidak mempertahankan hak sendiri..

Tapi penyesalan tu semua dah tak berguna..
Langsung tak berguna okey..
Penyesalan tu dah terlambat...
Masa yang telah dilalui tak boleh diputar kembali..
Seperti mana kita putarkan 
kembali jarum jam yang berhenti berdetik..

Semuanya dah terlambat untuk disesali..

Kita tak tahu apa yang akan berlaku kepada kita,
Hatta sesaat ke depan pun..
Ada hikmah mengapa kita tak boleh tahu 
tentang masa depan kita..

Salah satu sebabnya...
Allaah S.W.T nak kita berusaha sendiri 
demi mendapatkan apa yang telah Dia tetapkan dalam kehidupan kita...
Allaah S.W.T nak kita bersabar & sedar bila kita tersalah
memilih jalan hidup @ sesuatu keputusan...

Semoga kalian yang belum menyesal tu,
cepat-cepatlah sedar akan 
kesilapan kalian...
Fikirlah dengan semasak-masaknya bila anda perlu buat keputusan
yang penting dalam hidup...
Kalau kalian sudah tersalah buat keputusan..
Hadapilah dengan tenang..
Mohonlah pertolongan / bantuan Ilahi..
Allaah S.W.T tak pernah melupakan hambaNya..
Kita hambaNya saja yang selalu melupakan Maha Pencipta kita..

Mulakan lah kehidupan baru dengan lebih bermotivasi..
Bangkitlah...
Hadapi semuanya dengan sabar..
Jangan terlalu menyalahkan Allaah S.W.T...
Allaah S.W.T itu tahu apa Dia lakukan..
Dia yang tiada cacat celanya..
Semua ciptaanNya itu cukup sifat & sempurna..

Menyesallah sebelum terlambat....

Counselling vs Cancalling

Assalamualaikum & Hye...

Hurmm..Tetiba terfikir nak dapatkan khidmat kaunseling 
lah pulak...
Tak payah pergi pejabat untuk kaunseling pun..
Just YM pun boleh dapat kaunseling...

Ermm...Orangnya berpengalaman..
Selalu menulis dalam majalah Mingguan Wanita...
So camne ek...
Nak dapatkan counselling atau nak cancelling jer..
Huhuhu....

Ni lah hidup....Kena buat pilihan...

I Really Worried!

Assalamualaikum & Hye...

Hurmm...Hanna pun sangat-sangat risau...
Risau apa?

Risau pasal masa depan Hanna la..
Entahlah...
Hanna tak tahu macam mana nak buat lagi..
Kalau hospital Hanna dah mintak...

Cuma tu la..
Hanna balik Kedah nanti Hanna kena jugak usahakan
cari keje..
Hanna nak cari keje area sana dulu...
kalau tak dapat..
Kenalah pikirkan cara lain...

Sebenarnya...
Hanna teringin sangat nak ikut Mr. Hubby nanti...
Bulan Ogos nanti Mr. Hubby kena posting
kat Subang..
Tapi Mr. Hubby belum nak bawak Hanna...
Katanya kena gi lapor diri dulu..
Pastu nak tengok rumah yang sesuai...
Tahu sajalah Kolumpo camne kan?
Semua perlu duit..
Mahal-mahal pulak tu kan...

Hanna sebenarnya takut...
Nanti orang goda Mr. Hubby pulak...
Maklum la duduk asing-asing ni...
Jarak jauh ni...
Kalau tengah couple-couple tu...
Tak la berapa kesah sangat kalau orang nak ambik
hak kita...
Sebab tak ada apa-apa ikatan....

Ni dah kawen...
He's mine okey....Mana boleh orang lain amik..
Yea lah...Lelaki ada hak kawen ramai..
Tapi wanita mana yang nak 
bermadu...

Kalau saya tanya awak...
Awak sanggup ke?
Mungkin ada yang jawab sanggup...
Terpulang la hak masing-masing kan...
Tapi Hanna tak bersedia untuk hadapi situasi camtu,
Melainkan Hanna ada masalah kesihatan..

Terpanggil Untuk Mencuba...

Assalamualaikum & Hye...

Hurmmm...Tetiba rasa terpanggil untuk cuba jugak...
Cuba apa tu?

Ala...Cuba main gitar...

Cuii....Berangan nak jadi Anna Raffali la tu...

Ermmm...Tak kisah pun U'ouls nak cakap apa..
Yang penting Hanna nak cuba jugak..
Dapat la hilangkan sikit kegusaran ni...
Walau tak banyak, sikit pun tak pe...

