❤Menu Pilihan Anda❤

Tuesday, May 31, 2011

Update!

Assalamualaikum & Hye...

Sejak balik kampung ni...Berapa kali je Hanna update blog kesayangan ni..
Tu la internet dah jadi lembab pulak sekarang ni..
Tu yang susah nak update blog..

Lagi pun tak berapa nak ada cerita la 
yang nak di ceritakan...
Tapi harapan Hanna masih ada la blogger yang sudi 
singgah & baca blog Hanna ni yea..

Hye..Internet oh internet....

Macam-macam hal la pulak sekarang ni...
Dulu okey sekarang tak okey pulak..
Sakit je hati ni..
Huhuhu...

Sekali lagi Hanna nak khabarkan..
Kalau ada yang nak tengok contact lens boleh klik kat 
My Lens Gallery FB page yea...
Kalau nak add FB pun boleh je..Hehehe...

Saturday, May 28, 2011

Mimpi Buruk Lagi!

Assalamalaikum & Hye...

Hurmm...Dua malam lepas mimpi buruk lagi..
Kenapa ni?
Ni kali kedua Hanna mimpi buruk..
Ia berkisarkan tentang Hanna & Mr. Hubby...

Ya Allaah...
Apa yang hendak ditunjukkan tu?
Petanda burukkah?
Akan berlaku seperti yang di mimpikan tu kah?
Gusarnya rasa hati ni...
Nak diceritakan pada orang...
Teringat pulak pesan kawan...
" kalau mimpi buruk tak boleh cerita pada orang "
Macam mana ni...

Janganlah terjadi seperti yang Hanna mimpikan tu..
Seriau rasa...
Eeiii...Gusarnya...

My Dear Mr. Hubby...
I lurve u!

Dan malam tadi pulak...
Mimpi ada dua ekor buaya kat belakang rumah ni...
Apa maknanya tu...?
Hanna mimpi ada dua ekor buaya tengah merayau kat belakang rumah...
Sekor mulut pendek...Sekor lagi mulut panjang...
Waaaa....Takut...Apa maknya kehadiran dua ekor buaya di belakang rumah
dalam mimpi Hanna tu...

Thursday, May 26, 2011

Bengang Amat!!!!

Assalamualaikum & Hye...

Adohai...Teruk betol line broadband kali ni..
Entah kenapa la pulak buat hal..
Tahun lepas okey je...

Ni kenapa pulak..
Dah tak de line digi ke kawasan rumah ni..
Haish...

Geram la..
Nak bayar PTPTN dengan Mara ni...
Dok log in dari pagi tadi lagi..
Tak boleh..

Memang bengang lah..
Macam-macam benda nak buat ni...
Nak bisnes camne kalau line lembab camni...
Susah la nak interact dengan customers...
Aduiiiiiii!

Blogwalking

Assalamualaikum & Hye...

Hurmm...Dah lama tak update blog dengan entri terbaru..
Bukan tak ada benda nak diceritakan..
Cumanya susah nak online pulak sejak balik Kedah ni...
Entah kenapa line internet ni jadi lembab yang teramat....
Malah lebih lembab daripada si siput..
Memang bengang tahap gaban lah..

Dari hari isnin lagi try online..
Tapi line tak de langsung..
Kalau ada pun tak sampai lima minit je kot...

Hari ni baru la okey sikit...
Tu pun lambat sikit..
Tapi okey la daripada tak ada langsung...
Huhuhu...

Nak tukar ke celcom ke nak daftar digi je ek?
Dok tengah fikir la ni...
Rasanya dia jadi lembab selembabnya ni sebab Hanna tak daftar 
masa beli sim internet ni dulu kot...

Hurmmm..
Mak Hanna cakap adik Hanna guna okey je masa dia
balik hari tu..
Adik Hanna guna yang bayar bulan-bulan punya..
Yang RM38 tu la..
Hanna guna yang top up punya..
Sebab masa tu belum ada yang RM38 ni...

Nanti lah tunggu adik balik & tanya dia camne dia 
punya broadband ada problem tak..

Memandangkan line yang tak berapa nak ada ni...
Susah lah Hanna berblogwalking..
So dah lama la Hanna tak blogwalking...
Rasanya UV Hanna kat nuffnang tu mesti dah banyak berkurang...
Entah-entah tak sampai pun 100...
Huhuhu...
Makanya pendapatan pun tidak lah berpeluang untuk bertambah...