Ramai yang dok try & main gitar tu tau...
Exclusive kat Google je tau..

Ni haa.....

Haa...Apalagi....Buka ja Google window..
Main la kat situ..Must try...!!!!
Tak rugi cuba...

New Update!

Assalamualaikum & Hye...

Eh...Jom la gi tengok cosmetic lens..
Dekat Lens Gallery tu..
Ada new update tau...!!!!!

Harga murah-murah je...
Sape-sape yang nak shopping mata tu...
Jom la jengah Lens Gallery..

Sape-sape yang nak shopping lens...
Haa...Di sini lah tempatnya..
Banyak pilihan..
Yang penting puas hati lah bila beli kat Lens Gallery...
Gerenti tak nyesal...

Ni antara update terbaru dari Lens Gallery...





Banyak lagi update lens di Lens Gallery..
Jom lah tengok...
&
Jangan lupa untuk LIKE sekali yea.....(^_^)

Mission!

Assalamualaikum & Hye...

Hanna dah tetapkan misi Hanna bila balik
ke Kedah nanti...

First sekali Hanna nak gi tanya kat 
kat klinik kanak-kanak 
yang iklankan jawatan kosong yang Hanna tengok minggu lepas..
If masih ada, 
Hanna nak cuba lah...
Harap-harap dapatlah keje situ...

Kalau jawatan kosong tu dah di isi...
Hanna kena lah round satu SP tu kalau boleh...
Kalau tak ada atau tak dapat jugak..
Hanna nak cuba tanya kalau-kalau boleh mintak 
kat Metro tu..
Memang Hanna ada pernah tanya dah satu hari tu..
Tapi nak tanya sekali lagi lah..
Kalau-kalau ada jawatan kosong pulak...

Hanna kena buktikan kali ni Hanna masih berkeinginan
untuk bekerja kali ni..
Memandangkan dorang dah tak nak pedulikan Hanna..
Tak pe lah...
Hanna usahakanlah untuk dapatkan pekerjaan..
Kalau perlu Hanna nak cuba sekitar Kepala Batas ke
Butterworth ke...

Kalau tak dapat jugak Hanna kena fikirkan cara lain
untuk dapatkan pekerjaan tu..
Hanna dah penat bersedih, kecewa dengan pandangan 
orang sekeliling Hanna..
Apatah lagi orang yang paling dekat pun pandang serong,
Pandang sinis pada Hanna..

Hanna kena berusaha buktikan yang Hanna mampu lakukan...
Hanna mesti lakukan yang terbaik..
Hanna nak berjaya macam orang lain...
Hanna tak nak lagi di pandang hina, dipandang rendah...

Biarlah kali ni berhabis duit simpanan pun...
Apa boleh buat..
Duit yang sesen dua tu saja boleh dianggap duit sendiri..
Walau terpaksa keluarkan duit tu untuk pergi jauh..
Hanna rela..
Cuma Hanna harapkan..
Segala usaha Hanna nanti akan membuahkan hasil..
&
Dapat kumpulkan kembali duit simpanan yang dah digunakan tu..

Hanna tau...
Awak semua blogger yang prihatin & baik hati...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jangan risau...
Hanna bukan nak mintak duit awak semua...
Hanna cuma nak mintak awak semua doakan kejayaan 
dalam pencarian Hanna nanti...
Doa kalian juga amatlah bererti....

Tu saja permintaan Hanna daripada awak semua...

Terima Kasih...

Berharap.......

Assalamualaikum & Hye...

Hurmm..I really hope that everything will be back
to normal as before,
As soon as possible...

Tak sanggup rasanya nak menanggung semua ni...
Tak suka berkeadaan seperti ni lagi..
Keadaan macam ni amatlah 
memeritkan hati & perasaan..
Terseksa sungguh bila kena hadapi situasi macam ni..

Kenapa semua tindakan Hanna dipandang serong..
Tak ada langsungkah tindakan Hanna
yang boleh diterima dengan baik & tidak terus menyalahkan Hanna?

Kenapalah mesti macam ni...
Huhuhu...

Wednesday, June 8, 2011

If We Know......

Assalamualaikum & Hye...

Seronokkan kalau kita tahu apa akan jadi
di masa depan...

Malangnya kita tak akan dapat tahu apa yang
akan berlaku pada kita di masa akan datang tu....
Walaupun dalam masa seminit ke depan..