Wednesday, May 25, 2011

Thank Q Allaah...

Assalamualaikum & Hye...

Thanks to Allaah for giving me this chance..

I'm so grateful to have this chance..

I will try to manage it well..

I hope everything will be okey till we back to Kelantan..

Friday, May 20, 2011

Bergaya Berlebihan

Assalamualaikum & Hye...

Ramai wanita nak cantik...
Tapi cantik yang macam mana yang diinginkan tu?
Cantik pada rupakah?
Cantik pada tubuhkah?
Cantik pada rambutkah?
Cantik pada pakaiankah?

Cantik yang bagaimana?

Cantik itu sesuatu yang subjektif....

Boleh ditafsirkan daripada pelbagai aspek...

Namun apa yang ingin Hanna bicarakan di sini ialah berkaitan 
bergaya untuk cantik yang berlebihan...
Hingga akhirnya kita kelihatan lebih hodoh daripada cantik...

Contohnya...

Kita pakai make up pada wajah...
Sampai kita rasa macam dah cantik ni....
Tapi mata orang lain yang melihat...
"Eh,hodohnya make up dia!"
"teruknya make up!"
& macam-macam lagilah...

Kita nak make up tu biarlah berpada-pada...
Biarlah kecantikan kita ditunjukkan pada yang berhak saja...
Ermmm....Faham kot maksud Hanna..kan?

Nak bergaya dengan fesyen tertentu tu pun kena berpada-pada jugak...
Jangan sampai orang tengok kita dengan pandangan jelik..
Mengumpat kita...

Tak malu ke bila orang kata kita buruk, kita hodoh..
Bergaya tak kena gaya...
Make up tak kena cara...Kalau boleh tu biarlah kita bersederhana...
Biar orang nampak cantik kita tu semula jadi...
Baru lah orang puji...
Kalau nak make up pun tak perlu sampai orang ketawakan kita,
ejek kita, keji kita...
Sebab make up entah apa-apa...

Yang penting biar bersederhana & jugak natural....
Sape setuju...?
Angkat jari kelingking kiri...
Hehehehe.... 

Tutorial : Letakkan Backlink Latest Entri

Assalamualaikum & Hye...

Ni tutorial kedua yang Hanna nak tunjukkan...
Kali ni untuk kita buat backlink latest entri ke link entri kita
yang terbaru..

Cara ini juga dapat meningkatkan unique visitor blog anda...

Caranya tersangat lah mudah...

Copy semua perkataan & paste kan pada ruang komen blog 
teman anda
Contohnya Hanna nak komen pada entri awak...
Then dalam masa yang sama nak ajak awak ke blog Hanna
untuk baca entri Hanna yang terbaru..

Apa yang perlu dibuat hanya copy paste kod di bawah dalam kotak komen 

MESEJ KORANG : <a href="LINK ENTRI KORANG"><b>TAJUK ENTRI KORANG</b></a>

Yang awak perlu edit hanya :

1. Mesej Korang - Apa yang ingin anda katakan..
Contohnya : Jom baca entri baru 

2. Link Entri Korang - Link entri yang anda nak promote 
Contoh : http://mtlurvehanna.blogspot.com/2011/05/tutorial-pautan-link-ke-blog-anda.html

3. Tajuk Entri Korang - Tajuk entri 
Contoh : Cantik vs Hodoh

Selamat Mencuba...

Link tutorial ni diberikan oleh Fadzmie Mohamad kepada Hanna...

Hanna tengok tutorial ni dalam blog kepunyaan ░♥si lampu neon♥░

Tutorial : Pautan Link Ke Blog Anda

Assalamualaikum & Hye...

Tetiba hari ni rasa nak buat tutorial...
Pautan link ke blog sendiri tu memang penting..
Nak tau kenapa?
Sebab tuan blog akan menjejaki semula follower yang baru follow
blog beliau...
Contohnya 'A' baru follow  blog Hanna..
Hanna pun nak tengok blog dia pulak..Kalau Hanna minat
Hanna nak follow balik..

So bila Hanna klik pada image follower tu,
Akan keluar la satu kotak ni kan..
Ada la image beliau, nama beliau & jugak link
untuk ke blog beliau...

So jika ada semua yang Hanna sebut tu,
Boleh la Hanna ziarah balik blog yang baru follow Hanna tu...
Mudah la kerja Hanna kan?