Kenapa kali ni Hanna susah nak tenangkan hati 
&
perasaan Hanna ni...
Rasa terlampau sangat memikirkan yang bukan-bukan...
Asyik fikir kenapa Allaah S.W.T timpakan ini 
semua kepada Hanna...

Terlampau banyak sangat persoalan...
&
Terlampau banyak sangat " KENAPA "
yang datang menjelma dalam 
fikiran ni...

Dapat Tiket Dah!

Assalamualaikum & Hye...

Lega sikit sebab dah dapat tiket dah..
Tiket untuk balik Kedah la..

Satu hal yang dok takut-takut tiket habis tu,
Dah settle...
Satu hal yang dok menunggu di sana,
Yang belum settle...
Masalah tu tak tau camne nak buat...

Hurmm....Nasib badan...
Mr. Hubby dok sibuk tanya dah balik ke sana...
Bila pulak nak balik ke sini?
Mana lah nak tau bila boleh balik ke sini..
Dah nama pun nak balik sebab nak cari keja...
Tak tau lah bila boleh balik ke sini pulak..

Hanna amat berharap this monday boleh dapat keje kat 
mana-mana di area Sg. Petani tu..
Tak sanggup dah nak menanggung keperitan cacian makian
orang keliling sebab tak keje...
Rasa pulak diri ni macam terlampau tak berguna je...

Bila Akan Berakhir?

Assalamualaikum & Hye...

Hurmmm....

Bila semua kegelisahan..Keresahan..Kegusaran ni akan berakhir...
Walaupun Hanna tau ada orang lain 
yang alami dugaan yang lebih hebat daripada Hanna...
Tapi bagi Hanna...
Rasanya...Ni jugaklah dugaan amat berat...

Tak sanggup rasanya nak hadapi semua ni...
Kadang boleh hilang pertimbangan akal yang waras...
Rasa macam tak waras pun ada..

Cepat-cepatlah dapat kerja..
Tak sanggup nak tempuh semua ni lagi...
Berat tak tertanggung di bahu ni...

Hati pun tak tenang..

Maaf Ya!

Assalamualaikum & Hye...

I am so sorry my dear readers...
Minggu ni mungkin hanya akan ada entri-entri
berbentuk luahan hati 
Sedih-sedih saja ya..
Sebabnya selagi Hanna belum balik ke sana
&
Belum dapat kerja...
Mungkin entri-entri macam ni sajalah yang akan
tertempek di blog ini..

Sekiranya readers sekalian bosan dengan semua entri-entri
ni & malas nak baca lagi..
Boleh la klik pada tanda 'x' sebelah atas window anda..
Tapi datang lagi lah lain kali ya..

Bila semuanya dah pulih,
Hanna akan buat entri-entri bahagia & happy pulak ya..
" eh,tak ke sama je bahagia dengan happy tu?"
Tak kesahlah yea...

Hanna memang tak ada idea nak tulis 
entri berbentuk info,tips,gossip ke or seumpamanya
buat masa sekarang..
Otak ni terlalu letih & tertekan fikirkan masalah yang
belum selesai & semakin menyesakkan jiwa
raga Hanna ni...

So..Hanna mintak maaf sekali lagi ya..
Harap readers semua sudi datang lagi di lain hari & waktu...

Bertenanglah Wahai Hati!

Assalamualaikum & Hye...

Makin hari makin rasa resah gelisah...
Makin lama ada di sini,
Makin rasa tak senang duduk....
Rasa nak menggelupur saja..

Nak je cepat-cepat balik Kedah..
Nak cepat-cepat cari keja..
Biar dorang nampak dengan mata kepala sendiri,
Yang Hanna cari keja..
Biar dorang tak terus pressure Hanna
itu & ini..

Hanna dah tak sanggup nak hadapi pressure macam ni..
Malas nak dengar itu & ini..
Yang semua kesalahan hanya diletak atas kepala Hanna..
Seolah-olah Hanna saja yang bersalah 100%..
Seolah-olah dorang langsung tak bersalah
memaksa Hanna buat itu & ini..
Hanna saja yang bersalah dala, semua hal!

Rasa macam nak balik sekarang jugak!
Tapi apakan daya..
Hanna tak mampu buat begitu..
Kalaulah Hanna tau akan jadi begini..
Hanna tak ikut Hubby balik ke sini hari tu...
Tapi dorang jugak yang suruh Hanna balik ke
sini dulu..
Kemudian baru balik ke sana semula..