Okey...Jom tengok contoh blog yang ada pautan link
ke blog beliau & yang tak ada link ke blog beliau..

Ni yang tak ada link ke blog beliau..
Sorry dear sebab letak pict. awak di sini..
Tolong betulkan yea..
Senang saya nak ziarah blog awak nanti..

Ni yang ada link ke blog beliau...
maaf yea paparkan pict. awak sebagai contoh...

Cuba tengok perbezaan kedua-dua pict. ni..
Perbezaan pada nama mereka..
Pict. kedua ni ada link pada nama & jugak link untuk ke blog beliau...
Jadi mudah untuk Hanna jejak beliau kembali..

Sesiapa yang ada masalah macam ni...
Tolong check profile awak balik yea...
Then boleh ikut step ni...
5 Step je then awak dah boleh dijejaki...

Step 1 - pergi ke "DASHBOARD"


Step 2 - Klik "EDIT PROFILE"


Step 3 - Pastikan anda tick pada box 'share my profile'


Step 4 - Tick juga pada box 'site i follow'


Step 5 - Isikan URL blog anda pada box 'Homepage URL'


Dah siap buat kelima-lima step boleh la save...
Selamat mencuba ya...
Dengan cara ni jugak awak boleh tambah follower tau...
Tak semua kan blogger yang tak suka ayat 
' i follow u, u must follow me back'

Ada blogger yang gunkan ayat
'dah follow blog saya, bagitau yea..nanti saya akan automatik follow blog awak balik'
So jangan risau yea...

Tutorial credit to - ►AdamXis◄

Thursday, May 19, 2011

Perjalanan Hidup

Assalamualaikum & Hye...

*AMARAN : maaf jika entri ni terlalu panjang..sila klik pada tanda 'x' di window anda jika tidak suka*

Apa sebenarnya yang kita nak dalam kehidupan kita?
Adakah kita sudah berpuas hati dengan 
apa yang kita miliki?
Adakah kita berpuas hati dengan setiap pemberian Ilahi?
Bersyukurkah kita?

Apabila diuji adakah kita rasa bersyukur?
Adakah kita berfikiran positif?
@
Kita hanya menyalahkan takdir?
Menyalahkan Allaah S.W.T semata-mata?
Adakah kita bersujud memohon keampunan @ petunjukNya?
Adakah kita hanya mengingati Maha Pencipta
Ketika dilanda kesusahan?
Ketika dilanda musibah?

Adakah kita tahu bagaimana perjalanan hidup kita?
Adakah kita menyeseli setiap perkara buruk yang mendatangi kita?

Wah...Banyak benar persoalan kali ini ya....

Hurmmm....
Bagi diri Hanna sendiri...
Hanna sedar sekarang...Yang selama ini Hanna hambaNya yang tidak
tahu bersyukur dengan nikmat yang telah
diberikan kepada diri ini...

Kerana apa?

Kerana setiap kali dilanda musibah, masalah...
Diri ni hanya tahu bertanya...
" mengapa Allaah bagi aku macam ni?"
"Kenapa aku yang harus hadapi semua ini?"
Kenapa hidup aku sentiasa tidak menentu, sentiasa bermasalah?"
"mengapa....!"

Sedangkan Hanna sepatutnya bersujud syukur..
Kerana Allaah S.W.T nak menguraskan dosa-dosa lalu 
yang diri ini sudah lakukan...
&
Tidak bersujud taubat kepada Maha Pencipta...
Lalu didatangkanNya ujian & dugaan kepada Hanna...
Supaya Hanna terus bersabar, tabah & tawakal menempuhi setiap 
dugaan & ujian yang diberikanNya...
Supaya diri ini sedar & bertaubat kepadaNya....

Dulu Hanna selalu merungut, merungut & terus merungut tentang nasib diri..
Tapi kini Hanna sedar...
Semua itu hanyalah menambah dosa dalam buku 'dosa & pahala ku"
Sesungguhnya diri ini terlalu banyak melakukan dosa..

Dalam kehidupan Hanna sejak kecil hingga kini,
Semuanya diaturkan oleh orang lain...
Mulanya Hanna selalu mengeluh sendirian @ mengadu pada teman...
Namun kini bila tersedar yang itu semua
akan menambahkan dosa-dosa ku..
Hanna hanya berdiam diri..
Meluahkan pada buku / diary 
@
OneNoteBook...

Biarlah hanya benda tidak bernyawa itu yang mengetahui segalanya...
Merayu & memohon jua kepada Ilahi 
agar terus diberi kekuatan bagi menempuhi dugaanNya...

Kini Hanna rasa amat bersyukur dengan kehidupan 
yang Hanna lalui...
Punya keluarga yang menyangi ku...
Punya Mr. Hubby yang rasa sangat bertuah memiliki diri ku
sebagai isterinya...
Punya anak juga...Oh hidupku...
Daku harapkan akan terus meniti kebahagiaan & cekal menempuhi
setiap dugaanNya...

Kepada kamu yang selalu merungut tu,
Berhentilah merungut..
Semua tu tidak ada faedahnya melainkan menambahkan dosa
yang sedia ada...
Cubalah bersyukur dengan apa yang anda miliki...

Jom kita jadi hambaNya yang sentiasa mensyukuri nikmat 
Yang Maha Esa...

FB Game & Nasi Minyak Gulai Kawah

Assalamualaikum & Hye...

Wah...Banyak betol game request kat FB tu...
But sorry la kawan-kawan...
Hanna tak main game-game kat FB tu...
Tak minat la...
Sorry tau..

Application requested pun banyak jugak....
Maaf la yea kalau Hanna tak guna 
@
Tak allow semua requested tu...
Tak minat la...

So tolong jangan send me any request for any application yea...
Harap maklum...

Terima Kasih...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Nasi Minyak Gulai Kawah?
Glup!
Telan air liur Hanna dengar makanan ni....
Time lapar macam sekarang ni pulak teringin nak makan 
nasi minyak la gulai kawah la...

Sedarlah Hanna...Tak de orang nak bawak kau
cari nasi minyak gulai kawah tu...

Waaa.....Nak nangis je rasa...Selalu macam tu...
Bila nak je susah nak dapat...
Bila tak nak je ada la merata-rata....
Oh perut...
Sabar ya...Nanti tunggu kenduri kawen kawan-kawan ya...

Hurmmm...
Alahai...Nak makan....Teringin la...

Hot Story???

Assalamualaikum & Hye...

Hah! Sape yang perasan pasal ni?
Sape tengok tv3 semalam mesti perasan!

Pasal apa?
Siaran apa?

Okey...Sape yang tengok cerita Sahara semalam
mesti perasan....

Perasan apa pulak?

Perasan tak yang mak Sahara tu pakai tudung / shawl / syria 
macam rahib kat gereja?
Dah la bajunya pun hitam...
Tudung pun hitam...
Cara pakaian pun sama....
MasyaAllah!
Apa yang nak jadi ni..............?

Tak percaya?
Tengok la balik kat tonton.com.my tu...
Part yang dekat-dekat nak habis tu..Memang sebijik la...

Lebih kurang camni la...

Cuma yang dipakai mak Sahara tu inner syria tu warna hitam
ada belang-belang sikit..

Tak Boleh Bayangkan Kalau...

Assalamualaikum & Hye...

Hurmmm...Dari semalam dok pikir pasal benda yang satu ni...
Hanna tak boleh bayangkan camne
keadaan Hanna bila tiba bulan Ramadhan nanti...
Mr. Hubby tak da kat Jerteh dah..
Dah posting ke Subang...

Sapa nak belikan Hanna makanan berbuka?
Sapa nak bawak Hanna keluar jalan-jalan dengan anak...
Sapa nak bawak Hanna gi shopping...
Sapa????

Yea la memang la masak je apa yang ada...
Tapi teringin la jugak nak beli 
sekali sekala tu kan...

Kalau ada kete sendiri Hanna tak berapa nak kisah sangat...
Bila-bila masa nak keluar just bagitau & mintak izin Mr. Hubby je...
So dah boleh keluar...
Kalau tak de kete, sape nak bawak kami keluar?
Hanna tak boleh la hidup dalam lingkungan ni je lama-lama....
Nak jugak keluar meronda dengan anak petang-petang...
Bawak anak makan-makan kat luar 
sekali sekala tu...

Hanna dah biasa selalu keluar time hujung minggu...
So kalau tak gi shopping pun,
Dapat ronda-ronda kat pantai pun dah rasa seronok sangat....
Bila nak dapat beli kete sendiri...