Belum pun tiga hati Hanna balik ke sini..
Dah sibuk merajuk kecewa itu & ini..
Kata Hanna tak ingin keja lah..
Macam-macam...!

Sedih bila diri diperlakukan begini...
(-_-)
Semoga Allaah S.W.T permudahkan perjalanan Hanna
mencari pekerjaan..
Semoga Hanna cepat bertemu dengan 
pekerjaan yang dicari...

Tuesday, June 7, 2011

DukaCita (-_-)

Assalamualaikum & Hye...

Hurmmm...Sudah berhari-hari Hanna berdukacita...
Sedih..Kecewa..Sebak..Menyesal...
Semuanya bersatu dalam hati sanubari ni...

Jeritan hati hanya Allaah S.W.T saja yang tau...
Kenapa Hanna selalu dipersalahkan
setiap kali timbul masalah berkaitan Hanna?
Semuanya salah Hanna ke?
Orang lain tak salah ke?

Hanna memang teringin sangat nak bekerja..
Walaupun Hanna tak keluar mencari kerja di luar...
Tapi Hanna cuba mohon atas talian...
Bukan Hanna tak berusaha langsung untuk mohon...
Hanna sedih la bila Hanna selalu saja 
dipersalahkan...

Hanna sedih sangat-sangat...
Tak puas merintih sendirian dalam hati penuh penyesalan..
Semua Hanna turutkan..
Tapi Hanna masih dipersalahkan...

Kadang terasa lebih baik mati saja sejak bayi dulu..
Daripada hidup macam ni,
Menyusahkan orang keliling saja...
Hanna ni cuma bawak malu pada mereka..
Hanna ni langsung tak berguna pada sesiapa pun...
Langsung tak bagi manfaat...
Hanya menyusahkan semua orang!

Sangat-sangat tertekan sekarang..
Rasanya boleh dapat sakit mental kalau berterusan macam ni..

Monday, June 6, 2011

Job Oh Job!

 Assalamualaikum & Hye...

Hanna dah makin tertekan sekarang...
Pressure sangat sebab belum dapat keja...
Sedangkan kawan-kawan yang lain ramai dah yang bekerja...

Bila nak dapat kerja ni...
Tak sanggup nak terus-terusan bersenang lenang di rumah...
Ilmu yang tak diamalkan tu pasti
lama kelamaan akan terhakis dari minda yang tak 
dipraktikkan...
Skill yang tak seberapa pulak pasti akan lebih 
tidak berskill kalau tak praktik..

As the word " practice make perfect "

Hurmm...Tolonglah beri saya peluang untuk bekerja...
Saya amat perlu pekerjaan...!

Saturday, June 4, 2011

Oh BoSaN!

Assalamualaikum & Hye...

Sudah kembali ke Kelantan..
&
Kehidupan yang penuh kebosanan pun bakal bermula lagi...

Huhuhu...
Malasnye nak balik sini...
Berat je hati nak tinggal rumah...
Kalau tak kerana kena ikut suami mesti dapat stay lama lagi..

Hurmmm...
Hanna bosan la...Keje tak de...
Kawan-kawan ramai yang dah keje...
Walaupun ada yang lari dari bidang yang di pelajari pun..
At least ada jugak keje...

Macam Hanna ni...
Langsung tak de..Sedih la orang lain dah beranak pinak dah..
Hanna ni...Asyik dok jelez kat dorang je...
Tak adil la...

Yang tambah sedih...
Hanna selalu je dipersalahkan....
Dah la dorang yang aturkan hidup Hanna dari kecik sampai kawen...
Sekarang pun masih jugak kehidupan ni
diatur orang lain..

Hanna ni tak berhak ke ada kehidupan yang
Hanna sendiri aturkan...?

Entahlah...Hidup yang terlalu complicated...

Sabar je lah Hanna...(-_-)

Thursday, June 2, 2011

Undangan Majlis Perkahwinan

Assalamualaikum & Hye...

Hurmm...Ramai kawan Hanna yang melangsungkan 
majlis perkahwinan mereka minggu ni..
Macam hari ni,
Majlis perkahwinan Siti Nurfatihah Maznan..
Tapi Hanna tak dapat la gi sebab 
still in Kedah right now..

Ala masa dia datang majlis bertandang Hanna kat rumah
Mr. Hubby dulu pun
secara tak sengaja..Sebabnya dia tak tahu pun rumah 
yang parents dia ajak gi tu rumah kawan baik 
parents dia..