Abang........Sayang nak kete..........
Tak dapat lotus elisse,
Viva pun jadi la...
Tak dapat viva, kancil macam abah punya pun
jadi lah...
Huhuhuhuhuhuhu......
Please dear.................................. (@_@)
Hehehehe...

Bersyukurlah Kamu...

Assalamualaikum & Hye...

Jadi 'jalan-jalan' kat FB...
Ada terbaca satu status member sorang ni...


Jangan la mengeluh macam tu...
Bersyukur la at least awak ada jugak keje...
Dapat merasa jawatan yang setaraf dengan kelulusan awak...
Dapat merasa duit gaji titik peluh sendiri...
Dapat menyimpan jugak...
Kawen dapat guna duit sendiri walau tak banyak,
Sikit pun dapat jugak merasa...

Macam Hanna ni...
Tak de nak dapat merasa pegang duit gaji sendiri,
Yang paling sedih tak dapat nak bagi mak abah merasa duit gaji
Hanna...

Awak tunggu je la...
Kalau ada rezeki ada dapat la KKM...
Hanna ni jangan kan KKM..
Swasta pun tak dapat...

Hurmmm...Entah la...
Macam-macam hal atas dunia ni...
Tu la kita ni manusia serba tak kena...
Ada saja yang kita tak puas hati dengan apa yang kita ada...
Dapat macam tu nak yang macam ni pulak...
Dapat macam ni nak yang macam tu pulak...

Awak...Saya lagi sedih tau...
Tak dapat lagi bekerja sebagai SRN macam awak....
Sedih sebab mengenangkan mak abah
yang susah payah bagi saya belajar jauh-jauh...
Tapi saya masih tak dapat kerja jugak...

Dah kawen pulak tinggal dorang kat kampung duduk jauh-jauh...
Hurmmmm...
Mak Abah...Maafkan saya yea...
Saya belum dapat membalas jasa mak abah yang segunung itu..
(lebih bernilai & lebih tinggi daripada gunung sebenarnya)

Hanna seolah-olah merasakan yang Hanna langsung tak akan
berpeluang merasa jawatan SRN tu...
Entah lah...
Hanya Allaah yang tahu apa yang akan berlaku dalam 
kehidupan Hanna ni...
Kerana DIA yang telah tetapkan segalanya...

Wednesday, May 18, 2011

Pakai Seksi vs Tutup Aurat

Assalamualaikum & Hye...

Okey Hanna tak nak la cakap lebih-lebih kan..
Semua orang tau pasal tutup aurat ni..

Apa yang Hanna katakan dalam entri ni
hanya pendapat Hanna..

Seperti yang kita sedia maklum..
Kita wanita muslim diwajibkan menutup aurat...
Kenapa kita diwajibkan tutup aurat?

Itu pun semua kita tahu kenapa & mengapa...
Bagi Hanna apa yang diwajibkan kepada kita tu pasti ada kebaikannya
selain menurut perintah Ilahi...Kan?

Contohnya macam kita kena tutup aurat kecuali muka & tapak tangan 
yang dibenarkan terdedah..
Okey bila kita pakai pakaian yang menutup keseluruhan tubuh
kita ni...Mestilah kita akan rasa selesa kan?
(kalau tak ketat & tak kecik)
Lagipun kita dapat lindungi kulit kita daripada terdedah kepada
sinar cahaya matahari yang sekarang ni
makin membahayakan...
Sinar UV tu la....

Sekarang ni lapisan ozon kita pun dah menipis..
Cahaya matahari tak lagi dilapisi ozon dengan sempurna...
Keterikan / kepanasan direct kena kepada kita..
Bila kita terlampau terdedah kepada
sinar UV tu..
Lama kelamaan kita boleh dapat kanser kulit...
Kan ke bahaya tu....

Bila kita menutup aurat ni sekurang-kurangnya 
kita melindungi kulit kita daripada sinar UV
yang membahayakan tu...

Muka dengan tapak tangan camne pulak Hanna?

Muka dengan tapak tangan tak boleh la nak elak..
Tapi sekurang-kurangnya kita lindungi bahagian yang lain kan?
Tapi ada je produk muka tu semua kan...
Kalau kita tutup aurat at least kita tak dedahkan kulit dengan bahaya
&
Tak dedahkan kulit kepada bahan kimia yang terlampau...
Kan?

Kalau cuaca sejuk pulak...
Kita boleh hasilkan haba kan...Kalau kita pakai pakaian yang diwajibkan..
Tak la kita terasa kesejukan...
Kalau kita dedah aurat..Tak ke kita turut terdedah dengan
kesejukan....?

Bila kita turut perintah yang diwajibkan kepada kita...
Terlalu banyak kebaikan yang kita perolehi...
Setiap yang Allaah S.W.T wajibkan kepada kita DIA tahu apa
DIA lakukan....

Terlalu banyak la kebaikannnya...
Fikirkan & renungkan lah..

google

Tuesday, May 17, 2011

Hasil Terbaru (^_^)

Assalamualaikum & Hye...

Malam ni Hanna nak tunjukkan hasil tangan yang terbaru..
Hehehe...
Setelah sekian lama tak buat...
Minggu ni baru start buat balik....Terhasillah yang ni...
Alhamdulillah...

Hasil semakin baik sekarang...
Huhuhu...

Boleh la kan daripada tak jadi langsung...

Ni haaa.....





(^_^)

Jangan Kacau Tunang Orang Boleh?

Assalamualaikum & Hye...

Tak baik kacau tunang orang ni...
Hurmmm...
Masa bertunang ni la macam-macam benda boleh jadi...
So jangan la bertunang telampau lama...

Masa bertunang ni orang tua kata darah tengah manis...
Masa ni la kekasih lama datang merayu la..
Ter-kenal dengan orang baru la..
Orang nak buat khianat la..

Pendek kata...
Macam-macam hal yang tak baik la boleh
berlaku kat pasangan ni...

Yang pasangan tu sendiri pun...
Kena la pandai jaga diri..
Jangan la nak jebakkan diri dengan cinta tiga segi ni...
Kalau betul-betul rasa tak serasi je 
baru la buat keputusan dengan semolek-moleknya...

Yang orang ketiga pulak...
Jangan la nak memujuk rayu / cuba dekatkan diri dengan
tunangan orang...
Tak baik tau ganggu hubungan orang lain...

Seandainya berlaku salah faham...
@
pertelingkahan antara pasangan yang sebabkan
orang ketiga yang tak sengaja
@
Memang sebenarnya pasangan u memang tak da hubungan 
apa-apa dengan orang tersebut...
Tolonglah siasat betul-betul...Jangan la nak terus salahkan 
pasangan u je...

Soal betul-betul...Tanya betul-betul...
Jangan salahkan sebelah pihak je tau...Tak adil namanya tu...
Kena amik tau dari semua aspek..
Baru buat keputusan dengan betul & semasak-masaknya..
Jangan sampai menyesal kemudia hari sudah la...

Miss U Dear!

Assalamualaikum & Hye...

Short entri ni hanyalah luahan hati semata-mata...
Huhuhu...

Rindu la kat Mr. Hubby...
Minggu ni Mr. Hubby tak dapat balik...
Kena pegi Butterworth terus daripada Banting this friday...
So tak dapat la Hanna balik Kedah macam 
yang Hanna cakap hari tu...

Sedih la jugak.... (-_-)

Dua minggu la tak jumpa nampaknya...
Apa boleh buat...
Redha je la...

Sedar tak sedar dah five month we have been married...
Hurmm...
Cepatnya masa berlalu yea...
Rasa macam baru je kawen semalam....
Rasa tak puas lagi jadi raja sehari...Huhuhuhu....

Ramai kekawan yang nak kawen jun ni...
Tak tahu lah dapat gi ke tidak...
Tak de duit ni nak beli hadiah untuk dorang...
Wuwuwu...
Sedih...

Risau Pulak...

Assalamualaikum & Hye...

Hurmm...
Currently thinking about my belurve blog ni....
What happen if my sweet blog really delete / remove by google?
Oh no.......!
Memang rasa tak boley terima la.....

Yang paling tak boleh terima,
Hilanglah kawan-kawan di alam maya nieh...
Tak dapat lagi nak baca kisah-kisah menarik daripada blog 
dorang...
Tak dapat lagi baca info-info menarik daripada dorang...
Tak dapat lagi join contest & giveaway dorang...

Memang menyedihkan la rasa kalau tak da blog ni....
Huhuhu...
Hanna dah sayang sangat kat blog ni....
really lurve it!


Gugurnya Dosa Apabila Suami Isteri Bersalaman

Assalamualaikum & Hye...

Jom baca yang ni pulak..
Kalau nak baca lebih banyak artikel menarik boleh la
visit Tentang Cinta website okey..