That's mean my MIL tu kawan baik parents dia la..
Dia tak tahu pun yang Hanna kawen dengan anak kawen baik parents dia..
Tu yang dia terkejut beruk masa tengok Hanna..

Tapi yang Hanna rasa kecik hati sekarang ni...
Ada sorang housemate Hanna nak kenduri sabtu ni la...
Hari tu masa dia nikah dia kata tunggu kad undangan..
Dia nikah dulu pas lama sikit baru kenduri..
Ni sabtu ni nak kenduri la..

Tapi dia tak jemput pun lagi..
Masa jumpa Hubby dia kat Pasar MPKB hari tu pun
Hubby dia tak jemput pun kitorang suami isteri..
Huhuhu...
Tak pe la yang tu..
Tapi yang isteri dia punya undangan yang Hanna dok tunggu ni..
Tak panggil pn lagi..
Padahal dua ja lagi nak kenduri..

Ala...Kalau pun orang tu tak dapat datang,
Apa salahnya kita undang...
Tak salah pun kan?

Kalau kebetulan orang kita undang tu dapat datang kan
baguslah...
Kalau tak datang nak buat camne kan..
Tak bagi kad jemputan,
Panggil mulut pun jadilah kan...

Tak pe lah...Nak buat camne kan...
Hak masing-masing...
May be dia tak harapkan pun kami datang..
Tak macam masa Hanna kawen dulu..
Mengharap sangat semua housemates dapat datang
meraikan majlis Hanna..

Tapi hampa sangat...
Sorang pun tak datang....
Yang Hanna tak harapkan datang pulak datang ramai-ramai...

Tu pun Hanna dah bersyukur sebab ada jugak 
kawan-kawan yang sudi datang meraikan
hari bersejarah Hanna...

Nanti bila majlis kawen kawan-kawan yang datang tu,
InsyaAllaah Hanna akan cuba la berusaha untuk 
hadir ke majlis perkahwinan dorang..

Tak pe lah..
Semoga kawan-kawan yang mendirikan rumah tangga bulan ni
akan berbahagia bersama pasangan
masing-masing selamanya!

Dalam Dunia Manusia Ada Haiwan!

Assalamualaikum & Hye...

Semalam tak sempat nak update blog sebab line too slow 
&
Adik pun guna laptop Hanna...

Sedih sebak geram sangat-sangat masa tengok
berita semalam...
Pasal baby dilempar dari tingkat berapa pangsapuri tu la..
Kesian gila ah kat baby tu...
Tak berdosa pun dia..Dah la baru lahir..
Tak sempat menjalani kehidupan sebagai hamba Allaah...
Dah meninggal akibat perbuatan darah daging sendiri..
Sanggup dia lempar anak kecil tu dari tempat 
yang tinggi kan?
Kita ni nak lempar anak kucing pun tak sampai hati..
Apatah lagi anak orang..

Ish...Ish...Ish...
Kejamnya manusia sekarang!

Tu lah yang dikatakan dalam dunia manusia ada haiwan..
Manusia berhati binatang...
Sedangkan binatang pun sayang anak dia..

Hiba je anak tengok berita semalam tu...
Baru je dua tiga hari lepas Hanna tengok kemesraan anak kucing 
bersama ibunya...
Betapa kasih & sayangnya ibu kucing tu kepada anaknya...
Bergurau bermanja..

Kesian baby semalam tu kan...
Apalah dosa dia yang manusia tu sanggup buat camtu kat dia...
Tak apa lah..
Dia meninggal dalam keadaan suci & bersih tanpa dosa sebesar zarah pun...

Semoga individu yang tak bertanggungjawab tu 
menerima hukuman yang berat seberat beratnya atas perbuatan
tak berperikemanusiaan dia tu!

Wednesday, June 1, 2011

MasyaAllaah!

Assalamualaikum & Hye...

Mimpi buruk lagi...
Apa ertinya semua ni?

Ya Allaah..
Semoga mimpi itu hanyalah mainan tidur 
&
Permainan syaitan yang Kau laknat!

Ku ingin kehidupan yang bahagia bersama keluarga 
yang dibina ini..
Semoga dijauhkan segala anasir-anasir jahat yang
mahu merosakkan rumah tangga ku..
Semoga daku mampu menghadapi setiap dugaan 
&
Cabaran yang hadir..

Semoga Allaah melimpahkan rahmatNya buat kami..

Amin...