Gugurnya Dosa Apabila Suami Isteri Bersalaman 

Artikel Cinta ini telah disampaikan oleh saudari intanjiyana di Forum Tentang Cinta.

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."

Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.

Credit to:- Tentang Cinta

Cara-cara Melayan Suami

Assalamualaikum & Hye...

Haa...Hari ni Hanna nak share info ni dengan readers..
Kalau hari tu Hanna ada share dengan readers
petua melayan isteri kat sini...
Kali ni Hanna nak share dengan readers tentang
 .
.
.
.
.
.

Posted: 15 May 2011 08:04 PM PDT
Tips Cinta ini telah disampaikan oleh saudari Bee di Forum Tentang Cinta.

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab.

Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak tahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.

Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat.

Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

Credit to:- Tentang Cinta

Monday, May 16, 2011

Hati-hati Bila Bawa Handphone ke Toilet!

Assalamualaikum & Hye...

Malam tetiba teringat nak buat entri amaran 
&
Peringatan ni....

Sebenarnya dah lama nak buat...Tapi asyik lupa pulak...
Huhuhu...

Untuk keselamatan anda....
Jangan letak handphone anda di dalam poket seluar
yang kedalamannya pendek / singkat..

Sebabnya...Bila anda londehkan seluar untuk 
PU / BO...
Handphone anda berisiko untuk jatuh ke dalam lubang jamban...
Hehehe....

Hye....Ni bercakap macam ada pengalaman jer......

A'aah.....Memang Hanna berpengalaman...
&
Mujur jugaklah yang jatuh tu cuma nokia biasa yang 
paling basic tu macam 3310 tu...
Yang sekarang bentuknya sedikit nipis tu...
Macam ni haa.....

Google

Hurmm....Masa tu Hanna masuk toilet nak PU...
Sekali handphone tu jatuh dalam toilet...
Terus tak jadi PU..
Jenguk dalam lubang jamban...
Tak nampak pun..

Nampaknya sudah terkubur di dalam sana la kot...
Huhuhu....

Mujur sangat-sangat yang jatuh tu bukan My Love
Sony Ericsson W705 Hanna tu..
Google

Kalau yang tu jatuh memang nangis berlagu Erra Fazira la Hanna..
Sebabnya tu la handphone Hanna yang paling mahal pernah Hanna pakai...
Android ni pun baru RM500++
Handphone a gift from my maksu tau...

Handphone yang jatuh dalam lubang jamban tu 
pulak....
Handphone pinjam jer...
Tak pe boleh kautim dah dengan owner dia...
Hurmmm....

So moral of the value story....
Sentiasa lah beringat bila masuk tandas,
Handphone tu masukkan dalam beg yea...
Atau pun....
Mintak kawan tolong pegangkan...
Atau pun..
Letak la kat tempat yang selamat kalau rasa nak selamat...

Hanna dah kena so nak bagi peringatan kat anda semua supaya 
tak alami perkara yang sama macam Hanna...



Happy Teachers Day!

Assalamualaikum & Hye...

Huhuhu...Terlewat untuk post kan entri ni...
Maap yea cikgu-cikgu...

Okey la...
Sebelum membebel lebih panjang...
Hanna nak wish Selamat Hari Guru kepada semua cikgu 
yang dah mengajar Hanna sejak daripada
sekolah rendah hinggalah sekolah menengah.....
Then sambung pulak ke kolej...

Kepada semua lecturer & C.I 
KPTM KB 
Kampus Kemumin...
(Kampus Kejururawatan)
Hanna nak ucapkan selamat hari guru..
Jasa-jasa mu amatlah daku hargai..

Terima kasih yang tidak terhingga kerana telah mendidik 
&
Memberi ilmu kepada Hanna
Hingga Hanna lulus exam LJM & dapat bergelar registered nurse..
(even belum benar-benar bergelar SRN & menjalankan tugas-tugas SRN)

Doakan lah Hanna dapat bernar-benar bergelar registered nurse...
Hanna doakan semoga Allaah S.W.T 
sentiasa merahmati kalian...
Hanya DIA yang mampu membalas jasa & budi kalian...

Terima kasih sekali lagi..


tHaNk Q VeRy MuCh tEaChErS!

Raya?

Assalamualaikum & Hye...

Wah...Sekarang dah pertengahan bulan Mei dah!
Cepatnye masa berlalu yea...
Rasa macam baru je lagi Hanna kawen...
Rupanya dah 4 month ++...
Ish..Ish...Ish...
Cepat betol masa....

Sekarang dah bulan mei...
Bulan depan jun dah..Pastu julai..Then ogos...
Eh...Bulan ogos tu kita posa & raya la..
Alamak!

Baju raya camne?

Huuuuuaaaaaaaaaaaaaaaaaa........
Sape nak kisahkan baju raya untuk Hanna tahun ni???

Hurmmm....
Sedih la kena uruskan sendiri...........
Dulu-dulu mak yang tolong belikan untuk Hanna & adik...
Tapi........Tahun ni nampaknya........
Hanna kena uruskan sendiri.....

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..........
Nak hantar jahit mesti orang tak nak ambik dah kan???
Ala...Camne ni...
Kain ada dua tiga helai tu memang tak payah beli dah...
Tapi ada ke orang nak amik tempahan lagi ni?

Mak...........Tolong Chek!!!!

Sunday, May 15, 2011

Nak Tak???

Assalamualaikum & Hye...

Err....Hanna nak tanya la....
Ada sesapa yang nak tak?

Nak apa pulak dah?

Meh tengok apa benda.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ish....Hanna....Cepat la tunjuk....
Okey,okey....Ni yang Hanna maksudkan tu?

Ni la benda tu...So cute..
Ada sape-sape nak beli tak?

Drama Sebabak Di Pasar Minggu...

Assalamualaikm & Hye...

Hurmm...
Hari ni tengok drama sedih kat pasar minggu...
Tak tahu lah tangisan ikhlas 
kerana merindui arwah anaknya bila melihat si kecil ni...
Atau hanya lakonan semata-mata...
Itu tak pasti lah...

Hanya Allah yang tahu semua yang tersirat di hatinya...

Pagi tadi Hanna ajak Mr. Hubby pegi pasar minggu
depan sekolah adik ipar Hanna ni..
Hajat di hati nak cari inner tudung la..
Sebab inner yang beli ri tu tak tahu ke mana hilang..
Ada la tu Hanna letak kat memana
sampai terlupa tu...

Lagipun teringin nak cari laksa...
Dah lama tak makan laksa..Glup!
Telan air liur je la...
Huhuhu...

Tengah dok kelebek inner kat gerai mula-mula singgah tu...
Ternampak sorang maksik tengah dok berenti 
dekat Mr. Hubby...
Dia dok nak amik si Hafidz la...
Nak dukung si Hafidz...
Yang si kecik ni tak nak lah dah orang dia tak biasa...
Sementelah dulu-dulu masa memula tu pun 
susah nak biasa dengan Hanna...
Apatah lagi dengan orang lain tu....
Kena ikut mood dia la kalau dia rasa nak gi kat orang tu dia gi...
Kalau dia tak nak gi...
Sampai ke sudah pun dia tak nak gi...

Makcik tu cuba nak amik Hafidz...
Lama jugak la dok berdrama kat gerai tu....
Hanna pulak terpaksa la buat-buat kelebek semua tdung mana 
yang ada kat gerai tu...
Huhuhu....
Hanna segan sebenarnya nak bertempek dekat dorang...
Tu yang buat-buat kelebek tudung...
Sesambil tu jeling-jeling kat Mr. Hubby...
Tengok muka dia masam je...
Macam tak suka je dengan kehadiran makcik tu...

Dah lama dok kelebek tu sambil dok curi dengar sikit-sikit...
Hehehe....
Jahat betol Hanna ni...
Yea la...Nak gak tau apa benda yang dia kata...
Lastly dapat gak teka siapa makcik tu 
Lebih pasti bila tengok wajah salah sorang anak dia...
Sah....Memang sah dia ni...

Lepas dah dia pun tegur Hanna...
Hanna pun salam la dengan dia....Pastu Mr. Hubby tanya 
Hanna ada pape lagi ke nak beli..
Hanna pun tah camne terus cakap tak de dah...
Mr. Hubby pun ajak balik...

Padahal dalam hati nak gi jenguk lagi kat gerai-gerai lain...
Nak cari laksa....
Hurmmm...Kat sini macam susah nak cari laksa....
Huhuhuhu...
Teringin nak makan laksa.....

Terpaksa lah daku kuburkan hasrat yang satu tu...
(-_-)